|
...“Kamu adalah umat terunggul (khayra ummah) yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma‘ruf dan mencegah daripada yang munkar dan kamu beriman kepada Allah”... (Ali 'Imran:110) Wahana Pencerahan dan Pemberdayaan Ummah |
|
|
| Khairaummah mailing list | |
|---|---|
|
| Infoteks | |
|---|---|
|
|
| Seksyen | |||||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
|
| Mailing List |
|---|
| klik di sini untuk menyertai mailing list khairaummah |
| Web Pilihan | ||||||||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
|
| Lawatan | ||||||||||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
|
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| Trafik |
|---|
| Islamictube |
|---|
|
| Pelawat |
|---|
|
|
| Statistik |
|---|
|
Ahli: 533 Artikel: 294 Pautan: 5 Pengunjung: 513387 |
Terkini di Forum
|
| Pandangan hidup Islam dalam Thamarat Al-Muhimmah |
|
|
|
| Ditulis Oleh khairaummah | ||||||
| Friday, 19 March 2010 | ||||||
|
Thamarat al-Muhimmah
menghuraikan perkara-perkara yang berkaitan dengan raja (pemerintah) dan
pemerintahannya serta menghuraikan sifat-sifat terpuji (mahmudah) dan
sifat-sifat tercela (mazmumah) seseorang pemerintah. Kandungan teks ini meliputi tiga bab dan beberapa fasa serta beberapa
bahagian lain dan furuk. Menurut Abu Hasan Sham, et.al. (1995) bahagian mukadimah teks ini membincangkan kelebihan ilmu dan menjadi kemurkaan Allah sekiranya pembesar ketandusan ilmu. Hukuman atau balasan yang setimpal akan dikenakan terhadap hambanya yang ingkar kepada kitab yang diturunkan oleh Allah. Secara tidak langsung ianya membawakan ingatan kepada golongan pemerintah (raja) betapa perlunya ilmu dalam usaha menegakkan keadilan dan kesejahteraan pemerintahan sebagaimana yang terkandung dalam al-Quran dan hadith. Thamarat al-Muhimmah adalah salah satu
daripada karya Raja Haji Ali yang berbentuk ketatanegaraan. Nama penuh teks ini
ialah Thamarat al-Muhimmah difayah li’l-Umara’, wa-’kubra’ li ahli’-Mahkamah
yang bermaksud, "Buah-buahan yang dicita hal keadaan jadi jamuan bagi
raja-raja dan bagi orang besar-besar yang mempunyai pekerjaan di dalam tempat
ia berhukum". Thamarat al-Muhimmah menghuraikan
perkara-perkara yang berkaitan dengan raja (pemerintah) dan pemerintahannya
serta menghuraikan sifat-sifat terpuji (mahmudah) dan sifat-sifat tercela
(mazmumah) seseorang pemerintah. Kandungan teks ini meliputi tiga bab dan
beberapa fasa serta beberapa bahagian lain dan furuk. Menurut Abu Hasan Sham,
et.al. (1995) bahagian mukadimah teks ini membincangkan kelebihan ilmu dan
menjadi kemurkaan Allah sekiranya pembesar ketandusan ilmu. Hukuman atau
balasan yang setimpal akan dikenakan terhadap hambanya yang ingkar kepada kitab
yang diturunkan oleh Allah. Secara tidak langsung ianya membawakan ingatan
kepada golongan pemerintah (raja) betapa perlunya ilmu dalam usaha menegakkan
keadilan dan kesejahteraan pemerintahan sebagaimana yang terkandung dalam
al-Quran dan hadith. Oleh itu, dalam membincangkan pandangan hidup
Islam yang terpancar dalam teks ini huraian akan berdasarkan bab-bab dan
fasal yang terkandung dalam teks tersebut. Bab 1. Perlantikan Raja dan
Pembesar-pembesar, serta Perlucutannya Dalam bab pertama ini pengarang menggariskan
empat fasal yang berkaitan dengan perlantikan pemerintah bermula dari
perlantikan raja (fasal 1), fungsi raja (fasal 2), perlantikan pembesar bagi
membantu raja (fasal 3) dan perkara-perkara yang berkaitan dengan penurunan
atau pemecatan jawatan raja dan pembesar-pembesar yang dilantik (fasal 4). Jika dilihat dalam fasal 1, perlantikan raja
adalah berdasarkan tiga situasi iaitu raja dilantik oleh pembesar, melalui
wasiat atau ditentukan oleh raja yang masih memerintah (istikhlaf) dan
taghallub iaitu perlantikan raja dengan cara kekerasan (takhta dinaiki dengan
cara berperang). Dalam konteks perundangan Islam, fasal 1
dilihat sebagai bertepatan dengan kehendak dan aturan Islam. Abu Hasan Sham
et.al (1995) menjelaskan bahawa sebagaimana yang termaktub dalam ayat al-Quran
iaitu, "Ati’ullah wa ati-’u’l-Rasul wa uli’l-amri minkum’, yang
bermaksud: Taatlah kamu akan Allah Taala dan taatlah kamu akan Rasul-Nya dan
yang mempunyai pekerjaan yakni yang mempunyai hukum (174). Cara pemilihan raja atau pemimpin secara
istikhlaf juga bertepatan dengan sistem perundangan Islam. Ini kerana dalam
zaman Khalifah Arrasyidin, perlantikan Sayidina Umar dibuat dengan cara ini.
