Khairaummah mailing list
  • (no subject)
    Afwan kirim konfirmasi dari facebook faza fatiha
  • Fwd: Two Moons on 27th August 2010
    -KM- Begin forwarded message: --- On Tue, 24/8/10, wanzul wan daud < Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya > wrote: From: wanzul wan daud < Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya > Subject: Fw: Two
  • Fw: Undangan ke Siri Wacana ATMA
    ... From: " Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya " < Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya > To: Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya ; Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya ; Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya ; Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya ; Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya ;
  • Wacana Fikir ATMA 8 Julai
    Salam, Untuk sesiapa yang berminat. Wacana Fikir ATMA Tajuk: ?Islamisasi Ilmu Pengetahuan Semasa: Sejarah dan Perkembangannya? Pembentang: YBhg. Profesor
  • Artikel tentang Penarafan Universiti
    Utusan Malaysia 25/5/2010 Apa sebenar penarafan universiti sedunia? Oleh Prof. Dr. Arndt Graf Debat tentang penarafan universiti sedunia sedang semakin hangat,
Infoteks

Ingin menulis di laman web ini?

Pelawat yang telah berdaftar akan dinaik-taraf sebagai penulis oleh admin. Sebagai penulis, menu hantar artikel akan wujud di bahagian menu pengguna. Artikel yang dihantar akan disemak oleh editor dan diluluskan untuk terbit sekiranya memenuhi kriteria laman web ini.

Pelawat juga boleh menghantar artikel ke arief_rf@yahoo.com




Mari boikot produk 
Israel/Yahudi
Hentikan menyokong kekejaman
Israel terhadap umat Islam
 
"it is an obligation not to help them
(the enemies of Islam) by buying
their goods. To buy their goods
is to support tyranny, oppression
and aggression" -Yusuf al-Qardawi
 
 






Ingin mengiklankan aktiviti / produk anda di sini? sila hubungi kami... email: arief_rf@yahoo.com

Ruangan forum dan komen artikel telah dibuka untuk semua pengunjung. Sila gunakan ruang tersebut dengan sebaiknya.  

Admin




Seksyen
Fikih Kebangkitan
Tamadun Islam
Pemikiran Islam
Dunia Islam
Tokoh Islam
Hawa
English Section
Puisi
Ulasan Buku
Mailing List
klik di sini untuk menyertai mailing list khairaummah
Web Pilihan
Dokumentari Islam
JIM
ABIM
Al-Ahkam
Harakah
JAKIM
Halal?
Happiness in Islam
Khalif Muammar
IslamOnline
Halaqah
Epistemologi Melayu
Lawatan
Hari ini: 11
Semalam: 63
Sebulan: 1120
Jumlah: 95687
Maks sehari: 291
Maks sebulan: 5822
Kiraan Sejak: 2008-08-07
Totals Top 10
 62 % Malaysia (60833)
 18 % Indonesia (17644)
 5 % United States (4432)
 2 % Japan (2164)
 2 % China (2092)
 < 1.0 % Germany (1234)
 < 1.0 % Unknown (1003)
 < 1.0 % United Kingdom (880)
 < 1.0 % Singapore (834)
 < 1.0 % Russian Federation (669)
95687 visits from 132 countries
Trafik
Islamictube
boycott_israel_275x275.gif
Pelawat
Locations of visitors to this page
Statistik
Ahli: 533
Artikel: 294
Pautan: 5
Pengunjung: 515654
Umat Melayu dan Cabaran Globalisasi PDF Cetak E-mail
Penilaian Pengguna: / 4
BurukTerbaik 
Ditulis Oleh Dato’ Dr. Siddiq Fadzil   
Thursday, 26 January 2006
Tamadun Melayu ketika ini sedang berhadapan dengan sejumlah cabaran bawaan  fenomena  yang  disebut  globalisasi masa kini. Penyantuman kata-kata "masa kini" dengan kata globalisasi memang disengajakan sebagai meraikan pendapat bahawa globalisasi adalah proses yang telah menyejarah dengan melalui pelbagai tahap dan bentuk. Ada tahap yang disebut sebagai archaic globalization, ada tahap yang disebut proto-globalisation dan ada pula yang disebut modern globalisation. Terlepas daripada kontroversi soal baru atau lamanya fenomena tersebut, kenyataannya sekarang kita sedang mengalami rempuhan tamadun Barat yang dipelopori oleh Amerika.

