Khairaummah mailing list
  • (no subject)
    Afwan kirim konfirmasi dari facebook faza fatiha
  • Fwd: Two Moons on 27th August 2010
    -KM- Begin forwarded message: --- On Tue, 24/8/10, wanzul wan daud < Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya > wrote: From: wanzul wan daud < Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya > Subject: Fw: Two
  • Fw: Undangan ke Siri Wacana ATMA
    ... From: " Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya " < Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya > To: Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya ; Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya ; Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya ; Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya ; Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya ;
  • Wacana Fikir ATMA 8 Julai
    Salam, Untuk sesiapa yang berminat. Wacana Fikir ATMA Tajuk: ?Islamisasi Ilmu Pengetahuan Semasa: Sejarah dan Perkembangannya? Pembentang: YBhg. Profesor
  • Artikel tentang Penarafan Universiti
    Utusan Malaysia 25/5/2010 Apa sebenar penarafan universiti sedunia? Oleh Prof. Dr. Arndt Graf Debat tentang penarafan universiti sedunia sedang semakin hangat,
Infoteks
Ingin mengiklankan aktiviti / produk anda di sini? sila hubungi kami... email: arief_rf@yahoo.com

Ingin menulis di laman web ini?

Pelawat yang telah berdaftar akan dinaik-taraf sebagai penulis oleh admin. Sebagai penulis, menu hantar artikel akan wujud di bahagian menu pengguna. Artikel yang dihantar akan disemak oleh editor dan diluluskan untuk terbit sekiranya memenuhi kriteria laman web ini.

Pelawat juga boleh menghantar artikel ke arief_rf@yahoo.com



Ruangan forum dan komen artikel telah dibuka untuk semua pengunjung. Sila gunakan ruang tersebut dengan sebaiknya.  

Admin




Mari boikot produk 
Israel/Yahudi
Hentikan menyokong kekejaman
Israel terhadap umat Islam
 
"it is an obligation not to help them
(the enemies of Islam) by buying
their goods. To buy their goods
is to support tyranny, oppression
and aggression" -Yusuf al-Qardawi
 
 







