Khairaummah mailing list
  • (no subject)
    Afwan kirim konfirmasi dari facebook faza fatiha
  • Fwd: Two Moons on 27th August 2010
    -KM- Begin forwarded message: --- On Tue, 24/8/10, wanzul wan daud < Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya > wrote: From: wanzul wan daud < Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya > Subject: Fw: Two
  • Fw: Undangan ke Siri Wacana ATMA
    ... From: " Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya " < Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya > To: Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya ; Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya ; Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya ; Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya ; Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya ;
  • Wacana Fikir ATMA 8 Julai
    Salam, Untuk sesiapa yang berminat. Wacana Fikir ATMA Tajuk: ?Islamisasi Ilmu Pengetahuan Semasa: Sejarah dan Perkembangannya? Pembentang: YBhg. Profesor
  • Artikel tentang Penarafan Universiti
    Utusan Malaysia 25/5/2010 Apa sebenar penarafan universiti sedunia? Oleh Prof. Dr. Arndt Graf Debat tentang penarafan universiti sedunia sedang semakin hangat,
Infoteks
Ingin mengiklankan aktiviti / produk anda di sini? sila hubungi kami... email: arief_rf@yahoo.com


Mari boikot produk 
Israel/Yahudi
Hentikan menyokong kekejaman
Israel terhadap umat Islam
 
"it is an obligation not to help them
(the enemies of Islam) by buying
their goods. To buy their goods
is to support tyranny, oppression
and aggression" -Yusuf al-Qardawi
 
 






Ruangan forum dan komen artikel telah dibuka untuk semua pengunjung. Sila gunakan ruang tersebut dengan sebaiknya.  

Admin



Ingin menulis di laman web ini?

Pelawat yang telah berdaftar akan dinaik-taraf sebagai penulis oleh admin. Sebagai penulis, menu hantar artikel akan wujud di bahagian menu pengguna. Artikel yang dihantar akan disemak oleh editor dan diluluskan untuk terbit sekiranya memenuhi kriteria laman web ini.

Pelawat juga boleh menghantar artikel ke arief_rf@yahoo.com




Seksyen
Fikih Kebangkitan
Tamadun Islam
Pemikiran Islam
Dunia Islam
Tokoh Islam
Hawa
English Section
Puisi
Ulasan Buku
Mailing List
klik di sini untuk menyertai mailing list khairaummah
Lawatan
Hari ini: 11
Semalam: 63
Sebulan: 1120
Jumlah: 95687
Maks sehari: 291
Maks sebulan: 5822
Kiraan Sejak: 2008-08-07
Totals Top 10
 62 % Malaysia (60833)
 18 % Indonesia (17644)
 5 % United States (4432)
 2 % Japan (2164)
 2 % China (2092)
 < 1.0 % Germany (1234)
 < 1.0 % Unknown (1003)
 < 1.0 % United Kingdom (880)
 < 1.0 % Singapore (834)
 < 1.0 % Russian Federation (669)
95687 visits from 132 countries
Trafik
Islamictube
boycott_israel_275x275.gif
Statistik
Ahli: 533
Artikel: 294
Pautan: 5
Pengunjung: 515656
Agenda Pemerkasaan Ulama’: Ketika Kejahilan Merajalela dan Ilmu Hilang Entah ke Mana PDF Cetak E-mail
Penilaian Pengguna: / 2
BurukTerbaik 
Ditulis Oleh Khalif Muammar   
Saturday, 04 October 2008
 Sistem dualisme pendidikan menjadikan jurang antara “golongan agama” dengan golongan umum semakin besar. Satu fenomena yang tidak dapat dipungkiri ialah kemunculan golongan agama yang tidak tahu-menahu ilmu-ilmu dunia dan golongan umum yang tidak tahu tentang agama kecuali sedikit. “Golongan agama” ini semakin terpisah dan terasing dalam dunia dan tugasnya. Sedangkan golongan umum semakin bebas dan berwenang dalam dunia dan tugasnya. “Golongan agama” menganggap golongan umum jahil, golongan umum pula menganggap golongan agama kolot dan tidak relevan.

Sesekali “golongan agama” ini muncul di khalayak ramai, memberi nasihat dan menggurui semua lapisan masyarakat. Untuk menarik perhatian orang ramai maka mereka akan berjenaka dan menghiburkan orang ramai. Untuk kekal relevan di hati masyarakat mereka akan tampil menyenangkan semua pendengarnya. Tanpa disedari, tugas utamanya untuk mengajarkan agama, memperbetulkan kesilapan terabaikan. Mereka menjadi penghibur murahan. Malah ada yang sanggup menjual cerita-cerita lucah untuk menggelitik hati pendengarnya. Ilmu penceramah tidak lagi menjadi ukuran. Yang penting dia pandai berjenaka. Dengan demikian masyarakat akan “seronok” mendengar ceramahnya. 

