|
...“Kamu adalah umat terunggul (khayra ummah) yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma‘ruf dan mencegah daripada yang munkar dan kamu beriman kepada Allah”... (Ali 'Imran:110) Wahana Pencerahan dan Pemberdayaan Ummah |
Ulasan Buku
FIQIH LINTAS AGAMA
|
| Khairaummah mailing list | |
|---|---|
|
| Infoteks | |
|---|---|
|
|
| Seksyen | |||||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
|
| Mailing List |
|---|
| klik di sini untuk menyertai mailing list khairaummah |
| Lawatan | ||||||||||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
|
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| Trafik |
|---|
| Islamictube |
|---|
|
| Statistik |
|---|
|
Ahli: 533 Artikel: 294 Pautan: 5 Pengunjung: 515658 |
| FIQIH LINTAS AGAMA |
|
|
|
| Ditulis Oleh Khalif Muammar | ||||||
| Saturday, 25 June 2005 | ||||||
|
Buku Fiqih Lintas Agama (FLA) yang sangat kontroversi di rantau Melayu ini membariskan sederet cendekiawan Indonesia yang dikenal dengan misi pembaharuan dan pemodenan. Nama-nama seperti Nurcholis Madjid, Kamaruddin Hidayat, Kautsar Azhari Noer adalah nama-nama yang tidak asing lagi dalam pemikiran Islam masa kini baik di Indonesia mahupun di rantau Melayu. Kali ini tim penulis yang diselia oleh Paramadina (sebuah yayasan dan institusi pendidikan tinggi di bawah naungan Nurcholish Madjid) menampilkan karya ilmiah yang merupakan hasil kajian bersama dan diskusi panjang dengan bantuan kewangan daripada The Asia Foundation (sebuah badan bantuan yang berasal dari Amerika). Walaupun barisan penulis tersebut boleh dianggap hebat, akan tetapi kesemua penulisnya tidak mempunyai kepakaran (otoriti) dalam bidang Syari‘ah. Sesuatu yang tentunya menampakkan kecacatan penulisan buku ini, kerana ianya membahas persoalan inti dalam hukum Islam. Adalah tidak adil projek sebesar ini, paling kurang bagi kalangan liberal sendiri, tidak sama sekali diwakili oleh orang yang pakar atau mempunyai otoriti dalam bidang Syari‘ah. FIQIH LINTAS AGAMA: Membangun Masyarakat Inklusif-Pluralis. Tim Penulis Paramadina: Nurcholish Madjid, Komaruddin Hidayat, Kautsar Azhari Noer, Masdar Mas’udi, Zainun Kamal, Zuhairi Misrawi,Budhy Munawar-Rachman, Ahmad Gaus AF, Mun’im Sirry (editor). Jakarta: Paramadina bekerjasama dengan The Asia Foundation, cetakan ke-5, 2004. 274 halaman. ISBN: 979-8321-96-0. KEKAFIRAN BERFIKIR SEKTE PARAMADINA. Tim Editor Mujahidin: Muhammad Thalib, Irfan S. Awwas, M. Shabbarin Syakur, Fauzan Al-Anshari. Jogjakarta: Wihdah Press, April 2004. 197 halaman. ISBN: 979-9311-15-2. MENGKRITISI DEBAT FIKIH LINTAS AGAMA. Hartono Ahmad Jaiz. Jakarta: Pustaka al-Kautsar, Mac 2004. 126 halaman. ISBN 979-592-246-7. KOREKSI TOTAL BUKU FIKIH LINTAS AGAMA: Membongkar Kepalsuan Paham Inklusif-Pluralis. Agus Hasan Bashori. Jogjakarta: Pustaka al-Kautsar, Ogus 2004. 