|
Ditulis Oleh Qasim Nurseha Dzulhadi
|
|
Tuesday, 17 June 2008 |
|
Klaim Sesat Mirza Ghulam Ahmad. ‘Bul ‘ala Zam-Zam fatu’raf’. “Kencingilah sumur Zam-Zam, niscaya engkau akan terkenal”. Kiranya adagium ini sangat tepat bagi para pembela kesesatan aliran sempalan Ahmadiyah. Bagaimana tidak, Ahmadiyah yang jelas-jelas terkeluar daripada Islam malah dibela habis-habisan atas nama “kebebasan beragama” dan “berkeyakinan”. Mereka berlagak jadi ‘pahlawan kesiangan’ dalam membela kesesatan Ahmadiyah. Dalam beberapa bukunya, Mirza Ghulam Ahmad menyatakan dirinya sebagai “nabi”. Lihat misalnya: al-Istifta’ (Rabwah-Pakistan: Maktabah al-Nashrah, edisi Jumadal Ukhra, 1378, hlm. 17, 61, dan 66). Mirza juga mengklaim dirinya sebagai “rasul” dan mendapat “risalah” (Lihat, al-Istifta’, hlm. 86 dan 87; Tadzkirah, hlm. 274, 352, 387, 486, 489, 628, dan 629).
|
|
Kemas Kini Terakhir ( Wednesday, 18 June 2008 )
|
|
Keseluruhan artikel...
|
|
|
Ditulis Oleh Prof. Dr Noriah Muhammad
|
|
Monday, 09 June 2008 |
Finally we come to the most serious, dangerous and destructive traits of the Malay mind, that of the partnership of 2Ds. These are Dengki = vicious jelousy or malicious envy, and Dendam = vindictiveness, vengeance, victimisation.(Abang Yusuf Puteh, 1997:30-31) Daripada cuplikan di atas mempamerkan sikap orang Melayu yang tidak lepas dari penyakit hati. Sama ada cuplikan tadi membawa kebenaran ataupun tidak sebaiknya dicerna secara serius kerana gambaran ini mempalitkan warna hitam yang menggerunkan. Manusia lain dan asing akan takut dengan manusia yang dikatakan Melayu. Sehingga kini pun bahasa ‘amuk’ Melayu sudah menjadi bahasa sejagat yang amat sering dikaitkan dengan sikap manusia Melayu yang memuntahkan ledakan api kemarahan dengan membunuh secara sewenang-wenang. Akal dan rasa sudah dikebumikan pada tahap ‘amuk‘ sedang membuak.
|
|
Kemas Kini Terakhir ( Wednesday, 18 June 2008 )
|
|
Keseluruhan artikel...
|
|
|
Ditulis Oleh Khalif Muammar
|
|
Saturday, 24 May 2008 |
Baru-baru ini seorang siswi dari Surabaya memberondong saya dengan banyak persoalan mengenai jilbab. Dia bingung setelah membaca beberapa tulisan JIL (Jaringan Islam Liberal) yang isinya meragukan kewajiban berjilbab. Setelah saya berikan jawapan yang ringkas ternyata siswi tersebut tidak puas dan meminta jawapan yang lebih mendalam lagi. Untuk menjelaskan perkara ini maka saya terpaksa menulis makalah ini dengan pertimbangan bahwa semakin ramai orang yang keliru akibat wacana yang dilemparkan oleh kaum liberal tersebut. Serangan terhadap ajaran Islam yang berlaku di Indonesia hari ini adalah refleksi penjajahan minda dan hegemoni budaya Barat. Seringkali seseorang itu tidak menyedari bahawa cara berfikirnya sudah tidak Islami. Setelah seorang Muslim dididik dengan pendidikan sekular lalu mempelajari Islam dengan berguru kepada Orientalis, maka ini akan menyebabkannya melihat segala sesuatu dengan kacamata atau worldview Barat. Dia tidak mampu melihat dengan kacamata Islam karena di mana-mana dia belajar dia selalu disuguhkan dengan pandangan yang tidak jelas dan keliru mengenai Islam.
|
|
Kemas Kini Terakhir ( Tuesday, 03 June 2008 )
|
|
Keseluruhan artikel...
|
|
|
Ditulis Oleh Khalif Muammar
|
|
Wednesday, 14 May 2008 |
|
Isu Herald Tribune telah mengundang reaksi pelbagai pihak sejak awal tahun ini. Setelah Kementerian Dalam Negeri memutuskan untuk melarang penggunaan nama Allah oleh surat khabar tersebut, Dewan Ulama Pas (Harakah, 1 Januari 2008) menyatakan Islam tidak melarang penganut agama lain menggunakan kalimat Allah bagi Tuhan mereka. Sebagai reaksi saya juga telah membahas isu ini dalam artikel yang diterbitkan dalam laman web khairaummah.com pada 20 Januari 2008 dengan harapan ia dapat membantu umat Islam di negara ini memahami persoalan yang sebenar. Namun isu ini ternyata menjadi hangat kembali apabila Mufti Perlis, Dr. Asri Zainul Abidin, menulis dalam Mingguan Malaysia pada 27 April 2008 bahawa Umat Islam tidak perlu berebut nama Allah dengan penganut Katolik. Mereka berhak menamakan Tuhan mereka dengan nama Allah kerana dalam al-Qur’an pun kaum Musyrikin menggunakan nama Allah. Mufti juga menegaskan bahawa yang menjadi permasalahan adalah bukan nama Tuhan tetapi kesyirikan penganutnya. Saya terpanggil untuk memberi tanggapan kerana hal ini akan mengundang kekeliruan jika tidak diperjelaskan dengan tuntas.
|
|
Kemas Kini Terakhir ( Wednesday, 18 June 2008 )
|
|
Keseluruhan artikel...
|
|
|
|
<< Awal < Sebelumnya 1 2 3 4 5 6 7 8 Berikutnya > Akhir >>
|