 

Memang ada alasannya apabila ada pihak yang menganggap bahawa globalisasi pada hakikatnya adalah, "simply an alternative name for Western and particularly American political, cultural and economic dominance,...” (Amira K. Bennison, 2002). Globalisasi atau al-'awlamah ternyata mengandungi motif hegemoni dan dominasi. Dengan kata lain dunia bukan Barat harus tunduk dan takluk kepada Amerika dalam semua bidang: politik, ekonomi dan budaya. la adalah projek menjadikan American Century melanjut hingga ke abad 21.


Antara 'Awlamah dengan 'Alamiyyah
Di kalangan umat Islam kadang-kadang terjadi kekeliruan antara 'awlamah (globalisasi) dengan 'alamiyyah iaitu ciri universalisme Islam. Lalu dengan sembrono dikatakan bahawa globalisasi selari dengan Islam. Dalam kaitan ini perlu dicatat bahawa universalisme Islam membawa semangat kebersamaan, perkongsian dan kesalingan dalam memberi dan menerima. Dalam sejarah politik umat, kita menemukan adanya kesatuan dunia Islam yang disebut dar aI-Islam yang meliputi seluruh wilayah Islam di Asia, Eropah dan Afrika yang dicirikan oleh persamaan pandangan sarwa, keseragaman budaya, perkongsian set nilai dan seterusnya. Tetapi  fenomena  tersebut tidak dapat disamakan dengan globalisasi yang kita kenal hari ini. Keseragaman dalam konteks dar aI-Islam tidak terjelma daripada motif hegemoni atau dominasi, tetapi pada hakikatnya ia adalah manifestasi universalisme Islam itu sendiri.


Globalisasi tidak dapat ditanggapi secara simplistik sebagai natijah atau fenomena konsekuensial dari revolusi teknologi komunikasi. la adalah suatu agenda yang harus difahami bersama dengan pelbagai gagasan dan ramalan tentang dunia pada abad 21, termasuk apa yang dinamakan Tatanan Baru Dunia. (New World Order). Perbenturan Tamadun (Clash of Civilisations) dan Tamatnya Sejarah dan Manusia Terakhir (The End of History and the Last Man). Seperti yang disebut oleh Francis Fukuyama, tamadun Barat telah mencapai puncak kesempurnaannya pada sistem liberal-demokratik-kapitalistik. Menurut penilaiannya tamadun tersebut dapat memberikan segala keperluan manusia sejagat dan dengan demikian berakhirlah proses pencarian ideologi dan sistem hidup yang muktamad. Atas asas itu ia adalah tamadun yang universal dan manusia Barat adalah manusia universal, jelmaan terakhir manusia yang telah mencapai puncak kesempurnaan. Rasa unggul diri dan optimisme Fukuyama yang sebenarnya sangat simplistik dan kontroversial itulah yang dijadikan salah satu asas pewajaran globalisasi tamadun Barat, hegemoni dan dominasi Amerika.


Gagasan Tatanan Baru Dunia banyak dikaitkan dengan H.A.Kissinger yang dalam tulisannya Diplomacy menyebut perbenturan tamadun sebagai babak baru yang akan menyusul selepas tamatnya Perang Dingin. Teori itulah yang kemudiannya diangkat dan dikembangkan oleh S. Huntington lewat tulisannya yang cukup terkenal Clash of Civilizations. Kedua-dua tokoh tersebut melihat Islam sebagai potensi cabaran kepada Barat. Negara-negara Islam akan mencapai kemajuan dan mengalami pemodenan tetapi tidak akan menjadi pengikut Barat. Kemajuan yang  dicapainya  dan  fenomena  kebangkitan Islam yang berterusan akan menjadikan umat Islam lebih percaya diri, yakin dengan keunggulan nilai-nilai tradisi dan bangga dengan jati diri ketamadunan mereka sendiri. Seterusnya mereka tidak akan bersedia menyertai Tatanan Baru Dunia tajaan Amerika. Sementara itu di pihak lain, Amerika pula akan tetap berkeras dengan agenda menjadikan tamadunnya sebagai satu-satunya tamadun global. Dengan senario yang sedemikian itulah mereka mengantisipasikan berlakunya perbenturan tamadun. Adakah ia suatu ramalan atau sebenarnya suatu kemahuan? Memang sudah ada pihak yang menyifatkan teori Clash of Civilizations Huntington itu sebagai self-fulfilling prediction.


