Khairaummah mailing list
  • (no subject)
    Afwan kirim konfirmasi dari facebook faza fatiha
  • Fwd: Two Moons on 27th August 2010
    -KM- Begin forwarded message: --- On Tue, 24/8/10, wanzul wan daud < Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya > wrote: From: wanzul wan daud < Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya > Subject: Fw: Two
  • Fw: Undangan ke Siri Wacana ATMA
    ... From: " Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya " < Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya > To: Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya ; Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya ; Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya ; Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya ; Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya ;
  • Wacana Fikir ATMA 8 Julai
    Salam, Untuk sesiapa yang berminat. Wacana Fikir ATMA Tajuk: ?Islamisasi Ilmu Pengetahuan Semasa: Sejarah dan Perkembangannya? Pembentang: YBhg. Profesor
  • Artikel tentang Penarafan Universiti
    Utusan Malaysia 25/5/2010 Apa sebenar penarafan universiti sedunia? Oleh Prof. Dr. Arndt Graf Debat tentang penarafan universiti sedunia sedang semakin hangat,
Infoteks

Mari boikot produk 
Israel/Yahudi
Hentikan menyokong kekejaman
Israel terhadap umat Islam
 
"it is an obligation not to help them
(the enemies of Islam) by buying
their goods. To buy their goods
is to support tyranny, oppression
and aggression" -Yusuf al-Qardawi
 
 






Ingin menulis di laman web ini?

Pelawat yang telah berdaftar akan dinaik-taraf sebagai penulis oleh admin. Sebagai penulis, menu hantar artikel akan wujud di bahagian menu pengguna. Artikel yang dihantar akan disemak oleh editor dan diluluskan untuk terbit sekiranya memenuhi kriteria laman web ini.

Pelawat juga boleh menghantar artikel ke arief_rf@yahoo.com



Ruangan forum dan komen artikel telah dibuka untuk semua pengunjung. Sila gunakan ruang tersebut dengan sebaiknya.  

Admin



Ingin mengiklankan aktiviti / produk anda di sini? sila hubungi kami... email: arief_rf@yahoo.com


Seksyen
Fikih Kebangkitan
Tamadun Islam
Pemikiran Islam
Dunia Islam
Tokoh Islam
Hawa
English Section
Puisi
Ulasan Buku
Mailing List
klik di sini untuk menyertai mailing list khairaummah
Lawatan
Hari ini: 36
Semalam: 94
Sebulan: 1015
Jumlah: 95582
Maks sehari: 291
Maks sebulan: 5822
Kiraan Sejak: 2008-08-07
Totals Top 10
 62 % Malaysia (60804)
 18 % Indonesia (17631)
 5 % United States (4423)
 2 % Japan (2128)
 2 % China (2091)
 < 1.0 % Germany (1234)
 < 1.0 % Unknown (1002)
 < 1.0 % United Kingdom (877)
 < 1.0 % Singapore (833)
 < 1.0 % Russian Federation (665)
95582 visits from 132 countries
Trafik
Islamictube
boycott_israel_275x275.gif
Statistik
Ahli: 533
Artikel: 294
Pautan: 5
Pengunjung: 514773
SIKAP MELAYU PDF Cetak E-mail
Penilaian Pengguna: / 1
BurukTerbaik 
Ditulis Oleh Prof. Dr Noriah Muhammad   
Monday, 09 June 2008
Finally we come to the most serious, dangerous and destructive traits of the Malay mind, that of the partnership of 2Ds. These are Dengki = vicious jelousy or malicious envy, and Dendam = vindictiveness, vengeance, victimisation.(Abang Yusuf Puteh, 1997:30-31)   
Daripada cuplikan di atas mempamerkan sikap orang Melayu yang tidak lepas dari penyakit hati. Sama ada cuplikan tadi membawa kebenaran ataupun tidak sebaiknya dicerna secara serius kerana gambaran ini mempalitkan warna hitam yang menggerunkan. Manusia lain dan asing akan takut dengan manusia yang dikatakan Melayu. Sehingga kini pun bahasa ‘amuk’ Melayu sudah menjadi bahasa sejagat yang amat sering dikaitkan dengan sikap manusia Melayu yang memuntahkan ledakan api kemarahan dengan membunuh secara sewenang-wenang. Akal dan rasa sudah dikebumikan pada tahap ‘amuk‘ sedang membuak.
                                                