 

Siapakah sebenarnya ulama’? Mungkin kita perlu meneliti semula definisi yang kita berikan terhadap istilah ulama’. Jelas pendangkalan makna berlaku di sini. Asalkan seseorang itu tahu membaca al-Qur'an dengan baik, boleh menjadi Imam dalam solat, memakai kopiah maka ia akan diberi gelaran ustaz oleh masyarakat. Walhal pandai membaca al-Qur'an dan boleh menjadi Imam adalah sifat-sifat yang mesti ada pada setiap Muslim. Istilah ulama’ juga diberikan dengan mudah kepada sesiapa yang memiliki segulung ijazah dalam pengajian Islam. Perkataan ulama menjadi istilah yang spesifik merujuk kepada “golongan agama”, satu golongan yang mempunyai hak mentafsirkan Islam. Bagi pihak-pihak tertentu  golongan ini dibenci kerana dianggap telah memonopoli hak terhadap Islam. Benarkah ulama' sinonim dengan “golongan agama” (clergy) yang popular penggunaannya di Barat tetapi tidak mesra ilmu dan kemajuan?

 

Terdapat beberapa hadis yang menyatakan bahawa di akhir zaman nanti ilmu akan sangat berkurangan dan kejahilan akan berleluasa. Orang-orang yang berilmu akan dihilangkan oleh Allah swt dan orang-orang jahil akan diangkat oleh masyarakat untuk menggantikan tempatnya (Hadis riwayat Bukhari, no. 80-81; Muslim no. 1865-1866). Dalam satu riwayat Muslim Rasulullah bersabda:

 

“Sesungguhnya Allah tidak mencabut ilmu secara langsung daripada manusia, tetapi mencabutnya dengan mencabut para ulama’. Sehingga apabila tidak ada lagi seorang ‘alim, masyarakat akan mengangkat ketua-ketua yang jahil maka ketika orang-orang ini ditanya mereka akan berfatwa tanpa ilmu lalu mereka akan menjadi sesat dan menyesatkan orang lain”. (Riwayat Muslim, no. 1867).

 

Hadis-hadis tersebut berbicara tentang tanda-tanda kiamat. Disenangi ataupun tidak tanda-tanda tersebut semakin jelas kelihatan pada hari ini. Kejahilan berleluasa melalui pelbagai cara. Seorang graduan dalam bidang agama akan diangkat jika mengikut selera penguasa dan sanggup mengorbankan prinsipnya. Dengan begitu ia tidak menjadi orang yang berilmu lagi kerana hatinya telah menjadi gelap untuk dapat melihat kebenaran. Sebaliknya ilmuwan yang berpegang kepada prinsip kebenaran pula akan dizalimi, ditindas lalu tenggelam dalam hiruk pikuk kehidupan. Golongan ini dilihat berbahaya kepada status quo. Jadi salah siapakah apabila ilmu tidak dimiliki oleh umat Islam?

 

Jelas juga kelihatan bahawa umat Islam telah kehilangan adab terhadap ilmuwan. Tidak jarang kedengaran bahawa seorang ilmuwan difitnah, dikeji dan dihina kerana tidak mengikut satu-satu aliran tertentu dan mengikuti “selera” pihak tertentu. Seiring dengan maraknya materialisme, kemuliaan seseorang tidak lagi diukur dengan ilmu dan budi yang dimilikinya tetapi dengan segulung ijazah, selonggok harta dan sederetan pangkat yang pernah disandangnya. Masyarakat tidak merasakan  lagi perlu mengikuti ilmuwan yang jujur dan ikhlas. Ramai juga di kalangan masyarakat yang merasa bahawa ilmu yang ada pada dirinya cukup untuk mengatasi segala permasalahan diri dan umatnya.

 

Pada hari ini masyarakat tidak lagi mengenal ilmuwan. Majoriti mereka hanya mengenal pakaian luarannya sahaja. Mereka tidak tahu dan tidak peduli apakah yang diucapkan itu ilmu atau sampah dan omong kosong. Mereka mendengar apa sahaja yang diungkapkan oleh golongan ini tanpa perlu menyimpannya dalam jiwa dan sanubari. Setelah mereka keluar tidak ada apapun yang tersisa untuk dilaksanakan.

 

Dari pihak “golongan agama” pula ada kecenderungan para ustaz untuk mengikut selera masyarakat. Akhirnya ustaz tidak lebih dari sekedar penghibur. Mereka hanya mengucapkan apa yang masyarakat ingin dengar. Profesi ustaz adalah profesi untuk memenuhi kehendak masyarakat. Siapa yang memerlukan siapa sebenarnya? Apakah masyarakat yang memerlukan ilmu yang dibawa oleh seorang ustaz ataukah ustaz yang memerlukan masyarakat untuk mendapatkan pekerjaan dan habuan dunia.

