|
...“Kamu adalah umat terunggul (khayra ummah) yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma‘ruf dan mencegah daripada yang munkar dan kamu beriman kepada Allah”... (Ali 'Imran:110) Wahana Pencerahan dan Pemberdayaan Ummah |
Hawa
PENJELASAN MENGENAI TUDUNG (BHG 1)
|
| Khairaummah mailing list | |
|---|---|
|
| Infoteks | |
|---|---|
|
|
| Seksyen | |||||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
|
| Mailing List |
|---|
| klik di sini untuk menyertai mailing list khairaummah |
| Lawatan | ||||||||||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
|
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| Trafik |
|---|
| Islamictube |
|---|
|
| Statistik |
|---|
|
Ahli: 533 Artikel: 294 Pautan: 5 Pengunjung: 515656 |
| PENJELASAN MENGENAI TUDUNG (BHG 1) |
|
|
|
| Ditulis Oleh khairaummah | ||||||
| Friday, 17 November 2006 | ||||||
|
Oleh Prof. Madya Dr. Udah bin Mohsin Muqaddimah Di akhir-akhir ini terdapat tulisan-tulisan yang meragukan kewajipan memakai tudung atau hijab. Golongan ini berpendapat bahawa kewajipan bertudung bagi wanita di hadapan lelaki ajnabi itu bukan merupakan satu kewajipan agama ia lebih merupakan adat kebiasaan masyarakat Arab. Perkara ini telah menimbulkan keraguan di kalangan masyarakat samada memakai tudung itu wajib atau tidak? Oleh itu, satu penjelasan mesti dilakukan bagi menerangkan kedudukan sebenar perkara ini. Di dalam makalah ini penulis cuba meneliti ayat-ayat al-Quran, hadith-hadith Rasulullah (s.a.w.) dan seterusnya pendapat-pendapat ulama terkemuka pada zaman dahulu dan sekarang mengenai perkara ini. Setelah kajian mendalam dilakukan mengenai perkara ini ternyata bahawa memakai tudung bagi wanita itu adalah merupakan satu kewajipan agama, khususnya bagi wanita dewasa. Bagi wanita yang telah amat tua pun menurut pendapat yang sahih wajib juga bagi mereka berbuat demikian. Nas-nas al-Qur’an yang Menyuruh Wanita Dewasa Memakai Tudung. Maksud dewasa di sini ialah perempuan yang telah baligh dan belum sampai ke peringkat amat tua. Ayat-ayat al-Quran yang terpenting untuk dibincangkan mengenai aurat wanita secara umum dan memakai tudung untuk wanita ialah; Firman Allah ta'ala yang Bermaksud: “Katakanlah (wahai Muhammad) kepada wanita-wanita Mukmin hendaklah mereka merendahkan pandangan mereka dan memelihara^ra/ mereka, dan janganlah mereka menzahirkan perhiasan mereka keculi apa yang nampak darinya. Dan hendaklah mereka menutup dengan kain tudung mereka ke atas tempat yang terdedah dari bahagian atas dada mereka. Dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka kecuali kepada suami mereka...” (Surah al-Nur, 24:31) FirmanNya lagi yang bermaksud: “Wahai "Nabi katakanlah kepada isterimu, anak-anak perempuan kamu an wanita-wanita beriman mereka menyulubungkan meiaiui pakaian luar mereka atas diri mereka. Yang demikian itu adalah lebih hampir mereka dikenali lalu rekatidak diganggu.” ( Surah al-Ahzab, 33: 59) Penjelasan mengenai ayat Ayat pertama firman Allah “wala yubdina zinatahunna illa ma zahara minha” bermaksud: Janganlah mereka menzahirkan perhiasan mereka kecuali apa yang zahir darinya. Yang dimaksudkan dengan perhiasan (zinah) di sini ialah sesuatu yang dijadikan perhiasan seperti pakaian. cincin. gelang, celak, inai, kalung. anting-anting dan lainnya. (al-Qurtubi 1967. 