Khairaummah mailing list
  • (no subject)
    Afwan kirim konfirmasi dari facebook faza fatiha
  • Fwd: Two Moons on 27th August 2010
    -KM- Begin forwarded message: --- On Tue, 24/8/10, wanzul wan daud < Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya > wrote: From: wanzul wan daud < Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya > Subject: Fw: Two
  • Fw: Undangan ke Siri Wacana ATMA
    ... From: " Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya " < Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya > To: Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya ; Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya ; Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya ; Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya ; Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya ;
  • Wacana Fikir ATMA 8 Julai
    Salam, Untuk sesiapa yang berminat. Wacana Fikir ATMA Tajuk: ?Islamisasi Ilmu Pengetahuan Semasa: Sejarah dan Perkembangannya? Pembentang: YBhg. Profesor
  • Artikel tentang Penarafan Universiti
    Utusan Malaysia 25/5/2010 Apa sebenar penarafan universiti sedunia? Oleh Prof. Dr. Arndt Graf Debat tentang penarafan universiti sedunia sedang semakin hangat,
Infoteks
Ingin mengiklankan aktiviti / produk anda di sini? sila hubungi kami... email: arief_rf@yahoo.com


Mari boikot produk 
Israel/Yahudi
Hentikan menyokong kekejaman
Israel terhadap umat Islam
 
"it is an obligation not to help them
(the enemies of Islam) by buying
their goods. To buy their goods
is to support tyranny, oppression
and aggression" -Yusuf al-Qardawi
 
 






Ruangan forum dan komen artikel telah dibuka untuk semua pengunjung. Sila gunakan ruang tersebut dengan sebaiknya.  

Admin



Ingin menulis di laman web ini?

Pelawat yang telah berdaftar akan dinaik-taraf sebagai penulis oleh admin. Sebagai penulis, menu hantar artikel akan wujud di bahagian menu pengguna. Artikel yang dihantar akan disemak oleh editor dan diluluskan untuk terbit sekiranya memenuhi kriteria laman web ini.

Pelawat juga boleh menghantar artikel ke arief_rf@yahoo.com




Seksyen
Fikih Kebangkitan
Tamadun Islam
Pemikiran Islam
Dunia Islam
Tokoh Islam
Hawa
English Section
Puisi
Ulasan Buku
Mailing List
klik di sini untuk menyertai mailing list khairaummah
Lawatan
Hari ini: 77
Semalam: 99
Sebulan: 753
Jumlah: 95320
Maks sehari: 291
Maks sebulan: 5822
Kiraan Sejak: 2008-08-07
Totals Top 10
 62 % Malaysia (60692)
 18 % Indonesia (17591)
 5 % United States (4399)
 2 % China (2089)
 2 % Japan (2077)
 < 1.0 % Germany (1234)
 < 1.0 % Unknown (996)
 < 1.0 % United Kingdom (873)
 < 1.0 % Singapore (833)
 < 1.0 % Russian Federation (661)
95320 visits from 132 countries
Trafik
Islamictube
boycott_israel_275x275.gif
Statistik
Ahli: 533
Artikel: 294
Pautan: 5
Pengunjung: 513416
Mengenang Pak Natsir PDF Cetak E-mail
Penilaian Pengguna: / 1
BurukTerbaik 
Ditulis Oleh Dato’ Dr. Siddiq Fadzil   
Friday, 14 November 2008
 “Izinkan kami untuk menumpang berteduh  di bawah bimbingan beliau, izinkan kami untuk sama-sama memiliki beliau, karena kami tidak memiliki orang sebesar itu di Malaysia”. Itulah kata-kata yang saya ucapkan selaku presiden ABIM (Angkatan Belia Islam Malaysia) ketika berkunjung ke DDII sekitar tahun 1980an.  Saya ucapkan demikian sebagai satu apresiasi ikhlas dari kami yang mewakili gerakan Islam di Malaysia. Karena sejak berdirinya ABIM tahun 1972 kami tidak dapat melihat orang lain yang dapat kami tuakan sebagai tokoh gerakan Islam di rantau ini.