Jadi sikap Melayu yang diketahui  sering dikaitkan dengan unsur-unsur negatif manusia. Persoalannya benarkah penyakit hati ini sudah mendarahdaging pada diri manusia Melayu? Pada hal jika diteliti secara fisikal atau luaran tidak ada bezanya bentuk rupa manusia Melayu dengan manusia lain. Mereka punya rupa - kita juga punya rupa. Mereka punya anggota - kita juga sama dengan  manusia lain. Yang membezakan hanyalah warna kulit dan bentuk fisikal terutama dengan kulit sawo matang dan mata yang tidak seperti manusia golongan Monggoloid. Secara ketara yang membezakan Melayu dengan etnik lain ialah agama dan budaya. Sehinggakan jika seseorang asing memeluk Islam pun dikatakan ‘dia itu sudah masuk Melayu’
Istilah ‘masuk Melayu’ lebih menjurus kepada memperaktikkan budaya Melayu bukan penekanannya kepada   komited Islamnya. Bila sudah’masuk Melayu’  adakah seseorang itu harus punya ‘sakit hati atau barah hati’ sebagaimana yang dibicarakan di atas. Malah terdapat etnik asing yang ‘masuk Melayu’ lebih komited agamanya daripada manusia Melayu yang lahir Islam secara keturunan.
Untuk memberikan justifikasi kepada ‘sikap Melayu’ yang dikaitkan pula dengan ‘penyakit hati, bahan-bahan dari rentetan sejarah terutama yang berkaitan dengan teks ‘Sejarah Melayu’ dapat dijadikan paparan sama ada ‘penyakit hati’ ini sudah wujud sejak dulu atau hanya tumbuh dan membiak di waktu ini. Namun sehingga kini ‘penyakit hati’ manusia Melayu   terus mengakar sehingga melewati batas–batas yang dilarang oleh agama. Contoh seperti penyakit dengki sebagaimana yang dipetik daripada cuplikan di atas. Sehingga kini pun segala pencapaian ijazah seperti BA, MA dan Ph.D pun amat sering dikaitkan dengan sikap negatif Melayu.
Ketiga-tiga bentuk ijazah di atas hanya boleh diperoleh setelah tamat pengajian di universiti dan ketiga-ketiga ijazah itu adalah gambaran tingkat pencapaian dalam bidang akademik. Namun titel/label inilah yang digandengkan dengan sikap Melayu dengan konotasi yang berbeza seperti BA= Batu Api, MA= mancis api, PH.D Perangai Hasad dengki atau pun Penghasut, Hianat, Dengki dan dendam ( Abang Yusuf Puteh,1997:30). Sebagai manusia Melayu dapatkah kita menerima gambaran sikap negatif yang ditempelkan? Untuk menelusuri sikap negatif Melayu ini secara wajar, sebaiknya sumber sejarah terutama teks ‘Sejarah Melayu’ dapat dijadikan sebagai bahan pembanding dan iktibar.
Dalam cetera yang ke sepuluh Sejarah Melayu dipaparkan judul ‘Alamat akan binasa negeri Singapura’ dengan tiga peristiwa: pertama, tentang pembunuhan Tun Jana khatib; kedua, peristiwa ‘ Singapura dilanggar todak’; dan ketiga, peristiwa ‘pembunuhan anak Sang Rajuna Tapa’.
Mengenai cerita pembunuhan Tun Jana Katib, tokoh dibunuh kerana Raja menyangka tokoh menunjukkan kehandalannya membelah pohon pinang menjadi dua di hadapan permaisuri yang sedang melihatnya di tingkap (SM:51) Sang Raja tanpa mengadakan penyelidikan, penelitian secara saksama terus menjatuhkan hukuman bunuh secara menikam dada Tun Jana Katib sehinggakan dibuat pantun seperti berikut:-
Telor itik di Singgora,
Pandan letak dilangkahi,
Darahnya titik di Singapura,
