Wa'alaykumussalam,
Saya setuju kita tidak perlu mengharamkan mana-mana gerakan Islam. Saya fikir idea ulama tersebut keterlaluan. Tetapi dari satu segi saya juga setuju apabila dia melihat ada sesuatu yang tak kena dalam JT yang boleh merosakkan pemikiran umat Islam. selama ini kerana tidak ditegur dan diperbetulkan maka ramai masyarakat melihatnya satu gerakan Islam yang tidak bermasalah dan boleh diikuti. pemikiran kita ibarat kenderaan yang kita miliki, jika kita biarkan rosak maka ia akan berbahaya kepada kita, oleh kerana itu tujuan para nabi adalah islah (pembaikan, reformasi) umat manusia. Malangnya kita tidak sedar yang pemikiran kita perlu di"servis" dan diperbetulkan. kita menganggap kefahaman kita terhadap Islam telah sempurna dan tidak bermasalah. dan ini berlaku dalam tubuh umat Islam sendiri. ini belum lagi serangan-serangan dari luar. bagi saya sebelum kita dapat mengubati masalah atau "penyakit' dalam diri kita perjuangan kita tidak akan ke mana.
Wassalam
K.Muammar
www.khairaummah. com
----- Original Message ----
From: tarmiziihashim <tarmiziihashim@ yahoo.com>
To: khaira-ummah@ yahoogroups. com
Sent: Tuesday, July 22, 2008 11:44:38 PM
Subject: [khaira-ummah] Re: Dialog dengan Jemaah Tabligh
a'kum saya ni tak pandai nak menulis. Tapi dulu sayapun ada juga
mengikut jemaah tabligh ni. Saya diberitahu kerja-kerja menyeru
kepada islam dan amr makruf ni kerja-kerja para rasul dan nabi-nabi.
Dan ini memang tuntutan agama. Cuma saya rasa kefahaman ahli-ahli
tabligh perlu diperbetulkan dalam melihat kerja-kerja dakwah ni.
Kehidupan di dunia ni tak boleh dipersiakan. Tuntutan sebagai hamba
dan dalam masa yang sama sebagai khalifah di atas muka bumi perlu
juga dijalankan seiring. Dan saya percaya apa yang dilakukan olet JT
juga berpandukan jalan yang lurus yang ditunjukkan oleh orang-orang
yang terdahulu dari kita sebagaimana yang selalu kita doa didalam
surah al-Fatihah. Mereka ni mempunyai dalil-dalil dan nash-nash
yang sahih yang tidak boleh kita pertikaikan. Sila rujuk hadis 40.
Jadi tangongjawab kita adalah memperbetulkan kefahaman JT dan bukan
mengharamkannya. Kadang-kadang saya rasa tidak mudah pergi mengetok
pintu rumah orang untuk menyeru ke masjid. Tapi kekuatan tersebut
ada pada JT. Tidak mudah tidur di Masjid dan meninggalkan rumah
berjauhan dengan anak dan isteri. Tidak mudah untuk tidak
meninggalkan sembahyang berjemaah 7 hari berturut-turut. Semua ini
tuntutan bagi yang terdaya. Sekali lagi, cara terbaik bermuzakarah
dengan syeikh JT di Malaysia yang saya rasa amat memahami konsep JT
agar dapat memperjelaskan fungsi dakwah dengan sejelas-jelasnya.
Wallah hu'aklam -- Tarmiziihashim