Khairaummah mailing list
  • (no subject)
    Afwan kirim konfirmasi dari facebook faza fatiha
  • Fwd: Two Moons on 27th August 2010
    -KM- Begin forwarded message: --- On Tue, 24/8/10, wanzul wan daud < Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya > wrote: From: wanzul wan daud < Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya > Subject: Fw: Two
  • Fw: Undangan ke Siri Wacana ATMA
    ... From: " Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya " < Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya > To: Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya ; Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya ; Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya ; Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya ; Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya ;
  • Wacana Fikir ATMA 8 Julai
    Salam, Untuk sesiapa yang berminat. Wacana Fikir ATMA Tajuk: ?Islamisasi Ilmu Pengetahuan Semasa: Sejarah dan Perkembangannya? Pembentang: YBhg. Profesor
  • Artikel tentang Penarafan Universiti
    Utusan Malaysia 25/5/2010 Apa sebenar penarafan universiti sedunia? Oleh Prof. Dr. Arndt Graf Debat tentang penarafan universiti sedunia sedang semakin hangat,
Infoteks
Ingin mengiklankan aktiviti / produk anda di sini? sila hubungi kami... email: arief_rf@yahoo.com

Ruangan forum dan komen artikel telah dibuka untuk semua pengunjung. Sila gunakan ruang tersebut dengan sebaiknya.  

Admin




Mari boikot produk 
Israel/Yahudi
Hentikan menyokong kekejaman
Israel terhadap umat Islam
 
"it is an obligation not to help them
(the enemies of Islam) by buying
their goods. To buy their goods
is to support tyranny, oppression
and aggression" -Yusuf al-Qardawi
 
 






Ingin menulis di laman web ini?

Pelawat yang telah berdaftar akan dinaik-taraf sebagai penulis oleh admin. Sebagai penulis, menu hantar artikel akan wujud di bahagian menu pengguna. Artikel yang dihantar akan disemak oleh editor dan diluluskan untuk terbit sekiranya memenuhi kriteria laman web ini.

Pelawat juga boleh menghantar artikel ke arief_rf@yahoo.com




Seksyen
Fikih Kebangkitan
Tamadun Islam
Pemikiran Islam
Dunia Islam
Tokoh Islam
Hawa
English Section
Puisi
Ulasan Buku
Mailing List
klik di sini untuk menyertai mailing list khairaummah
Lawatan
Hari ini: 11
Semalam: 63
Sebulan: 1120
Jumlah: 95687
Maks sehari: 291
Maks sebulan: 5822
Kiraan Sejak: 2008-08-07
Totals Top 10
 62 % Malaysia (60833)
 18 % Indonesia (17644)
 5 % United States (4432)
 2 % Japan (2164)
 2 % China (2092)
 < 1.0 % Germany (1234)
 < 1.0 % Unknown (1003)
 < 1.0 % United Kingdom (880)
 < 1.0 % Singapore (834)
 < 1.0 % Russian Federation (669)
95687 visits from 132 countries
Trafik
Islamictube
boycott_israel_275x275.gif
Statistik
Ahli: 533
Artikel: 294
Pautan: 5
Pengunjung: 515658
PENYELEWENGAN JEMAAH AL-ARQAM DAN USAHA PEMURNIANNYA PDF Cetak E-mail
Penilaian Pengguna: / 11
BurukTerbaik 
Ditulis Oleh Muammar   
Thursday, 02 March 2006
Oleh Mohd. Lazim Lawee.

Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi, Selangor, 2004. 223 halaman + indeks. ISBN 967-942-682-3.
Gerakan Islam di belahan dunia manapun sentiasa berhadapan dengan cabaran dan halangan. Tidak sedikit yang gagal mengharungi cabaran itu dan akhirnya lenyap ditelan zaman. Cabaran, baik yang datang dari dalam mahupun luar, akan menentukan kekuatan dan hakikat sesebuah organisasi dakwah. Oleh kerananya, kekuatan sebenar sesebuah gerakan mesti diukur  bukan dari luarannya sahaja. Demikianlah kesan yang muncul setelah membaca buku Penyelewengan Jemaah Al-Arqam dan Usaha Pemurniannya yang diterbitkan oleh Penerbit UKM.