Seksyen
Fikih Kebangkitan
Tamadun Islam
Pemikiran Islam
Dunia Islam
Tokoh Islam
Hawa
English Section
Puisi
Ulasan Buku
Mailing List
klik di sini untuk menyertai mailing list khairaummah
Lawatan
Hari ini: 75
Semalam: 99
Sebulan: 751
Jumlah: 95318
Maks sehari: 291
Maks sebulan: 5822
Kiraan Sejak: 2008-08-07
Totals Top 10
 62 % Malaysia (60692)
 18 % Indonesia (17590)
 5 % United States (4399)
 2 % China (2089)
 2 % Japan (2076)
 < 1.0 % Germany (1234)
 < 1.0 % Unknown (996)
 < 1.0 % United Kingdom (873)
 < 1.0 % Singapore (833)
 < 1.0 % Russian Federation (661)
95318 visits from 132 countries
Trafik
Islamictube
boycott_israel_275x275.gif
Statistik
Ahli: 533
Artikel: 294
Pautan: 5
Pengunjung: 513388
Menembus Batas Waktu: Panorama Filsafat Islam PDF Cetak E-mail
Penilaian Pengguna: / 2
BurukTerbaik 
Ditulis Oleh Khalif Muammar   
Tuesday, 19 June 2007
MENEMBUS BATAS WAKTU: Panorama Filsafat Islam, oleh Mulyadhi Kartanegara. Penerbit Mizan, Bandung, 2002. ISBN: 979-433-305-0, pp.203 + indeks.
Mulyadhi Kartanegara adalah nama yang tidak asing lagi dalam dunia keintelektualan di Indonesia. Beliau adalah satu-satunya cendekiawan Indonesia yang betul-betul menekuni dan mendedikasikan hidupnya untuk falsafah Islam. Sebagai seorang Guru Besar Universitas Islam Negri (UIN) Syarif Hidayatullah Jakarta, beliau dan teman-teman seangkatannya, seperti Kamaruddin Hidayat dan ramai murid-murid Nurcholish Madjid yang lain, banyak mencorakkan pemikiran Islam di Indonesia hari ini. Namun berbeza dengan majoriti cendekiawan Muslim yang lain, beliau tidak hanyut dalam arus deras pemikiran neo-modenis dan liberal di Indonesia. Malah kecintaannya terhadap falsafah Islam membawanya kepada usaha pembangunan semula falsafah Islam pada masa kini. Dengan semangat inilah maka lahirlah buku yang berjudul Menembus Batas Waktu: Panorama Filsafat Islam.
Buku Mulyadhi ini ditulis dengan gaya bahasa yang tidak formal. Dengan berkonsepkan autobiografi, Mulyadhi menceritakan pengalamannya berinteraksi dengan falsafah Islam. Hasilnya sebuah landskap falsafah yang dapat berperan sebagai pengantar yang cukup baik untuk sesiapa yang ingin mendalami falsafah Islam. Namun demikian, ketajaman dan kedalaman pembahasannya dapat menjadikan buku ini buku pertama seumpamanya dalam bidang ini dalam bahasa Melayu. Buku ini mengandungi 2 bahagian dan 14 bab. Pada bahagian pertama Mulyadhi membahas persoalan-persoalan inti yang menjadi perdebatan para filsuf Muslim sepanjang sejarah. Seperti persoalan teologi dan falsafah, persoalan intuisi, akal, Tuhan, dan manusia. Pada bahagian kedua yang bertajuk Rekonstruksi, Mulyadhi berusaha menyuguhkan wacana baru falsafah Islam dalam usahanya menghidupkan semula falsafah Islam pada hari ini. Dari keseluruhan kandungan buku ini beliau telah berjaya membuktikan bahawa falsafah Islam dapat menjadi alternatif terbaik bagi mengatasi kebuntuan falsafah dan pemikiran moden yang disuguhkan oleh Barat.
Mulyadhi mengawali tulisannya dengan menceritakan awal keterlibatannya dengan falsafah. Seperti pelajar IAIN yang lain, beliau telah berguru dengan Harun Nasution yang telah memperkenalkannya teologi dan falsafah Islam. Atas bimbingan Harun Nasution ini beliau mengaku telah menjadi seorang rasionalis dan cenderung kepada aliran neo-mu’tazilah (hlm.8). Melihat keterbatasan teologi atau ilmu Kalam dalam memberikan jawapan terhadap persoalan-persoalan yang ada dalam mindanya, maka Mulyadhi mula mendalami falsafah termasuk falsafah liberal yang dipimpin oleh filsuf-filsuf ateis seperti Karl Marx, Nietzsche, Feurbach dan Freud (hlm.9). Namun begitu, ternyata kecintaannya terhadap falsafah Barat ini membawanya kepada kegelisahan dan mimpi-mimpi yang menyeksakan (hlm. 10-11). Mulyadhi mengatakan: “Aku tidak tahu lagi apakah Tuhan betul-betul ada atau tiada. Bukti klasik tentang adanya Tuhan dengan menganalogikan alam dan Tuhan dengan kursi dan pembuatnya tidak dapat lagi meyakinkanku...” “Lama-kelamaan