Kami mengenali Pak Nasir sejak tahun 1975. Saya dan Anwar Ibrahim telah berkunjung ke rumah beliau untuk bersilaturahmi. Kunjungan kami pada waktu itu sebenarnya dalam rangka menemui tokoh-tokoh pergerakan Islam di Indonesia dan sudah tentu terutama sekali Pak Nasir yang memiliki pengalaman luas dalam gerakan Islam. Ketika itu kami mewakili MBM (Majlis Belia Malaysia) dan Anwar Ibrahim sebagai presidennya untuk satu pertemuan dengan pimpinan KNPI (Komite Nasional Pemuda Indonesia). Ketika kunjungan ke rumah Pak Nasir itu kami sangat terkesan dengan kesederhanaan beliau. Sebagai mantan Perdana Menteri kami menjangkakan akan berkunjung ke rumah yang besar.  Rupa-rupanya beliau adalah orang yang sangat sederhana. Beliau juga mempunyai perwatakan yang lemah lembut dan ramah.  Kami mendengar nasihat beliau dan bertukar fikiran tentang perkembangan gerakan Islam. Pada masa itulah pertama kali kami mendengar daripada beliau istilah “the rising tide of Islam” sebagai menggambarkan fenomena kebangkitan Islam yang sedang menyemarak ketika itu. Tidak lama daripada kunjungan kami itulah Anwar Ibrahim ditangkap dan dipenjarakan karena terlibat dalam memprakarsai sebuah demonstrasi. 

 

Pertemuan kami selanjutnya adalah sewaktu kunjungan Pak Nasir ke Malaysia. ABIM menyambut kedatangan beliau dengan besar hati. Ketika itu presiden ABIM sedang dalam penjara, maka Al-marhum Fadhil Noor, pemangku presiden ABIM telah mewakili Anwar Ibrahim menyambut kedatangan beliau. Saya ingat pada waktu itu beliau memberikan nasehat atau wejangan yang sangat berharga bagi kami yang sedang mencari arah untuk membawa  gerakan Islam yang kami pimpin di Malaysia. Nasehat beliau adalah agar gerakan Islam tidak melawan semua musuh sekaligus. Bagi kami yang sedang mempunyai semangat yang membara karena masih muda-muda ketika itu kami anggap sebagai nasehat dari orang tua kepada anak-anaknya. Kami menerima nasehat itu sebagai satu kebijaksanaan dalam perjuangan. Saya masih ingat ketika beliau memberikan khutbah di masjid negara, beliau telah merespon terhadap teori domino yang dikaitkan dengan kemaraan Soviet Union. Dengan sangat bijaksana beliau mengupas satu hadis yang biasa kami dengar tetapi cara pembahasannya sangat luar biasa. Hadis tentang 7 golongan yang dilindungi oleh Allah itu dibahas dengan cerdas sehingga menjadi panduan dalam memperkuat ketahanan nasional.  Maka beliau merumuskan perlu adanya 7 faktor, seperti yang disebut di dalam hadith tersebut, supaya bangsa ini kuat menghadapi musuh-musuhnya, baik itu komunis atau lainnya. Pada masa itulah kami melihat kekuatan Pak Nasir iaitu ketajaman intelektual yang dimiliki beliau sehingga mampu mengupas sesuatu dengan begitu menakjubkan. Beliau begitu mahir mengangkat sesuatu nas tepat dengan situasi yang dihadapi umat.

 

Dalam satu kesempatan lain, saya berkunjung ke DDII mewakili teman-teman dari Malaysia. Ketika itu DDII sedang menganjurkan kursus untuk pelajar-pelajar Timur Tengah yang sedang bercuti. Tujuannya adalah untuk memberi pendedahan terhadap pemikiran haraki. Yang memeranjatkan kami ketika itu ialah Pak Nasir meminta kami memberikan ceramah kepada para peserta, padahal kami ke sana untuk belajar dengan beliau. Di sinilah kami terkesan dengan kerendahan hati beliau yang justeru sebenarnya menunjukkan kebesaran jiwa dan sikap terbuka beliau. Entah dengan sebab apa dan atas tujuan apa dia mengatakan mungkin ada sesuatu yang bermanfaat yang anda dapat sampaikan kepada mereka. Dengan rendah hati kami menyahut cabaran tersebut dan saya telah membicarakan tentang peranan Islam dalam sejarah kepulauan Melayu, dengan menekankan kesatuan sejarah dan tradisi keintelektualan, bagaimana Islam telah merubah rupa dan jiwa rantau ini. Saya juga menekankan perlunya kita mewujudkan perpaduan umat Islam tanpa melihat batas-batas geografis.