Sementara cara yang ketiga juga bertepatan dengan kehendak Islam. Situasi ini
bersesuaian jika penduduk di sesuatu tempat itu mengingkari tuntutan dan
kehendak-kehendak Islam. Sesuatu yang amat jelas dalam menggariskan
syarat-syarat untuk menjadi raja seperti mana yang diperturunkan oleh pengarang
sememangnya tepat menuruti kehendak sistem perundangan Islam. Semua kesepuluh
syarat tersebut adalah di antara syarat yang amat jelas dan nyata sekali
menjadi keperluan perlantikan seseorang pemimpin atau raja. Tanpa nilai-nilai
atau syarat-syarat ini sudah tentu akan melahirkan pemimpin yang lemah dan
tidak mampu menunaikan tanggungjawab ‘Zil’llahu fi’lard’ di dunia ini. Fasal 2 pula menggariskan fungsi raja sebagai
khalifah Allah, sultan dan imam. Fungsi raja sebagai khalifah ialah menegakkan
agama Islam dalam pemerintahannya dengan berdasarkan al-Quran, hadith dan
ijmak. Fungsi raja sebagai sultan pula ialah menjalankan hukum dengan adil, dan
hukuman itu datangnya dari Allah dan Rasulnya. Dengan kata lain, segala bentuk
pemerintahannya termasukanlah hukuman yang dilaksanakan hendaklah berlandaskan
al-Quran dan al-hadith. Begitu jugalah raja sebagai imam perlu menjadi ikutan
pengikutnya. Bahkan harus sanggup berjihad dengan jalan Allah. Ringkasnya dapatlah dikatakan bahawa
perlantikan dan pemilihan raja bukanlah dibuat secara mudah. Ini kerana tugas
dan tanggungjawab amat berat dan memerlukan tahap keimanan yang tinggi. Raja sebagai pemerintah yang dilantik dan
memegang amanah yang tinggi semestinya memerlukan pembantu-pembantu dalam
melaksanakan tugasnya. Sehubungan itu Fasal 3 menggariskan hal-hal yang
berkaitan dengan perlantikan pembesar-pembesar negeri antaranya ialah wazir
atau menteri dan juga kadi. Dalam fasal ini semua syarat-syarat yang diperlukan
di situ adalah jelas berlandaskan kehendak agama Islam. Begitu jugalah dengan
perlantikan kadi yang bertanggungjawab dalam menyelesaikan permasalahan yang
berkaitan dengan undang-undang Islam. Menurut Imam al-Mawardi di dalam Al-Ahkam
as-Sultaniyah, pemimpin diwujudkan untuk melindungi agama serta mentadbir dunia
(hirasatud din wa siyasatud dunya). Roh politik Islam itu terletak kepada
pemimpin yang memelihara Din atau agama dan mentadbir urusan keduniaannya
(152). Kesemua ini adalah berkaitan dengan perlantikan dan pemilihan seorang
pemimpin serta tanggungjawab mereka. Fasal 4 pula adalah memperkatakan perihal
penurunan atau pemecatan jawatan raja, kadi, wazir, biduanda, juak-juak dan
kadam. Namun begitu syarat-syarat perlucutan jawatan itu berbeza di antara satu
sama lain. Perlucutan jawatan raja berdasarkan dua peraturan yang telah
ditetapkan. Pertamanya jika berdasarkan Jawharat al-Tawhid, raja tidak boleh
dipecat jika hilang keadilan kecuali jika terkeluar daripada agama Islam. Jika
dibuat berdasarkan Kitab Ithaf al-Murid (pendapat Imam Shafie) mengatakan
bahawa raja tidak adil patut diganti. Jika tidak, akan mendatangkan fitnah.