aku bisa menduga bahwa penyebabnya adalah karena aku ‘berfilsafat’. Oleh karena itulah, aku mulai mundur dari membaca buku-buku filsafat liberal” (hlm.11). Mungkin perlu dijelaskan di sini, bahawa yang terlarang adalah membaca falsafah Barat untuk percaya bukan membaca untuk tahu, kerana membacanya untuk sekadar perbandingan dan pembuktian penyelewengan falsafah itu sendiri tidak menjadi masalah. Oleh itu, untuk pelajar Muslim, sangat penting mempelajari pemikiran Islam terlebih dahulu sebelum falsafah Barat. Kerana tanpa worldview Islam yang kukuh, seseorang akan mudah terpengaruh dengan kekeliruan-kekeliruan dalam falsafah Barat. Walhasil, Mulyadhi sempat terselamatkan kerana mengenal tokoh-tokoh filsuf Muslim seperti Muhammad Iqbal. Kegelisahan yang dialaminya membawanya kembali ke pangkal jalan (hlm.11).
Menarik dicermati pendekatan Mulyadhi dalam memahami falsafah Moral. Beliau menyenaraikan enam bentuk kebahagiaan yang sememangnya telah dibahas oleh para filsuf Muslim sepanjang zaman. Kebahagiaan fizikal adalah kebahagiaan pada tingkat yang terendah sekali. Mulyadhi menggariskan harta benda tidak dapat membawa seseorang kepada kebahagiaan jika syarat-syarat yang tertentu tidak diperhatikan. Kebahagiaan mental disenaraikan sebagai nombor dua dan kebahagiaan intelektual adalah kebahagiaan yang ketiga. Baginya peringkat kebahagiaan yang lebih tinggi dapat mengalahkan kebahagiaan yang lebih rendah. Yang keempat adalah kebahagiaan moral yang merupakan penyempurna bagi kebahagiaan intelektual. Di sini, Mulyadhi mendapati bahawa ia bertepatan dengan tumpuan yang diberikan oleh al-Qur’an dalam mengutamakan amal dan tindakan daripada idea. Namun kemudian Mulyadhi berkesimpulan bahawa kebahagiaan moral tidak akan membawa manusia kepada kebahagiaan tertinggi iaitu kebahagiaan rohani (hlm. 68-74).
Dalam bab kesebelas, Mulyadhi berbicara mengenai tradisi intelektual Islam. Beliau berusaha menempatkan para filsuf Muslim pada tempatnya masing-masing. Sikap adilnya ini tampak apabila dia tidak merendahkan yang satu dan meninggikan yang lain atau sebaliknya. Beliau juga membahas tiga aliran yang timbul dalam perkembangan filsafat Islam iaitu: paripatetik, iluminasionis dan teosofi transenden (al-hikmah al-muta‘aliyah). Namun pengaruh Sayyid Husain Nasr dan Fazlur Rahman tampak sedikit apabila dia mengatakan bahawa “tradisi intelektual yang telah lama mati di dunia Sunni, ia masih hidup dan berkembang di dunia Syi’ah” (hlm.104). pengulas beranggapan bahawa tradisi intelektual masih berlanjutan hanya agak berlainan dengan tradisi sebelumnya. Tradisi tasawuf terbukti berterusan di India dengan kelahiran al-Sirhindi, al-Dahlawi dan di dunia Melayu dengan kemunculan al-Raniri dan ...begitu juga di negeri Arab dengan ketokohan Ibn Khaldun, al-Tunisi dan Ibn ‘Ashur. Jadi anggapan bahawa tradisi intelektual, khususnya falsafah, di dunia Sunni telah mati sebenarnya tidak tepat, sebagaimana tidak tepatnya pandangan yang mengatakan bahawa para ulama suatu ketika dahulu telah menutup pintu ijtihad.
Bab kedua belas adalah bab yang menuntut perhatian khusus para pembaca dan peminat karya Mulyadhi. Dalam bab ini beliau membicarakan tentang perlunya kebangkitan semula falsafah Islam dan tradisi keilmuan Islam. Kebangkitan ini beliau namakan dengan ranaissans ketiga, kerana renaissans pertama adalah kegemilangan ilmu di bawah tamadun Islam yang pertama, sedangkan renaissans kedua merujuk kepada perkembangan ilmu pengetahuan yang dipelopori oleh Barat pada abad ke 16 sehinggalah sekarang (hlm. 120-125).