12: 229. al-Zuhayli 1991, 18: 216, Ibn kathirt.t. 6; 47) Perbezaan Pendapat di Kalangan Ulama Yang dimaksudkan dengan “illa ma zahara minha” adalah kecuali apa yang zahir darinya. Ada berbagai-bagai pendapat ulama mengenai perkara ini: • Ada yang mengatakan: Sesuatu yang pada kebiasaanya terdedah dan pada asalnya mernang terdedah. Seperti cincin, celak dan inai. (al-Alusi t.t, 18: 140, al-Zamakhshari. 1354H, 3: 71, Abu al-Su'ud t.t., 4: 55) Maksudnya ialah jari tangan, kening dan kuku. • Ada yang mengatakan muka. dua tapak tangan (kaffayn) dan cincin. Ini ialah yang dinukil daripada Ibn 'Abbas. Dengan ini menurut al-Hanafiyyah, al-Malikiyyah dan salah satu dari dua pendapat dalam mazhab al-Shafi'i muka dan dua tapak tangan bukan aurat. • Diriwayatkan daripada Abu Hanifah, bahawa dua kaki (qadamayn) ,bukan daripada aurat, diriwayatkan daripada Abu Yusuf dua tangan (zira‘ayn) bukan dari aurat. Manakala Imam Ahmad, juga'al-Shafar dalam yang lebih sahih dari dua pendapatnya, mengatakan semua badan perempuan merdeka adalah aurat. (al-Zuhayli 1991. 18:217) • Menurut Ibn Mas'ud yang dikecualikan ialah seperti selendang (rida') dan pakaian. (thiyab). Kata Malik yang dinukil daripada al-Zuhri yang dikecualikan ialah cincin dan gelang kaki (khilkhal) (Ibn Kathir, 6: 47) • Daripada Qatadah yang dikecualikan ialah muka dan separuh tangan. (nisf al-zira’) (al-Qurtubi, 12:229). Maksud tangan ialah dari hujung jari hingga ke siku. Maksud kaki ialah dari hujung jari sehingga dua buku lali. Maksud tapak tangan ialah dari hujung jari hingga kepergelangan, belakang dan hadapan. Saya mentarjihkan bahawa yang dikecualikan ialah muka dan dua tapak tangan kerana hadith Rasulullah (s.a.w.) yang bermaksud: Daripada 'Aisah (r.a.) bahawasanya Asma' binti Abu Bakr masuk menemui Rasulullah (s.a.w.) dia memakai pakaian yang nipis lalu Baginda berpaling daripadanya, Ialu Baginda bersabda: “Wahai Asma' bahawasanya seseorang perempuan itu apabila telah berhaid tidak boleh dilihat daripadanya kecuali ini dan ini”, Baginda menunjukkan kepada muka dan tangan Baginda. (Abu Daud di dalam Abadi 1969, 11: 161) Disamping hadith di atas. terdapat juga hadith-hadith lain yang akan disebut kemudian. Ayat al-Quran di atas bermaksud kaum wanita dihadapan lelaki yang bukan mahramnya tidak boleh menzahirkan anggotanya kecuali pada bahagian-bahagian yang di atas tadi. Penjelasan bagi “walyadribna bikhumurihinna” dan hendaklah mereka menutup dengan kain tudung mereka ke atas tempat yang terdedah dari bahagian atas dada mereka. Lam pada wal yadribna adalah lam al-amr. Lam al-amr adalah menunjukkan kepada wajib. Khumur ialah jama’ khimar. Iaitu sesuatu yang digunakan oleh perempuan menutup kepalanya. (Ibn Manzur t.t. 5: 342, al-Raghib al-Asfahani l961, 159, Ibrahim Aunays t.t. 255) Juyub ialah jama' jayb. Maksudnya: leher baju iaitu lubang yang terdapat di atas baju darinya terdedah sebahagian badan.(al-Alusi, t.t. 18: 142, al-Zuhayli, 18: 218, Tantawi 1985, 10: 62.) Contohnya seperti anggota bahagian atas dada tempat kalung, tengkuk dan telinga. Jayb adalah dari jawb bereiti al-qat' iaitu potong, dari fi7 jaba yajubu. (al-Qurtubi 1967. 