|
Salam,
Kita sedia maklum, bulan Ramadan adalah bulan rahmat, bulan keampunan, bulan penuh berkat. Bulan Ramadan juga adalah madrasah yang mendidik jiwa kita, melayakkannya untuk menjadi hamba Allah yang mulia. Mudah-mudahan kita akan lulus dalam ujian Ramadan kali ini. Kalau kita teramat risau dan bimbang dengan ujian yang dibuat oleh manusia, kita patut lebih risau dan bersedia dengan ujian yang dibuat oleh Allah. Kita tidak mahu sekadar lulus ujian tetapi juga kalau boleh mahu lulus dengan cemerlang di bulan Ramadan ini.
Bulan Ramadan "awalnya adalah rahmat, pertengahannya adalah keampunan, dan akhirnya adalah pembebasan dari api neraka'. (Hadith).
Selamat beribadah... .
|