Pada bab terakhir buku ini, Mulyadhi memeberikan tanggapan kritis terhadap falsafah Barat yang meminggirkan Tuhan dan agama. Baginya sikap para filsuf Barat terhadap agama dapat dikategorikan kepada dua jenis: yang pertama disebut sebagai kaum naturalis termasuk di dalamnya antara lain adalah Pierre Simon de Laplace dan Charles Darwin. Adapun yang kedua disebut sebagai kaum materialis yang terdiri daripada Karl Marx, Sigmund Freud dan Emile Durkheim. Kaum naturalis umumnya beranggapan bahawa alam ini seperti sebuah jentera raksasa yang beroperasi menurut hukum mekanikal. Oleh kerananya, walaupun mungkin Tuhan telah menciptakan alam ini tetapi ia tidak lagi memerlukan Tuhan dan dapat berdiri dengan sendirinya. Teori ini juga dikenal dengan teori “clock-maker theory”. Teori big-bang yang dirintis oleh Kant dan Laplace juga berdasarkan asumsi seperti itu (hlm.147). Charles Darwin yang pada mulanya seorang yang percaya akan kewujudan Tuhan dan teori penciptaan, telah mengalami keraguan setelah mendalami sains. Dalam autobiografinya Darwin mengatakan: “Aku menjadi tidak percaya pada agama Kristen sebagai wahyu Ilahi. Ketidakpercayaan ini merayap di dadaku secara perlahan-lahan, tetapi akhirnya sempurna” (hlm.150). Darwin tidak hanya menafsirkan kejadian alam ini secara evolutif, tetapi juga cuba menjelaskan fenomena organik ini melalui hukum mekanikal iaitu yang disebut ”seleksi alamiah” (natural selection). Dengan demikian, seperti Laplace, teori evolusinya ini telah menyingkirkan Tuhan dari alam semesta.
Adapun Karl Marx dari kaum materialis, sangat terkesan dengan keadaan di mana agama telah dijadikan alat penindasan dan alat penenang yang dia katakan opium untuk memastikan masyarakat tidak sedar akan realiti kehidupan. Berangkat daripada dialektika materialisme di mana yang asal adalah materi dan yang lain berasal darinya, Karl Marx mengkaji manusia sebagai makhluk ekonomi dan politik semata. Penindasan kaum borjuis (golongan kaya, kapitalis) baginya hanya dapat dihapuskan apabila alat penindasan atau candu yang di tangan (agama) mereka dapat dihapuskan juga (hlm.153). Apa yang mendorong Marx tidak jauh berbeza dengan Freud, yang menjadikannya ateis adalah kekecewaannya terhadap institusi gereja. Pengaruh rasionalisme dan naturalisme sudah tentu membuka jalan baginya mencari penjelasan ilmiah tentang agama dan Tuhan. Akhirnya Freud menyimpulkan bahawa Tuhan tidak lain dari kekuatan-kekuatan emosional yang lahir dari keadaan psikologi manusia yang lemah. Oleh kerananya Freud menyimpulkan bahawa semua yang dipercayai oleh manusia dalam sebuah agama hanyalah ilusi (hlm. 154).
Mulyadhi menjawab semua tuduhan dan kritikan kaum materialis dan naturalis dengan cukup ringkas dan padat. Beliau hanya berusaha meruntuhkan “asumsi dasar” yang menjadi asas segala kritikan mereka. Mulyadhi melawan teori Determinisme mekanikal dengan teori Mekanika Quantum yang dicipta oleh Einstein, Max Planck, Schrodinger, dan Heisenberg. Dengan terbuktinya kesilapan teori pertama oleh teori kedua jelas dapat meruntuhkan keyakinan para filsuf Barat bahawa alam ini berjalan dengan sendirinya. Kesimpulan yang dapat ditarik dari pertentangan ini adalah: “bagaimana bisa bahwa alam yang diatur oleh prinsip ketidakpastian pada komponennya yang paling dasar bisa berjalan dengan begitu teratur, harmonis, tanpa campur tangan sebuah agen yang mengaturnya? (hlm. 150-160).
Kemampuan Mulyadhi dalam mengupas persoalan falsafah Islam tidak dapat dipertikaikan. Keluasan ilmu dan pembacaan beliau terserlah apabila kita melihat bagaimana dengan mudah dan jitu beliau menjabarkan fakta-fakta kemajuan yang dicapai oleh para filsuf Muslim mahupun Barat. Cita-cita untuk membangun semula peradaban Islam baginya bukan mimpi, tetapi dapat menjadi kenyataan hanya sahaja ianya terpulang kepada umat Islam untuk mencerna gagasan-gagasan yang ditimbulkan lalu membumikannya dengan langkah-langkah yang konkrit.

Khalif Muammar Akademi Kajian Ketamadunan
dikutip dari: JAWHAR (Jurnal Ulasan Buku) Jld. 4. Bil. 1. Mac 2007, Penerbit Akademi Kajian Ketamadunan
Komen
Carian
hanya ahli berdaftar boleh mennghantar komen!!

3.26 Copyright (C) 2008 Compojoom.com / Copyright (C) 2007 Alain Georgette / Copyright (C) 2006 Frantisek Hliva. All rights reserved."

Kemas Kini Terakhir ( Tuesday, 19 June 2007 )
 
< Sebelumnya   Berikutnya >