Raja juga boleh diturunkan jika raja itu lemah menjaga kebajikan orang Islam,
berpenyakit gila, buta tuli dan sebagainya. Manakala jawatan kadi al-mutlaq boleh
diturunkan jika kehilangan sifat ahlu’l-Qada’ seperti gila, hilang akal,
mengalami kecacatan dan sebagainya. Begitu juga jawatan wazir, sebab-sebab
pemecatan juga hampir sama dengan raja dan kadi cuma berbeza hanya jika
melakukan kesalah-kesalahan kecil seperti membuka rahsia, menjual nama raja dan
sebagainya. Tetapi bagi jawatan biduanda, juak-juak dan kadam jawatan mereka
boleh dilucutkan hanya dengan sebab malas, lalai atau khianat kerana ini boleh
mengakibatkan kebinasaan harta raja. Berdasarkan tatacara dan syarat perlucutan di
atas, maka jelas kepada kita bahawa ianya amat bertepatan dengan kehendak Islam
yang mementingkan tanggungjawab dan amanah dalam menjalankan tugas serta taat
kepada Allah. Ini bersesuaian dengan sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Imam
Ahmad yang maksudnya; "Tidak berhak untuk ditaati orang yang
tidak mentaati Allah". Khalifah Umar al-Khattab menolak prinsip Jahiliyyah dengan konsep
"the boss is always right". Dengan
kata lain ketaatan ada batas-batasnya. Fasal ini juga sesuai dengan pandangan
hidup Islam kerana Islam perlu ditadbir oleh mereka yang benar-benar arif dalam
hal-hal berkaitan dengan Islam. Islam sendiri telah menegaskan tentang memilih
pemimpin dan adalah malang sekiranya berlaku kesilapan dalam pemilihan pemimpin
seperti mana sabda Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan oleh al-Bukhari)
bermaksud; "Apabila diserahkan sesuatu kepada bukan ahlinya, tunggulah,masanya
(kehancuran)"
Thamarat al-Muhimmah juga menggariskan
fasal-fasal yang berkaitan dengan mahkamah. Konsep, definisi, struktur dan
hal-hal yang berkaitan dengan pentadbiran mahkamah diperjelaskan dalam fasal 1 hingga
6. Hal ini menjelaskan kepada kita bahawa konsep ini bertepatan dengan konsep
pengurusan yang cekap dan licin dalam menegakkan keadilan dalam Islam. Dalam fasal 2 di bawah perkara ini Thamarat
al-Muhimmah menggariskan adab-adab ahli-ahli mahkamah. Berdasarkan enam
adab-adab yang dinyatakan jelas membuktikan bahawa seseorang yang dipilih untuk
menjadi ahli mahkamah semestinya mempunyai sifat-sifat terpuji seboleh mungkin
mencontohi sifat-sifat Rasulullah S.A.W. sebagaimana yang digariskan di bawah fasal
9. Aturan dalam sesuatu mesyuarat juga turut
digariskan di bawah fasal 3. Aturan mesyuarat ini adalah hal-hal yang berkaitan
dengan keputusan mesyuarat, waktu mesyuarat, ciri-ciri ahli mesyuarat dan
kedudukan kadi dalam mengendalikan mesyuarat. Ringkasnya kandungan fasal ini bertujuan
untuk memastikan perjalanan mesyuarat dapat dijalankan dengan sebaiknya. Namun
begitu dalam hal yang berkaitan dengan membuat keputusan, sebarang masalah dan
keraguan perlu dirujuk kepada orang lebih arif iaitu ulama. Di sinilah
letakkannya kemurnian hukum atau undang-undang Islam iaitu meletakkan ulama
pada tempat yang tertinggi. Fasal 3 pula menggariskan undang-undang yang
diterima pakai adalah berlandaskan al-Quran dan hadith mengikut mazhab Shafie.
Namun begitu, hukuman terhadap masalah dunia boleh dipakai asalkan tidak
mendatangkan kesan negatif kepada penerima dan pelaksana undang-undang serta
pihak ketiga. Dalam konteks ini, jelas kepada kita bahawa seseorang kadi itu
seharusnya memiliki ilmu yang secukupnya. Ini adalah untuk mengelakkan unsur
rasuah berlaku di mahkamah sebagaimana yang digariskan dalam fasal 8.Unsur
melakukan sumpah setia ‘ahad al-mahkamah’ turut dinyatakan di bawah fasal 12.
Perkara yang dinyatakan adalah berupa ‘akta rahsia rasmi’. Perkara-perkara
seperti ini sememangnya perlu kerana ianya melibatkan maruah kerajaan dan
kakitangan. Jika perkara tersebut dilakukan maka jawatan mereka boleh
dilucutkan. Di sinilah juga letaknya konsep amanah dalam menjalankan
tanggungjawab dalam Islam. Bab 3. Raja dan Pegawai Patut Memelihara Roh,
Badan dan Nama. Di bawah bab ini Thamarat al-Muhimmah juga
menggariskan bahawa seseorang pemimpin terutamanya raja, amat perlu memelihara
rohnya. Penyakit roh amat sukar diubati sebaliknya perlu dijaga dengan baik.
