|
Ditulis Oleh Hasri Harun
|
|
Saturday, 19 January 2008 |
|
Mula semangat hijrah dengan sikap tawaduk
Tahun Hijrah Islam sekali lagi menjelma dengan bermulanya 1429. Tahun yang bakal penuh dengan cabaran ini disambut dengan rasa tawaduk dan syukur ke hadrat Allah SWT atas segala nikmatNya selama ini. Seperti mana tahun-tahun baru sebelum ini , kita mulakan dengan lafaz Bismillah dan Tasyakkur ke HadratNya kerana kita masih lagi dizinkan untuk menerus usaha-usaha dakwah disamping menjalankan tugasan harian sebagai anak, ibu, bapa ,pendidik, pelajar, pekerja amnya dan sebagai umat Islam khasnya. Namun sebagai muslim yang memahami akan kepentingan hidup sebagai satu Ibadah, seharusnya kita lebih lagi mendalami perspektif sambutan Tahun baru ini. Sambutan tahun baru dalam Islam bukan sahaja satu sambutan yang bersifat bermegah dan bergembira semata-mata tetapi kita harus sandarkan kepada konsep hisab diri , merenung akan kelemahan, kekurangan yang telah kita lakukan sebelum ini dan menginsafinya. Dalam pada erti tahun baru juga membwa makna mencetuskan rasa ingin berubah dari satu kekurangan kepada satu kekuatan yang baru. Apabila kelemahan dikenalpasti maka disitulah datangnya perasaan untuk memperbaiki. Namun tidak semua merasai akan kelemahan. Ada juga perspektif lain daripada kelemahan. Kerana tidak semua orang akan merasai kelemahan dalam diri. Justeru, erti hijrah tahun baru juga boleh diungkap dari erti kata menambah baik serta meningkatkan sesuatu usaha ke arah terbaik. Menghitung diri dan muhasabah yang juga satu amalan para anbiya, mursalin adalah satu perkara yang cukup penting yang harus dijadikan budaya dalam hidup semua manusia. Ungkapan mengihitung diri selaras dengan semangat MUHASABAH.
|
|
Kemas Kini Terakhir ( Sunday, 20 January 2008 )
|
|
Keseluruhan artikel...
|
|
|
Ditulis Oleh Prof Dr Zaini Ujang
|
|
Thursday, 20 December 2007 |
Pada 9 Zulhijjah jemaah haji berwukuf di
Arafah, menyempurnakan salah satu Rukun Haji. Ketika berwukuf jemaah haji
diwajibkan berihram dengan memakai dua helai kain tidak berjahit bagi lelaki.
Wukuf di Arafah adalah syiar Islam yang menyaksikan kehadiran jutaan jemaah
tanpa mengenal pangkat, darjat, harta dan usia melafazkan talbiah dan kalimah
taubat.
Sepanjang menunaikan ibadat haji, terserlah pelbagai pengajaran dan hikmah
untuk membolehkan umat Islam berjaya di dunia dan akhirat. Antara lain, jemaah haji dididik supaya lebih
bertakwa sekali gus menjana minda lestari. Makna minda lestari dalam konteks Islam Hadhari ialah fikiran, anutan dan
fahaman proaktif dengan meletakkan ekosistem dan seluruh komponen kosmos pada
kedudukan sesuai dengan tabii kejadiannya.
Sebagai contoh, sumber hutan
perlu diurus selestarinya - sama ada pembalakan, penerokaan sumber asli atau
eko-pelancongan - tanpa menjejaskan peranan hutan sebagai pengimbang ekosistem
dari segi kepelbagaian biologi, penyerap gas karbon dan penyejuk suasana.
|
|
Keseluruhan artikel...
|
|
|
Ditulis Oleh Khalif Muammar
|
|
Monday, 10 December 2007 |
|
Happiness is often defined as pleasure and material satisfaction. It is characterized by good fortune and intense joy. Happiness becomes a loose concept and means different thing to different people. Aristotle, who paved the way for secularism and immanentism, maintains that happiness consists of good birth, good health, good look, good luck, good reputation, good friends, good money and goodness. Between a rich person and a scholar he chose a rich person as the happier one. Contrary to his pupil, Plato is doubtful about happiness: once you have happiness you will see misery. You seek happiness and yet you never feel you have it. Therefore in Germany they say: “glück und glas, wie bald bricht das” (Happiness and glass, how they are easily broken).
Since the definitions of happiness given in Western literature lack spiritual and religious dimensions, people tend to believe that they will experience happiness only in this world. Consequently, they believe that paradise must be built in this world. They consciously or unconsciously attempted to create heaven for themselves in this worldly life assuming that paradise in hereafter is merely a myth designed for the weak. Even Seligman’s theory of pleasant life, good life and meaningful life is devoid of religious guidance and values. This indicates that he believes religion has no significant role in determining the happiness of human being.
|
|
Kemas Kini Terakhir ( Monday, 10 December 2007 )
|
|
Keseluruhan artikel...
|
|
|
Ditulis Oleh Hasrizal Abdul Jamil
|
|
Friday, 07 December 2007 |
Pengenalan
Istanbul atau yang dulunya
dikenali sebagai Costantinople, adalah salah sebuah bandar nostalgia dunia.
Tidak setakat tercatat oleh tinta Sejarah Islam, bahkan statusnya sebagai salah
sebuah bandar utama dunia, pasti mengundang seisi alam manusia untuk meninjau
dan menghubungkan sejarah kegemilangan masing-masing dengannya Istanbul
diasaskan pada tahun 330M oleh Maharaja Byzantine iaitu Costantine I.
Kedudukannya yang strategik, diungkapkan oleh Napoleon Bonapart kalaulah dunia
ini sebuah negara, maka Costantinople inilah yang paling layak menjadi ibu
negaranya. Costantinople telah pun menjadi ibu negara Empayar Byzantine
semenjak penubuhannya. Ini menjadikan bandar berkenaan
sebagai salah sebuah bandar terbesar dan utama dunia.
Kedudukan Costantinople yang sedemikian rupa, meletakkan ia di kedudukan yang
istimewa apabila umat Islam memulakan agenda pertembungan mereka dengan Empayar
Byzantine. Rasulullah SAW telah pun beberapa kali memberikan khabar gembira
tentang pembukaan kota ini di tangan umat Islam seperti yang dinyatakan oleh
Baginda SAW di dalam peperangan Khandak. Sabda baginda SAW : ”Sesungguhnya
Costantinople itu pasti akan dibuka. Sebaik-baik ketua adalah ketuanya, dan
sebaik-baik tentera adalah tenteranya”.
|
|
Keseluruhan artikel...
|
|
|
|
<< Awal < Sebelumnya 1 2 3 4 5 6 7 8 Berikutnya > Akhir >>
|