Korban Globalisasi
Mampukah tamadun Melayu-Islam menghadapi rempuhan globalisasi yang telahpun bermula dan sudahpun memakan korban, tetapi yang belum kita rasakan full impact-nya. Sorotan yang banyak terfokus kepada globalisasi ekonomi menyebabkan sebahagian kita terlepas pandang dimensi budayanya. Yang terlambak di pasar kita bukan cuma barangan Amerika, tetapi turut tersebar adalah budaya konsumerisme yang menciptakan gaya hidup bermewah-mewah, rakus dan boros.  Umat  kita  sedang  ditransformasikan  dari  insan pengabdi Tuhan menjadi penyembah materi duniawi dan makhluk konsumeris yang lahap. Pasaraya yang tumbuh mencendawan di mana-mana telah mewujudkan fenomena persaingan mosques versus malls. Akibatnya banyak masjid yang sepi setelah jamaahnya disedut ke pasaraya. Kedamaian rohaniah yang ditawarkan oleh masjid seolah-­olah sudah tidak relevan kerana yang diperlukan bukan lagi rahmat, pengampunan dan perlindungan Tuhan, tetapi kemewahan kebendaan dan jaminan ekonomi dari institusi­-institusi seperti bank dan syarikat-syarikat kewangan; maka ke sanalah mereka bertumpu mencari jaminan hidup.


Dengan kecanggihan teknologi komunikasi dan jaringan media yang dikuasainya Barat dapat berleluasa membentuk dan mewarnai minda, citra dan selera manusia di seluruh dunia. Hakikat betapa besarnya kuasa media disebut oleh Akbar S. Ahmed sebagai ciri utama era pascamoden "...and even define the dominant global civilization of our time" (Akbar S. Ahmed, 1992). Kiranya dapat dipastikan tamadun  apa yang diisyaratkan dengan global civilization itu. Berdayakah tamadun Melayu-Islam mempertahankan keutuhan jati dirinya di tengah leluasanya media Barat. Selama ini pun imej Islam, umatnya dan tamadunnya sudah cukup parah akibat distorsi dan fitnah media Barat. Yang dikenal orang bukan lagi Islam al­-Qur'an (aI-Islam al-Qur'aniy), tetapi Islam versi media (al-­Islam al-I’lamiy) yang penuh distorsi itu. Keadaan ini menjadi semakin buruk selepas peristiwa 11 September 2001 yang menyebabkan Amerika menjadi berang lalu merempuh masuk ke wilayah-wilayah Islam membedal, membedil, mengancam, mengugut dan melakukan pelbagai tindakan intimidasi atas nama memburu teroris Muslim, tanpa ada perlawanan yang bererti daripada pihak berkuasa negara-negara Islam. Serentak dengan itu serangan media pun dilancarkan secara besar-besaran menuding Islam sebagai agama keganasan. Keadaan ini mengindikasikan suatu tragedi besar apabila kita akan dipaksa menafsirkan semula Islam sesuai dengan kemahuan Barat. Islam asli yang dinamik dan penuh daya hidup tidak akan ditoleransi oleh Barat, hanya Islam versi yang diluluskan oleh Amerika yang akan dibenarkan berkembang. Apa jadinya nanti apabila mereka memaksa kita merubah kurikulum pengajian Islam dengan membuang komponen-komponen yang tidak disenangi mereka?