Buku Penyelewengan Jemaah Al-Arqam dan Usaha Pemurniannya yang ditulis oleh Mohd. Lazim Lawee pada asalnya adalah disertasi kedoktoran di Universiti Putra Malaysia (UPM). Kekuatan disertasi ini bukan terletak pada tajuk yang dipilihnya kerana penilaian terhadap Al-Arqam dianggap telah selesai, namun kepada gabungan maklumat dan analisis terhadapnya yang dilakukan oleh penulis untuk dapat menjelaskan perkara ini secara objektif dan ilmiah.
Isu mengenai penyelewengan jemaah Al-Arqam telah ditangani oleh kerajaan Malaysia sejak ia dianggap mengkhuatirkan. Tindakan kerajaan ini selaras dengan peruntukan perlembagaan yang menyatakan Islam sebagai agama rasmi dan oleh kerananya segala penyelewengan agama Islam perlu ditangani oleh kerajaan untuk melindungi kepentingan masyarakat Islam. JAKIM (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) telah melihat adanya penyelewengan akidah dalam organisasi ini. Setelah bermuzakarah dengan pemimpinnya, Ashaari Muhammad, yang pertama sekali dilakukan oleh kerajaan adalah mengharamkan buku Aurad al-Muhammadiyah Pegangan Darul Arqam pada tahun 1986 (hlm. 17).
Dari segi akidah, pegangan Al-Arqam tidak jauh berbeza dengan pegangan majoriti umat Islam di Malaysia iaitu kuatnya pengaruh aliran khalaf atau aliran Al-Asha‘irah. Pendekatan dakwahnya pula banyak berpandukan ilmu tasawuf (hlm. 119). Menyedari bahawa pegangan dan tarbiyah Al-Arqam yang tidak jauh berbeza dengan pegangan Ahl al-Sunnah wa al-Jam'ah walaupun hanya secara formal, pihak berkuasa kerajaan Malaysia (JAKIM) tidak pernah malah tidak berani untuk menghukum atau mengisytihar Al-Arqam terkeluar daripada agama Islam (hlm. 121).
Ketika tuduhan sesat dilontarkan kepada jemaah ini, pemimpinnya menjawab dengan menerbitkan buku yang berjudul ‘Aqidah Mukmin. Dalam bukunya ini Ashaari menjelaskan bahawa pegangan mereka tidak lari daripada pegangan Ahl al-Sunnah wa al-Jama‘ah. Kenyataan Ashaari ada benarnya. Namun menurut Mohd. Lazim penyelewengan Al-Arqam tidak tampak pada keyakinan rasmi dan asas jemaah itu, tetapi pada perkara-perkara lain yang merupakan cabang-cabang iman yang diterap secara tidak formal (hlm.120). Untuk mengukuhkan lagi kedudukan sebenar penyelewengan jemaah Al-Arqam, Mohd. Lazim membahas takrif dan kriteria ajaran sesat yang disepakati oleh pihak berkuasa agama di Malaysia, Brunei, Indonesia, dan Singapura. Setelah penerangan mengenai kriteria ajaran sesat dibuat maka penulis menarik kesimpulan bahawa ciri-ciri seperti taksub atau fanatisme yang keterlaluan kepada seseorang, taklid buta dan kepercayaan-kepercayaan yang tidak masuk akal dan tidak berdasarkan nas yang sahih, terdapat dalam ajaran jemaah ini (hlm. 122-125).
Di antara kepercayaan yang aneh dan menyesatkan menurut Mohd. Lazim adalah kepercayaan bahawa Sheikh al-Suhaimi yang telah meninggal pada tahun 1925 dinyatakan masih hidup. Menurut Ashaari, Sheikh al-Suhaimi adalah Imam Mahdi yang ghaib buat seketika sebelum kembali untuk memimpin Umat Islam. Menurut Mohd Lazim lagi, tindakan Ashaari yang mengqiyaskan (menganalogikan) Sheikh al-Suhaimi dengan Ashab al-Kahfi  dan Khidir sama sekali tidak berasas. Kerana kedua-dua kes ini thabit dengan nas yang sahih. Apalagi nyata bahawa Ashab al-Kahfi dan Khaydir sekali pun tidak kekal dan telah mati (hlm. 126). Ashaari juga mengajarkan bahawa Nabi Muhammad sebenarnya masih hidup dan boleh dijumpai serta boleh memberi arahan kepada manusia dalam suatu majlis yang dinamakan Majlis Yaqazah (hlm. 128). Dalam majlis seperti ini, ketua majlis dikatakan dapat melihat perubahan wajah pengikutnya sebagai bukti taat atau tidaknya seorang pengikut terhadap pucuk pimpinan. Sesetengahnya dikatakan berubah kepada wajah menjadi seperti binatang.  Walau bagaimanapun, Mohd. Lazim menyatakan bahawa pada akhirnya Ashaari mengakui bahawa Majlis Yaqazah tersebut sebenarnya hanyalah rekaan Abdul Halim (timbalannya), yang diterima oleh semua pimpinan Al-Arqam (hlm. 134).