Badan terhantar di Langkawi.
Dengan pemaparan pantun yang sedemikian menunjukkan bahawa Tun Jana Katib menjadi mangsa raja yang pendek akal. Raja merasakan dirinya amat berkuasa sehingga segala katanya harus dikota. Bantahan dan nasihat amat sering dijadikan sekadar kata yang tidak pernah terkota.
Begitu juga dengan nasib anak kecil yang memberikan pandangan supaya berkubukan batang pisang daripada berkubukan betis sebagai alternatif untuk  menghadapi serangan todak yang menyerang Singapura. Malangnya anak kecil tadi dihukum bunuh tanpa diadakan sebarang pembelaan. Hal yang sama juga berlaku kepada anak perempuan Sang Rajuna Tapa yang dihukum sula kerana dikatakan berbuat jahat /zina dengan lelaki lain...
Ketiga-tiga peristiwa di atas semuanya memaparkan mangsa yang dizalimi tidak memperoleh sebarang pembelaan dan hukuman boleh dilaksanakan sama ada perkara itu betul atau sebaliknya, lebih-lebih lagi jika sang raja yang menjatuhkan hukuman. Persoalan yang timbul ialah sang raja merupakan manusia suprim dan segala perbuatannya dianggap sentiasa betul. Tidak pernah wujud suatu bantahan daripada pembesar atau rakyat.
Dalam episod pertama memaparkan sikap raja yang berasa iri hati dengan kebolehan Tun Jana Katib. Di sini juga dapat dikaitkan dengan sikap cemburu kerana perbuatan Tun Jana Katib diperhatikan oleh permaisuri. Sikap ‘iri hati’ dan ‘cemburu’saling terjalin dan gabungan antara keduanya akan membuahkan sesuatu perlakuan yang negatif. Raja berasa iri hati kerana sang raja sendiri tidak berupaya melakukan seperti yang dilakukan oleh Tun Jana Katib. Sehubungan ini adanya sikap cemburu sebagai lelaki dan statusnya sebagai suami. Raja pada bila-bila waktupun  tidak akan mahu keunggulan orang lain melebihi diri baginda. Seperkara lagi pihak pembesar dan agamawan istana tidak berani tampil untuk membetulkan perbuatan raja. Di sini sudah berlaku suatu sindrom senyap di kalangan pembesar. Raja merasakan perbuatanya adalah sah dan benar sama ada di sisi undang-undang dan kemanusiaan. Soal logik tidak pernah wujud atau ingin dimunculkan. Tidak pernah difikirkan akibat daripada kehilangan tokoh yang akan merugikan negara.
Begitu juga dalam peristiwa ‘Singapura dilanggar todak’ dapat diperhatikan peristiwa seorang kanak-kanak yang memberikan ide kecerdasan pemikirannya dan diakui raja dan pembesar. Raja terpaksa akur kerana raja pada waktu itu  tidak dapat ide lain dan tidak ada sebarang pembesar yang dapat memberikan pandangan yang bernas. Raja juga dipaparkan sebagai manusia yang pendek akal.  Setelah sang raja  menuruti kecerdasan pemikiran kanak-kanak   sehingga  menyelamatkan Singapura namun bukan ganjaran yang diperoleh oleh kanak-kanak tadi, malah dia telah dihukum bunuh. Kecerdasan kanak-kanak ini telah menimbulkan sikap iri hati di kalangan pembesar. Pembesar membuat suatu konspirasi menjatuhkan kedudukan kanak-kanak tadi dengan menyatakan bahawa masa depan raja akan tergugat jika budak cerdas dibiarkan terus membesar . Sang raja amat mudah tunduk dengan kemahuan pembesar. Sekali lagi sang raja digambarkan sebagai manusia yang pendek akal dan langkah. Raja tidak