 

Terakhir saya bertemu dengan pak Nasir ketika beliau terlantar di rumah sakit. Kebetulan waktu itu ada pertemuan di Indonesia dan beliau sedang sakit tenat dan tidak mampu berkomunikasi lagi.

Selain sebagai seorang aktivis gerakan Islam, Pak Nasir juga seorang pemikir. Beliau memiliki banyak ide-ide yang orisinal. Beliau telah membicarakan tentang konsep demokrasi Islam lama sebelum orang lain membicarakannya di Nusantara.  Demokrasi Islam, beliau tegaskan, sangat berbeda dengan demokrasi Barat. Istilah yang beliau kemukakan pada waktu itu adalah teistik demokrasi.   Konsep yang beliau kemukakan walaupun baru dan terawal tetapi cukup berbobot dan dapat dipertahankan secara ilmiah. Selain itu beliau juga saya lihat adalah tokoh Islam di Nusantara yang pertama yang mengkritik sekularisme secara intelektual. Walaupun tidak sedalam yang dilakukan oleh Syed Muhammad Naquib al-Attas tetapi beliau telah berjaya menggambarkan kesesatan ideologi tersebut dan menyadarkan khalayak.

 

Pak Nasir sering berpesan agar gerakan Islam sentiasa optimis. Beliau selalu memetik ayat “wallazina jahadu fina lanahdiyannahum subulana “Dan orang-orang yang berjihad untuk Kami, benar-benar akan Kami tunjukkan Kepada mereka jalan-jalan Kami” ( al-Ankabut: 69). Cara beliau mengupas ayat ini sangat mengesankan. Janji Tuhan katanya pasti terlaksana. Tetapi kejayaan gerakan Islam itu menuntut pengorbanan. Pertolongan hanya akan diberikan kepada orang yang benar-benar telah berjihad di jalanNya. Dan Jalan yang Allah bukakan itu bukan satu tetapi banyak jalan karena dalam ayat itu disebut subul bukan sabil. Beliau juga mengatakan bahwa kekuatan gerakan Islam terletak pada golongan dhu’afa (lemah).  Sebagaimana disebut dalam sebuah hadis “sesungguhnya kamu ditolong kerana kaum dhu’afa kamu”. Golongan ini beliau sebut sebagai golongan “nothing to lose” karena mereka tidak punya apa-apa untuk dikhuatirkan.

Pesan beliau juga agar umat Islam waspada terhadap usaha musuh-musuh Islam menjatuhkan umat Islam. Beliau pernah berucap tentang perlunya umat Islam waspada terhadap fenomena penguasaan orang-orang Kristen dalam kabinet Suharto pada tahun 80an. Beliau telah mengingatkan umat Islam terhadap ayat “Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka”(al-Baqarah 120). Di sini tampak penguasaan beliau dan kemampuan beliau dalam berhujah dengan al-Qur’an dan Hadith. Sehingga apapun isu yang ditangani beliau akan merujuk kepada al-Qur’an dan Hadith. 

 

Kami juga sangat terkesan dengan kata-kata hikmat yang selalu diungkapkan oleh beliau dalam banyak ucapannya.  Di antaranya adalah : “air jangan keruh, ikan biar tertangkap”. Ini menggambarkan wisdom yang beliau miliki. Sedapat mungkin gerakan Islam bisa mengelakkan diri daripada bentrokan dengan musuh. Dan berfikir dengan bijaksana bagaimana tujuan dapat dicapai tanpa mengundang berlakunya kekerasan.  Beliau juga sering berpesan: “yang mudah kita kerjakan sekarang, yang susah kita kerjakan nanti, yang mustahil kita kerjakan esok”. Di sini tampak beliau sangat optimistik,langsung tidak menolak sebarang kemungkinan. Baginya segalanya mungkin dan tidak ada yang mustahil dikerjakan. Cuma bagaimana kita bisa memberi keutamaan terhadap perkara-perkara yang lebih utama, kini pemikiran seperti ini lebih dikenali dengan istilah fiqh al-awlawiyyat. Bagi saya inilah buah fikiran beliau yang orisinal.