Apa yang menarik adalah keberanian Mohd. Lazim untuk mengkategorikan Ashaari sebagai ulama yang tergelincir yang sememangnya telah diisyaratkan dalam sebuah hadis Rasulullah SAW. Namun sayangnya hadis tersebut hanya dirujuk daripada sumber sekunder dan bukan kitab-kitab hadis yang muktabar (hlm. 122).
Buku ini juga mengupas dengan ringkas pegangan Ahl al-Sunnah wa al-Jama‘ah. Kupasan ini sangat penting kerana ia akan menentukan ukuran yang diambil dalam menilai pegangan Al-Arqam, oleh kerananya ada baiknya dalam kupasan tersebut menyebutkan perbezaan pandangan dalam memahami konsep Ahl al-Sunnah wa al-Jama‘ah dan bagaimana perbezaan tersebut dapat diselesaikan. Mohd. Lazim memilih definisi yang dikutip daripada kata-kata Ali bin Abi Talib yang mengatakan bahawa yang dimaksudkan dengan Ahl al-Sunnah wa al-Jama‘ah adalah golongan yang berpegang dengan sunnah (al-Sunnah) dan yang menghimpunkan orang-orang (al-Jama‘ah) yang berpegang teguh kepada kebenaran. Definisi ini diperkuat lagi dengan pandangan Hamka yang dikutip sebagai berkata: “(Mereka itu adalah) orang-orang yang mengikuti Sunnah Nabi baik dalam iktikad atau dalam ibadat, itulah dia Ahli Sunnah. Manakala orang-orang yang membuat bidaah yang menambah, apatah lagi mengurang ajaran Nabi tidaklah termasuk Ahl al-Sunnah” (hlm. 116).
Sememangnya pertumbuhan ekonomi dan luasnya pengaruh tidak harus dijadikan piawai yang mengukur keberhasilan dan kecemerlangan organisasi dakwah tertentu. Tidak dinafikan aspek kewangan sangat penting untuk keberlangsungan sesuatu gerakan, namun banyak lagi faktor lain yang perlu diambilkira seperti aspek kepimpinan, keagamaan, keilmuan dan keintelektualan, kepengikutan, pengurusan, pembinaan dan lainnya. Mohd. Lazim mencatatkan sebanyak 52 buah kedai runcit dibangunkan di seluruh perkampungan Al-Arqam, 20 buah pasar mini, 36 buah kedai buku dan alat ibadat dan 18 buah restoran di seluruh Malaysia. Al-Arqam juga memiliki 56 buah kilang perusahaan di seluruh Malaysia.
Pada tahun 1993, Al-Arqam mengambil langkah yang drastik dengan menumpukan perhatian kepada dunia antarabangsa. Langkah pertama adalah dengan menubuhkan Al-Arqam Group of Companies (AGC) yang menghimpunkan 22 buah anak syarikat milik jemaah Al-Arqam. Setelah membuka pusat hubungan antarabangsa di Islamabad dan diberi nama Al-Arqam International Centre (AIC). Pada tahun inilah Ashaari mengisytiharkan terbentuknya daulah Islam di bumi Malaysia, Indonesia dan Khurasan.
Bermula dengan 10 hingga 12 orang ahli Al-Arqam pada tahun 1968 ketika ditubuhkan, kemudian bertambah kepada 40 orang ahli jemaah pada tahun 1976, keahlian jemaah ini, menurut Ann Wang Seng, kemudian bertambah secara mendadak pada tahun-tahun berikutnya sehingga pada tahun 1987 jemaah itu mencatat sekitar 5,000 hingga 6,000 keahlian (hlm. 42). Namun menurut Bahagian Hal Ehwal Islam Jabatan Perdana Menteri pada tahun 1994 dianggarkan seramai 6,000 pengikut yang fanatik dan 15,000 simpatisan. Utusan Melayu (4 Julai 1994) pula melaporkan seramai 10,000 pengikut fanatik.
Krisis kepimpinan Al-Arqam bermula setelah berlakunya penyingkiran Akbar Anang yang merupakan Ketua Unit Perkhidmatan Ummah. Menurut Akbar Anang penyingkirannya adalah kerana beliau mempersoalkan ajaran Al-Arqam, namun menurut Ashaari, Akbar Anang disingkirkan kerana beliau cuba membentuk pakatan yang bertujuan menyingkirkan Ashaari daripada tampuk kepimpinan Al-Arqam.