 

Ini jelas menunjukkan bahawa pada hari ini segala sesuatu telah dikomersialkan. Sesuatu yang tidak bernilai komersial tidak akan mendapat tempat baik di media massa mahupun di hati masyarakat. Sehingga tidak sedikit di antara para ustaz yang berlumba-lumba untuk menjadi selebriti. Dengan menjadi selebriti mereka akan mendapat harta, kedudukan dan nama. Tetapi sudah tentu ada satu perkara yang tidak dapat mereka lakukan iaitu menunaikan tugas asasi mereka mendidik dan mentransformasikan masyarakat.

 

Tidak kurang berbahaya juga ramainya orang yang tidak berilmu menganggap diri mereka berilmu. Mereka tidak tahu bahawa mereka tidak tahu. Dalam era teknologi maklumat ini setiap orang merasakan dirinya memahami Islam. Dengan berguru pada google, ia menjadi orang yang berilmu secara serta-merta. Tidak perlu lagi berguru, mengaji, menuntut ilmu belasan tahun di negeri orang. Seseorang dengan mudah mendapatkan maklumat yang diinginkan dengan menghadap internet beberapa jam sehari, mengumpul maklumat yang entah darimana sumbernya, dan menunjukkan orang di sekitarnya akan keilmuannya. Dalam beradu argumentasi siapa yang memberi pandangan tidak penting, kerana semua orang bebas memberi pandangan dan mendapat akses yang mudah kepada ilmu.

 

Di sini racun demokrasi juga dapat dirasakan. Dengan pendemokrasian ilmu ini ilmu bukan lagi milik ilmuwan tetapi menjadi milik semua orang. Dengan pengertian bahawa sesiapapun boleh bercakap dan memberikan pandangan. Benar salah tidak menjadi soal. Alasannya mudah, seperti pernah dinyatakan oleh seorang pemimpin di negara ini, “jika ilmuwan pun melakukan kesilapan maka aku yang awam dalam keilmuwan Islam tidak salah mencuba memberikan pandangan kerana kesilapan itu  dilakukan oleh sesiapa sahaja”. Mengapa tidak dia katakan “jika doktor perubatan pun boleh melakukan kesilapan dalam pembedahan maka tidak ada salahnya saya yang awam, cuba melakukan pembedahan”. Tentunya orang yang berfikiran sehat tidak akan mengatakan hal seperti ini. Tetapi malangnya kesewenang-wenangan ini banyak dilakukan terhadap Islam.

 

Seharusnya masyarakat dapat mengenal ilmuwan lalu meletakkan mereka di tempat yang sewajarnya. Ilmuwan tidak akan memperkenalkan diri sebagai ilmuwan. Ilmuwan yang mengaku dan mendabik dada sebagai ilmuwan bukan lagi ilmuwan sejati. Seorang ilmuwan terhormat tidak akan mengatakan “aku mempunyai jawapan bagi permasalahan kamu sekalian. Aku telah menggali ilmu sampai yang terdalam. Aku telah menghadam karya-karya terdahulu dan terkini”. Ucapan seperti ini tidak akan datang dari ilmuwan yang beradab.

 

Jika masyarakat tidak mampu mengenal ilmuwan sebenar berbanding ilmuwan palsu, jika masyarakat terlalu jahil untuk membezakan kaca dengan permata maka akan teramat sulit mereka mendapat cahaya ilmu. Mereka akan sentiasa berada dalam lembah kejahilan dan kesesatan.  Walaupun sebenarnya dalam hal ini kesalahan tidak patut dibebankan kepada masyarakat sahaja. Kerendahan kualiti di kalangan “golongan agama” juga menjadi faktor kegagalan mereka berfungsi dengan baik di kalangan masyarakat.

 

Kerana teramat jarangnya mendapat pencerahan daripada penceramah. Seorang pelajar dewasa pernah mengadu bahawa amat susah sekali mendapat pencerahan daripada “golongan agama”. Kadang-kadang terasa bosan mendengar ceramah agama. Ilmu yang dicari tidak didapat dan jawapan yang diberikan bagi permasalahan yang dialami oleh masyarakat tidak melegakan. Mungkin akan tiba masanya mendengar ceramah agama hanya akan berlaku dengan paksaan. Bukan kerana ilmu sudah tidak lagi menarik tetapi kerendahan kualiti orang-orang yang memberikan ceramah tersebut.

 

Tugas ilmuwan Islam amat berat di sisi Allah dan di sisi masyarakat. Ulama sebenarnya adalah pewaris para nabi. Ia bukan satu jawatan untuk disandang dan penghormatan yang tidak diikuti dengan tanggungjawab yang tinggi. Tetapi ia adalah satu tugas yang maha berat. Ia adalah tugas dan amanah untuk mencerahkan dan mentransformasikan masyarakat.  Ilmuwan dalam Islam berfungsi sebagai pelita yang menerangi masyarakat di sekelilingnya. Tanpa pelita tersebut masyarakat tidak mampu mengenal kebenaran, berlaku adil, dan menggapai kebahagiaan di dunia dan di akhirat.