Hubungan ideal ialah hubungan dialog
Apakah masih ada ruang untuk menyedarkan Amerika bahawa peristiwa 11 September itu adalah akibat kebiadabannya sendiri? Apakah ada apa-apa yang dapat diharapkan dari keghairahan mempelajari Islam yang mendadak timbul di kalangan masyarakat Barat selepas peristiwa tersebut? Islam melarang umatnya kehilangan optimisme walau dalam keadaan sesulit mana pun. Siapa tahu keadaan akan berubah. Yang penting umat Islam harus setia kepada misi balagh, mengembangkan Islam dengan menyerlahkan hakikat seadanya sebagai agama salam, damai dan sejahtera. Umat Melayu adalah umat pencinta damai dengan daerah yang serba majmuk yang harmonis ini sebagai buktinya. Ucapan al-salamu 'alaykum yang telah membudaya sejak berabad-abad, ucap selamat yang dilafazkan pada setiap peristiwa adalah lambang peribadi Melayu yang cukup setia kepada misi penyejahteraan. Umat Melayu dengan kehalusan dan keluhuran budinya tidak dapat menerima perbuatan menyumpah dan melaknat. Kata-kata seperti "pergi jahanam!" misalnya bukanlah ungkapan Melayu asli. la adalah terjemahan ungkapan Inggeris "go to hell!".

Pada hakikatnya Islam dan Barat adalah saling memerlukan. dan hubungan yang ideal adalah hubungan dialog. Tamadun Islam memang selamanya bersikap akomodatif sebagaimana yang telah dibuktikannya dalam sejarah pertembungannya dengan tamadun Yunani, Romawi dan Parsi. Pengambilan unsur-unsur dari tamadun asing itu telah dilakukan dalam semangat dialog dan sikap selektif. Dari tamadun Yunani yang diambil adalah falsafahnya. tetapi tidak metodologinya. Dalam konteks tamadun Barat moden antara yang perlu diambil adalah bahagian yang relevan dari sains dan teknologinya. bukan worldview, epistemologi atau nilai-nilai budayanya. Kita hanya memerlukan pemodenan teknologi, bukan pembaratan budaya, atau meminjam ungkapan Ali Mazrui, "technical modernization without cultural westernization". Dengan demikian unsur-unsur ambilan itu dapat diharmoniskan dengan nilai-nilai budaya tempatan tanpa terbawa bersamanya dampak negatif di tempat asalnya. Teknologi yang telah diletakkan dalam perspektif Islam akan dapat difungsikan sebagai alat realisasi misi kekhalifahan di  bumi,  bukan  teknologi  dalam  konteks tamadun sekular yang menghakis nilai-nilai kemanusiaan seperti yang terjadi di Barat apabila ia membawa wabak yang disebut oleh   Naisbitt   sebagai    technological intoxication (keracunan teknologi) di kalangan manusia. Memang akan timbul masalah apabila ubat orang lain dimakan oleh orang lain. Banyak sekali aliran pemikiran, ideologi dan teori Barat yang sebenarnya adalah percubaan orang Barat untuk mengatasi masalah-masalah mereka sendiri. Demikianlah hakikatnya faham-faham seperti sekularisme dan pascamodenisme. Apabila faham sedemikian itu diaplikasikan dalam reaIiti dunia dan tamadun Islam, maka timbullah masalah dan kekecohan yang tidak perlu. Seharusnya kita cukup bijaksana dalam menangani unsur-­unsur tamadun asing yang dilatari oleh masalah-masalah khusus di tempat tumbuhnya.


(Artikel ini merupakan sebahagian daripada kertas kerja penulis yang bertajuk "Umat Melayu dan Cabaran Ketamadunan Masa Kini" yang dibentangkan dalam Seminar Serantau Peradaban Melayu pada 28-29 September 2002, anjuran AKK).

Komen
Carian
hanya ahli berdaftar boleh mennghantar komen!!

3.26 Copyright (C) 2008 Compojoom.com / Copyright (C) 2007 Alain Georgette / Copyright (C) 2006 Frantisek Hliva. All rights reserved."

Kemas Kini Terakhir ( Thursday, 02 March 2006 )
 
< Sebelumnya   Berikutnya >