Memiliki sifat dan akhlak yang mulia akan menghindarkan seseorang daripada
penyakit ini. Inilah yang dinyatakan dalam fasal 1 dan 2 yang bertepatan dengan
firman Allah dalam surah Al-Araf: 33, yang bermaksud;
"Katakanlah sesungguhnya Tuhanku hanya mengharamkan perbuatan keji sama
ada terang atau tersembunyi dan berbuat dosa, juga melanggar hak manusia dengan
tidak sebenarnya." Justeru, raja digalakkan mendampingi ulama
supaya dapat mencontohi perangai sabar, reda, dan tawakkal mereka kepada Allah.
Ini selari dengan pandangan Islam seperti sabda Rasulullah S.A.W yang
bermaksud; "Ulama itu adalah pewaris nabi." Hal-hal yang berkaitan dengan nama,
memuliakan nama juga digariskan dalam teks ini. Sifat-sifat zalim adalah salah
satu sifat yang amat dibenci Allah. Sama ada menzalimi diri sendiri atau orang
lain.Hal-hal kezaliman ini sememangnya dinyatakan oleh Allah. Antaranya firmanNya
dalam surah Al-Talak : 1, yang bermaksud; "Sesiapa yang melanggar
batas-batas (sempadan) Allah sesungguhnya dia telah menzalimi dirinya
sendiri." Dalam pengertian yang hakiki, kepimpinan
dalam Islam ialah amanah keinsanan, berupa pelaksanaan dua tugas insan yang
dijelaskan oleh al-Quran. Oleh kerana itu kepimpinan dalam Islam tidak dapat
dipisahkan daripada konsep ibadat dan khalifah iaitu pelaksanaan tugas insan
sebagai pemakmur dunia dan penegak keadilan dan penghapus segala bentuk
al-fasad. Thamarat al-Muhimmah juga menjelaskan
sifat-sifat terpuji (mahmudah) sifat-sifat tercela (mazmumah). Di bawah perkara
‘Khatima’ dalam teks ini diperjelaskan 14 sifat yang amat dibenci oleh Allah
dan mesti dijauhi oleh raja atau pemerintah iaitu takbur, dengki, pemarah,
tamak dan sebagainya. Sebagai contoh, firman Allah dalam surah Al-Israk : 34,
yang bermaksud; "Tunaikanlah janji kerana itu satu tanggungjawab". Ringkasnya, tugas dan tanggungjawab raja atau
pemerintah amatlah berat. Namun begitu raja atau pemerintah mesti memiliki
sifat-sifat terpuji yang berupaya memahat rasa hormat dan contoh di hati
rakyat. KESIMPULAN Keseluruhannya teks Thamarat al-Muhimmah ini
menggariskan perkara-perkara yang berkaitan dengan raja atau pemerintah dan
pemerintahan. Perkara-perkara yang terkandungan dalam teks ini adalah
bertepatan dengan pandangan hidup yang digariskan oleh Islam. Umpamanya dalam
perlantikan dan memilih pemimpin, tanggungjawab pemimpin, konsep amanah dalam
menjalan tugas, dan mustahaknya memelihara maruah yang meliputi roh, jasad dan
nama. Oleh itu tugas dan tanggungjawab seeorang
raja atau pemerintah amatlah berat dalam menjalan tugas sebagai khalifah, sultan
dan imam di muka bumi Allah. Ini turut dijelaskan oleh
Rasululkah S.A.W dalam sabdanya yang diriwayatkan oleh Abu Ya’la yang
bermaksud; "Orang yang paling berat azabnya di hari akhirat nanti adalah
seorang imam (pemimpin yang zalim)" Secara ringkasnya, segala yang digariskan
dalam Thamarat al-Muhimmah adalah berupa pedoman dan panduan kepada raja atau
pemerintah agar sentiasa berpegang kepada amanah sebagai khalifah Allah dimuka
bumi.
hanya ahli berdaftar boleh mennghantar komen!!
Powered by !JoomlaComment 3.26
3.26 Copyright (C) 2008 Compojoom.com / Copyright (C) 2007 Alain Georgette / Copyright (C) 2006 Frantisek Hliva. All rights reserved." |
||||||
| Kemas Kini Terakhir ( Sunday, 28 March 2010 ) | ||||||
| Berikutnya > |
|---|