 

Pak Nasir member kesan terhadap perjuangan ABIM, khususnya dalam menyusun strategi dakwah. Buku-buku beliau seperti fiqh al-dakwah, capita selecta, kepada ABIM beliau menasihatkan perlunya dilakukan “blood transfusion” terhadap gerakan Islam yang lain. Ketika itu PAS sedang mengalami pukulan hebat akibat kekalahan yang teruk dalam pemilu. Maka ABIM katanya harus memberikan bantuan agar dapat menyegarkan dan menguatkan gerakan Islam itu. Karena katanya apapun perbedaan yang wujud antara ABIM dan PAS, kedua-duanya merupakan gerakan Islam yang perlu saling menyokong dan membantu. ABIM dibawah pimpinan Anwar Ibrahim telah menerima saranan ini dan mengarahkan Fadhil Noor untuk menyertai PAS yang semenjak itu telah banyak melakukan pembaikan dan memperkasakan organisasi tersebut. Bahkan di bawah kepimpinan Fadhil Noor PAS telah menjadi ketua pembangkang, walaupun kejayaan PAS ini tidak dapat disaksikan oleh Pak Nasir sendiri.

 

Sejak jalinan mesra yang kami bina dengan Pak Nasir, ABIM mempunyai hubungan istimewa dengan DDII sehinggalah sekarang. Keakraban kami dengan pimpinan DDII tetap wujud setelah ketiadaan Pak Nasir, baik dengan Pak Rashidi, Anwar Haryono, sehinggalah Bang Husein. Kami umpama adik beradik dalam satu keluarga dakwah. Atas dasar ini, banyak persamaan wujud antara ABIM dan DDII khususnya dari segi visi dan misi. Tidak syak lagi ABIM telah banyak terhutang kepada kebesaran Pak Nasir.

 

Pak Nasir adalah tokoh yang besar yang menjadi kebanggaan Nusantara. Beliau adalah seorang pemikir yang berpengaruh di rantau ini. Keperibadian dan keintelektualan beliau terserlah.  Bangsa ini harus berbangga karena memiliki anak bangsa sepertinya. Beliau tidak mempunyai latar belakang agama seperti para ulama kita namun sesiapapun tidak akan meragui kemampuannya dalam bidang agama. Di rantau Melayu, beliau telah melakukan eksperimen pemerintahan Islam yang terawal pada abad ke-20. Siapapun kita, baik seorang ilmuwan, pejuang dakwah, politikus, atau orang biasa, ketika berhadapan dengan beliau akan terpikat dan terpegun dengan kebesaran beliau. Dan yang menariknya kebesaran beliau sebenarnya terletak pada kerendahan hati, sikap terbuka, dan lemah lembutnya.

 

Diselenggarakan oleh Khalif Muammar

Komen
Carian
hanya ahli berdaftar boleh mennghantar komen!!
Agus Gumilar  - Kami pun bangga   |125.163.74.xxx |2009-04-22 16:44:49
Alhamdulillah,

Terima kasih ustadz atas tulisan ini, sehingga mengingatkan
kembali kami pemuda islam Indonesia akan kecerdasan beliau. Insya allah saya
sebagai pemuda islam pun merasa bangga mempunyai beliau.
Terhujam di hati kami
pun akan tulisan-tulisan beliau yang sederhana tetapi menggugah jiwa. Walaupun
kami tidak pernah bertemu, tetapi kami yakin Beliau seorang yang sangat cerdas,
terlihat dari untaian kata Beliau dalam tulisannya seperti Fiqhud Dakwah dan
Capita Selecta.
Mudah-mudahan sahabat-sahabat DDII bisa meneruskan perjuangan
beliau. Dari perjalanan hidup saya, ada beberapa tempat yang saya optimis mereka
konsisten meneruskan perjuangan2 beliau. Diantaranya DDII, INSIST, Pesantren
Tahdzibul Wasiyah di Bandung dan sebagainya.
Moga kita bisa tetap
Istiqomah.

Jazakallohu khoiran katsir

3.26 Copyright (C) 2008 Compojoom.com / Copyright (C) 2007 Alain Georgette / Copyright (C) 2006 Frantisek Hliva. All rights reserved."

Kemas Kini Terakhir ( Friday, 14 November 2008 )
 
< Sebelumnya   Berikutnya >