12: al-Razi t.t. 116). Bagi baju. ialah potongan bahagian atas baju. Iaitu ieher baju yang luas mengikut fesyen pakaian yang dipotong mendedahkan bahagian atas dada, tempat letak kalung atau mendedahkan bahagian-bahagian lain. Dengan demikian, maksud ayat di atas ialah wajib keatas mereka menutup dengan kain tudung kepala mereka ke bahagian atas dada mereka yang menjadikan bahagian atas dada atau bahagian-bahagian lain yang terletak dibahagian atas baju mereka tertutup. Adapun badan mereka sememangnya telah tertutup dengan baju mereka. Dengan turunnya ayat ini maka jika terdapat di kalangan wanita Mukmin yang anggota mereka tidak tertutup mereka sanggup mengoyakkan murut mereka demi untuk melaksanakan perintah Allah ini. Kata 'Aishah yang bermaksud: Allah memberi rahmat kepada wanita yang awal berhijrah kerana apabila turun ayat: wal yadribna bikkumurihinna mereka terus mengambil hujung kain mereka dan mengoyakkannya untuk menutup anggota dengannya.(al-Bukhari di dalam Ibn Hajar t.t. 8: 489) Sebab turun ayat ini ialah kerana pada ketika itu kaum wanita apabila mereka menutup kepala dengan tudung kepala, terdedah bahagian atas dada, tengkuk dan telinga, maka Allah turunkan ayat ini. (al-Qurtubi 1967, 12: 230, Ibn Kathirtt.6: 48, al-Alusi, al-Zamakhshari 1354 h, 3:72) Dari ayat di atas difahami bahawa seluruh kepala wanita termasuklah muka dan badan mereka wajib ditutup sebagaimana yang dafahami oleh sebahagian ulama' yang mengatakan seluruh badan perempuan adalah aurat. Adalah merupakan perkara yang telah jelas dari ayat ini kewajipan memakai tudung bagi wanita. Ayat kedua, firman Allah: “Wahai "Nabi katakanlah kepada isterimu, anak-anak perempuan kamu an wanita-wanita beriman mereka menyulubungkan meiaiui pakaian luar mereka atas diri mereka. Yang demikian itu adalah lebih hampir mereka dikenali lalu rekatidak diganggu.” ( Surah al-Ahzab, 33: 59). Persoalan yang perlu dijelaskan di sini apakah maksud “yudnina ‘alayhinna min jalabibihinna”. Yudnina dari adna yudni, thulathi mujarradnya dana yadnu, maknanya qaruba iaitu hampir. (Ibn al-Manzur, t.t. 18: 297, al-Razi t.t. 212, al-Fayruzabadi 1952, 330) kerana ia mengandungi makna al-sadl dan irkha’ maka ia mutadddi dengan ‘ala.(Tantawi 1985. 11; 115) bermaksud menyelubungkan. Jalabib adalah jama Jilbab. Jilbab dari segi bahasa ialah “ma tughatti bihi thiyabaha min fawq kal malhafah”. Bermaksud: “sesuatu yang digunakan oleh wanita untuk menutup pakaiannya dari bahagian atasnya seperti selimut atau selendang besar” ( al-Fayruzabadi 1952, 1: 40. Ibn al-Manzur_t.t. I: 265, ) Lihat juga (Tantawi 1985, 11: 115, Abu al-Su?ud U. 4:219). Dengan demikian, maksud ayat di atas ialah mereka menyelubungkan dengan pakaian luar mereka ke badan mereka. Yang demkian itu adalah lebih hampir mereka dikenali lalu mereka tidak diganggu. Maksud dikenali di sini ialah dikenali samada merdeka atau hamba. (al-Qurtubi 1967, 14: 243). Oleh yang demkian berpandukan kepada ayat ini jika ada orang mendakwa-bahawa matlamat dari berpakain ialah untuk tidak diganggu adalah salah (al-'Arabi/al-Ahram, ai-'adad 343). Kerana jilbab adalah merupakan pakaian luar, di dalamnya ada pakaian yang lain. Maksud ayat tersebut ialah supaya kaum wanita benar-benar dapat menutup badan mereka dari hujung kepala mereka sehingga ke kaki. (al-Tantawi 1985: 21: 115) Apabila dilihat kepada ayat yang pertama, suruhan menutup dengan kain tudung kepala ke bahagian atas baju yang terdedah seperti atas dada dan tengkuk, maka dikuatkan lagi dengan ayat ini