 

Tidak ada dalam kamus kehidupan ilmuwan untuk menjadi penghibur masyarakat. Cukuplah penghibur sedia ada yang sudah banyak melalaikan masyarakat. Mentaliti menjadikan golongan ini satu lagi profesi untuk memenuhi kehendak masyarakat perlu dikikis dan sikap masyarakat yang menginginkan agar golongan ini memenuhi kehendak mereka juga perlu dibuang. Jika golongan agama tahu menghargai diri mereka sendiri maka masyarakat akan tahu menghargai mereka. Jika mereka sanggup merendahkan martabat mereka sendiri demi meraih keuntungan sesaat maka masyarakat pun akan merendahkan mereka. 

 

Stigma yang dikenakan terhadap ulama' perlu dibuang. Ulama' bukan golongan agama yang hanya tahu urusan agama sahaja. Mereka juga tidak semestinya pakar dalam ilmu-ilmu agama sahaja tetapi sebagaimana dicontohkan oleh para ulama terdahulu, juga pakar dalam bidang ekonomi, politik, astronomi, perubatan, sains tabi'i dsb. Justeru dalam Islam ulama' adalah penjana kemajuan dan bukan penghalang kepada ilmu dan kemajuan. Stigma negatif terhadap ulama ini timbul daripada pengalaman pahit Barat dalam berurusan dengan kaum gereja. Kaum gereja telah menindas ilmu dan kemajuan atas nama Tuhan dan agama. Dalam sejarah umat Islam pula dengan kemundurun umat Islam dari segala segi maka penguasaan umat Islam terhadap ilmu juga menurun. Ilmu tidak lagi dikuasai oleh kaum ulama tetapi juga oleh golongan umum yang belajar daripada Barat tetapi terpisah daripada nilai-nilai tradisi dan keagamaannya. Dualisme keilmuan inilah yang menimbulkan semua malapetaka di atas. Masing-masing pihak tidak mendapatkan ilmu seutuhnya tetapi mendapatkannya secara terpisah-pisah, berserakan dan tidak bersepadu.

 

Agenda pemerkasaan ulama’ adalah satu kemestian jika kebangkitan umat benar-benar ingin dicanangkan. Di satu pihak kita mendapati penghormatan terhadap ulama’ telah berkurangan dan di pihak yang lain juga kita melihat golongan ulama’ gagal menghormati diri mereka sendiri. Dalam sebuah hadis Rasulullah saw mengatakan bahawa makhluk-makhluk lain akan beristighfar bagi golongan ilmuwan, sehingga ikan-ikan di lautan juga tidak ketinggalan ikut beristighfar bagi golongan ini (Riwayat al-Tirmizi, no 2606). Cukuplah penghormatan yang diberikan oleh makhluk-makhluk Allah ini terhadap golongan Ilmuwan. Kerana ia adalah kemuliaan sebenar yang Allah berikan kepada ilmuwan. Tetapi malangnya kemuliaan di sisi manusia yang fana inilah yang selalu di cari-cari setiap golongan.

 

Sememangnya kedudukan ilmuwan itu teramat tinggi di sisi Islam. Tetapi ilmuwan yang hakiki bukanlah ilmuwan di atas kertas dan pada penampilan. Mereka adalah golongan ulul albab yang memahami persoalan sampai kepada akar-akarnya dan melihat sesuatu sampai kepada lubuknya yang terdalam. Penghormatan tinggi Islam kepada ilmuwan bukan sesuatu yang pelik dan aneh jika difahami bahawa  ilmu mendapat tempat yang paling istimewa dalam Islam. Islam adalah agama ilmu. Islam menarik seluruh umat manusia ke arah ilmu dan pencerahan. Oleh itu peranan dan tanggungjawab yang dibebankan kepada kaum ilmuwan juga amat besar. Ketergantungan dan keperluan masyarakat terhadap golongan ini juga amat vital. Yang aneh adalah dalam pada Islam memberikan penghormatan yang besar kepada ilmu, pada kenyataannya kejahilanlah yang berleluasa di kalangan umat Islam khasnya dan di dunia amnya. Andaikan saja hakikat ini difahami oleh anak-anak Adam.

Komen
Carian
hanya ahli berdaftar boleh mennghantar komen!!

3.26 Copyright (C) 2008 Compojoom.com / Copyright (C) 2007 Alain Georgette / Copyright (C) 2006 Frantisek Hliva. All rights reserved."

Kemas Kini Terakhir ( Saturday, 04 October 2008 )
 
< Sebelumnya