menggunakan pemikiran kritis dengan menanyakan apakah akan berlaku kepada negara yang kehilangan tokoh-tokoh yang kritis yang benar-benar sayangkan negara. Sebaliknya sang raja akur dengan kehendak pembesar yang berada di sekelilingnya. Sang Raja tidak pernah meneliti sikap pembesar-pembesarnya yang hanya mementingkan diri sendiri dan di sini juga sudah menampakkan suatu gambaran bahawa manusia akan terlena bila terkena pujian. Pada diri pembesar sudah wujud suatu rasa iri hati kerana tidak mahu orang lain berada di sisi raja selain daripada diri mereka. Soal kepentingan diri amat ditonjolkan dan kepentingan negara sering dipinggirkan.
Berkaitan dengan episod pembunuhan anak Sang Rajuna Tapa juga memaparkan sikap dengki yang bersarang di kalangan istana. Sang Raja amat menyayangi anak Sang Rajuna Tapa walau pun kedudukannya hanya sebagai gundek/selir raja. Fitnah yang wujud di kalangan gundek yang dengki telah membuahkan hasil sehingga anak Sang Rajuna Tapa yang tidak berdosa menerima padahnya. Peristiwa ini juga melakarkan sifat seorang raja yang pendek akal. Raja tanpa usul periksa telah menghukum wanita yang tidak berdosa. Raja mempunyai sikap bahawa hak dan kepunyaannya tidak seharusnya disentuh walau pun anak Sang Rajuna Tapa hanya dikatakan ’Maka dipakai oleh baginda, terlalu sangat dikasihi baginda’
Perkataan ‘dipakai’ sudah memaparkan sang raja boleh melakukan perlakuan yang sembarangan dan dalam erti yang lain wanita tidak berhak ke atas dirinya sendiri. Secara tidak langsung menunjukkan wanita hanya sebagai kain basahan yang ditukar bila dianggap tidak perlu.
Daripada ketiga-tiga peristiwa yang dicuplik khusus dariapada Sejarah Melayu sudah cukup memperlihatkan bahawa tanggapan yang dipaparkan oleh Abang Yususf Puteh ada kebenarannya. Sikap sebagai penghasut, pendengki dan pengkhianat masih wujud sehingga ke hari ini tetapi dalam lingkaran yang berbeza dengan jalur dan warna yang berlainan. Segala yang berlaku kini sama ada dalam arena politik, ekonomi dan sosial sebaiknya kita jangan mempersalahkan sesiapa atau jangan menuding jari mencari salah di pihak lain tetapi sebaliknya harus melihat ke dalam diri. Untuk melihat diri sendiri dari sudut negatif akan menyedarkan kita bahawa banyak ruang yang boleh diperbaiki. Diharapkan sikap negatif yang sehingga kini masih terus lengket di hati manusia Melayu dapat dihilangkan dan biarlah kita menjadi manusia Melayu yang memegang kepada pepatah Melayu ‘Cubit peha kanan, peha kiri terasa sakit juga.’ Biarlah kita juga terus memegang kepada prinsip:  Sifat lapang terbuka tangan
               Hatinya bersih berpalut iman
               Kesalahan orang ia lupakan
               Kesusahan orang ia rasakan
              Dendam kesumat ia lupakan
                                    ( Tenas Effendy 2005:65)
      
     
 
Noriah Mohamed.
ATMA, UKM.
Komen
Carian
hanya ahli berdaftar boleh mennghantar komen!!

3.26 Copyright (C) 2008 Compojoom.com / Copyright (C) 2007 Alain Georgette / Copyright (C) 2006 Frantisek Hliva. All rights reserved."

Kemas Kini Terakhir ( Wednesday, 18 June 2008 )
 
< Sebelumnya   Berikutnya >