yang menyuruh supaya menutup badan wanita dengan satu lagi pakaian luar, menunjukkan bahawa, kaum wanita itu hendaklah benar-benar menutup aurat mereka apatah lagi kepala mereka. Sebab turun ayat ini ialah kerana wanita merdeka apabila mereka keluar untuk buang air besar ke kawasan lapang, mereka menampakkan muka sebagaimana yang dilakukan oleh perempuan hamba. Ini menjadikan mereka diganggu oleh leleki jahat, maka Allah menyuruh mereka menutup muka mereka supaya berbeza di antara perempuan hamba dengan perempuan merdeka lalu mereka tidak diganggu. (al-Qurtubi 1967, 14: 243) Isteri-isteri Rasulullah tidak keluar buang air besar di kawasan lapang kecuali di waktu malam. Ini sebelum mereka membuat kanaf. (Ibn Hajar t.t. al-Bukhari di dalam Ibn Hajar t.t. 1: 249 ) Ini juga menunjukkan bahawa kaum wanita keseluruhannya tidak keluar buang air besar di tempat lapang kecuali waktu malam. Tujuan Berpakaian Tujuan berpakaian sebenarnya antara lain ialah menutup aurat. Ini sebagaimana yang boleh difahami dari firman Allah yang bermaksud: Wahai anak Adam Kami telah menurunkan kepada kamu pakaian yang menutup auratmu juga pakaian indah...(Surah al-A'raf 7: 26) Al-Riysh adalah pakaian perhiasan di isti'arahkan dari raysh al-tayr (bulu burung) kerana ia merupakan pakaian dan perhiasannya (al-Zamakhshari 1354 h, 2: 58, al-Fakhral-Razi 1981, 14:55) Ayat di atas menunjukkan bahawa Allah mengurniakan pakaian sama ada pakaian biasa atau pakaian perhiasan adalah untuk menutup aurat iaitu saw’ah. Maksud saw’a'h di sini ialah aurat kerana makna aurat ialah: “kullu ma yustahya minhu iza zahara” iaitu: apa yang. menjadi malu apabila terdedah ( Ibn al-Manzur t.t. 6: 295) rmasuk pada aurat itu ialah dua kemaluan. Oleh kerana itu ayat ini menjadi dalil bagi kewajipan menutup aurat. (al-Qurtubi 1967, 7: 182, Ibn Kathir t.t. 3: . al-Fakhr al-Razi 1981, 14: 54, al-Zuhayli 8: 171) Untuk memahamai ayat ini hendaklah juga dilihat kepada nas-nas lain yang berkaitan, antaranya ialah dua ayat yang sedang dibincangkan ini, kerana ayat-ayat al-Quran antara satu dengan lain adalah jelas-menjelaskan. Kita tidak boleh melihat satu ayat sahaja. Ayat lain yang menunjukkan bahawa matlamat pakaian ialah menutup aurat ialah Firman Allah yang bermaksud: Wahai anak Adam! janganah kamu diperdayakan oleh syaitan sebagaimana dia telah mengeluarkan kedua ibu bapa kamu dari syurga, melucutkan pakaian kedua-duanya supaya diperlihatkan aurat kedua-duanya. (Surah al-‘A’raf, 7: 26-27) Dari dua ayat yang menjadi tajuk utama perbincangan di dalam makalah ini menunjukan bahawa muka wanita juga termasuk pada anggota yang wajib ditutup. Dari sebahagian hadith-hadith juga ada menunjukkan tentang penutupan muka wanita di zaman Rasulullah (s.a.w.). Bahagian kedua: • Hadith-hadith yang Menunjukkan Penutupan Muka Wanita • Muka Bukan Aurat • Hukum Memakai Tudung Bagi Wanita Tua • Pandangan Ulama Mengenai Aurat Wanita • Aurat Perempuan Hamba • Pandangan Ulama-ulama Terkemuka Kinai mengenai Aurat Wanita • Rujukan
hanya ahli berdaftar boleh mennghantar komen!!
Powered by !JoomlaComment 3.26
3.26 Copyright (C) 2008 Compojoom.com / Copyright (C) 2007 Alain Georgette / Copyright (C) 2006 Frantisek Hliva. All rights reserved." |
||||||
| Kemas Kini Terakhir ( Tuesday, 12 December 2006 ) | ||||||
| < Sebelumnya | Berikutnya > |
|---|