Usaha pemurnian jemaah Al-Arqam pada mulanya tidak berjalan dengan baik. Salah satu faktornya adalah kerana ramai ahli Al-Arqam meragui kewibawaan pegawai yang bertanggungjawab mengendalikan kursus pemurnian akidah. Mereka beranggapan bahawa mereka lebih baik daripada pegawai-pegawai tersebut baik dari segi ilmu agama, kefahaman, mahupun amalan dan penghayatan agama (hlm. 199). Hal ini menunjukkan kewibawaan pegawai agama sangat penting dan mungkin salah satu daripada kaedah untuk menanggulanginya ialah dengan bekerjasama dengan pihak Badan Bukan Kerajaan (BBK) yang tidak berkepentingan sehingga penilaian dan pengisian lebih bersifat objektif.
Dalam pengamatannya tentang kegagalan Al-Arqam, Mohd. Lazim mengatakan: “Walaupun pada asasnya perjuangan Al-Arqam bermula dengan matlamat yang baik dan ikhlas untuk Islam, namun yang jelas ia telah berubah menjadi perjuangan bermatlamatkan kepentingan peribadi, apabila ia diuji dengan pujaan, kedudukan, kemewahan dan kemahuan atau keinginan hawa nafsu”. Walaupun secara resminya gerakan al-Arqam telah dihapuskan namun terdapat usaha-usaha untuk menghidupkan semula gerakan Al-Arqam ini pada tahun 1996. Bekas timbalan Sheikh Al-Arqam, Haji Abdul Halim Abbas, dikatakan telah melarikan diri ke Indonesia dan menubuhkan Al-Arqam di sana dengan nama yang berlainan.
Penelitian terhadap kemunculan, keberhasilan dan kegagalan Al-Arqam menunjukkan bahawa di antara penyebab Al-Arqam mendapat sambutan yang baik di kalangan masyarakat awam adalah kerana pada awal tahun 1980-an terdapat kesedaran yang meningkat di kalangan masyarakat terhadap Islam. Golongan yang baru sedar dan bersemangat untuk memperjuangkan Islam melihat Al-Arqam sebagai model kebangkitan Islam. Ini ditambah lagi dengan adanya keseimbangan terhadap aspek kerohanian dan aspek pembangunan material. Daripada kegagalan Al-Arqam pula dapat dilihat bahawa sesebuah organisasi dakwah tidak sepatutnya tertumpu kepada karisma seorang pemimpin. Karisma seorang pemimpin memang sangat berpengaruh dalam pertumbuhan sesuatu gerakan namun untuk kelangsungan dan kemantapan organisasi tersebut ia banyak bergantung kepada keilmuan dan keintelektualan.
Buku ini sangat penting untuk dibaca dan dimiliki oleh para pendakwah dan penyelidik khususnya dalam bidang ajaran sesat. Ia juga sangat bermakna bagi yang ingin memahami dalam mengukur kebenaran dan kepalsuan sesuatu jemaah Islam. Apa yang penting agar umat Islam mengambil pengajaran daripada pengalaman dan kesilapannya sendiri, kerana seorang Mukmin tidak akan jatuh ke dalam lubang yang sama (maksud Hadith, HR al-Bukhari). Kemampuan penulisnya dalam mencari maklumat dan mendokumentasikan hasil kajiannya perlu diakui.
Terdapat beberapa kesalahan teknik dan ejaan yang sedikit mencacatkan penerbitan buku ini. Antara kesalahan tersebut adalah ‘Skil kecil’ yang sepatutnya ‘skala kecil’ (hlm. 85), ‘pancuan’ mungkin maksudnya ‘pacuan’ (hlm. 92), ‘dikesani’ seharusnya ‘dikesan’ (hlm. 92), ‘wal-jemaah’ seharusnya ‘wal jamaah’ (hlm. 38), ‘al-Asairah’ sebetulnya ‘al-Asha‘irah’ atau ‘al-Asya‘irah’ (hlm. 119), ejaan yang tidak selaras ‘Ulawan’ dan ‘Ulwan’ (hlm. 123, 220).
Khalif Muammar A. Haris
Akademi Kajian Ketamadunan (AKK).
Komen
Carian
hanya ahli berdaftar boleh mennghantar komen!!
al-fateh  - al-arqam tidak sesat   |202.151.192.xxx |2009-03-14 17:22:17
Bagaimana dengan fatwa Nahdatul Ulamak Indonesia yang menyatakan pegangan Arqam
itu tidak sesat. Harap buat kajian menyeluruh. Penulis seharusnya mendalami ilmu
tasawuf dan hal-hal mengenai tariqat sebelum berani memperkatakan tentang
Al-Arqam.

3.26 Copyright (C) 2008 Compojoom.com / Copyright (C) 2007 Alain Georgette / Copyright (C) 2006 Frantisek Hliva. All rights reserved."

 
< Sebelumnya   Berikutnya >