260 halaman. ISBN: 979-592-262-9. Buku Fiqih Lintas Agama (FLA) yang sangat kontroversi di rantau Melayu ini membariskan sederet cendekiawan Indonesia yang dikenal dengan misi pembaharuan dan pemodenan. Nama-nama seperti Nurcholis Madjid, Kamaruddin Hidayat, Kautsar Azhari Noer adalah nama-nama yang tidak asing lagi dalam pemikiran Islam masa kini baik di Indonesia mahupun di rantau Melayu. Kali ini tim penulis yang diselia oleh Paramadina (sebuah yayasan dan institusi pendidikan tinggi di bawah naungan Nurcholish Madjid) menampilkan karya ilmiah yang merupakan hasil kajian bersama dan diskusi panjang dengan bantuan kewangan daripada The Asia Foundation (sebuah badan bantuan yang berasal dari Amerika). Walaupun barisan penulis tersebut boleh dianggap hebat, akan tetapi kesemua penulisnya tidak mempunyai kepakaran (otoriti) dalam bidang Syari>‘ah. Sesuatu yang tentunya menampakkan kecacatan penulisan buku ini, kerana ianya membahas persoalan inti dalam hukum Islam. Adalah tidak adil projek sebesar ini, paling kurang bagi kalangan liberal sendiri, tidak sama sekali diwakili oleh orang yang pakar atau mempunyai otoriti dalam bidang Syari>‘ah. Bahagian pertama buku Fiqih Lintas Agama menjelaskan dasar-dasar teologis yang dipegang oleh para penulis yang menghantarkan mereka kepada prinsip kesatuan agama (pluralisme agama)(17-54). Pada bahagian kedua buku ini membahaskan hukum-hukum fiqih baru seperti: mengucapkan salam kepada ornag bukan Islam, mengucapkan “Selamat Natal (hari krismas)” dan selamat hari raya kepada penganut agama-agama lain, menghadiri perayaan hari-hari besar agama-agama lain, doa bersama, mengizinkan orang bukan Islam masuk masjid (62-107). Bahagian ketiga mengkritik dengan lebih dalam lagi hukum-hukum yang sedia ada dalam khazanah Islam seperti konsep jizyah, konsep ahl al-zimmah, perkahwinan beza agama. (127-181). Seterusnya, bahagian keempat membahas bentuk-bentuk dialog dan bentuk-bentuk kerjasama yang mungkin dilakukan dengan agama lain (195-262). Setidaknya ada dua perkara yang mendasari faham inklusif-pluralis. Pertama, premis doktrin sejagat (universal) Islam atau sering disebut misi rah}matan li al-‘a>lami>n. Sebagaimana karya liberal sebelumnya, Alwi Shihab misalnya dalam bukunya Islam Inklusif (1997), menjadikan tujuan meredam konflik antara umat beragama sebagai alasan agar penafsiran ulang dan dekonstruksi Syari>‘ah dapat dilakukan. Dengan meletakkan maqa>s}id (tujuan) di atas maka kaum liberal beranggapan segala cara perlu dilakukan agar tujuan tersebut tercapai. Atas dasar ini langkah-langkah yang diambil adalah mengembalikan Syari’ah kepada maqa>s}id, fiqh kepada us}u>l al-fiqh. (hlm.9) Tentunya yang menjadi keberatan adalah penggunaan fiqh al- maqa>s}id Imam al-Sha>t}ibi> tanpa batasan (bila> qawa>‘id wala> d}awa>bit}) ini mengarah kepada freedom of religious interpretation (kebebasan dalam menafsirkan agama). Bagi golongan ini, agama Islam tidak mempunyai otoriti yang mesti dipegang oleh golongan tertentu. Mereka sebenarnya terkeliru di antara otoriti ilmu dalam hal ini Islam, dan golongan agama seperti yang ada dalam agama Nasrani. Islam mengiktiraf otoriti ilmu dan otoriti agama (al-Anbiya, 21:7). Adapun golongan agama (clergy) yang mewakili Tuhan dan berbicara atas nama Tuhan sama sekali ditolak oleh Islam. Premis kedua yang mewajarkan tindakan liberalisasi hukum Islam adalah pemikiran dikotomis dan reaksionis. Dengan menampilkan wajah buruk wacana Islam ekslusif yang mendominasi pemikiran Islam pada hari ini, kaum pluralis memberikan alternatif yang dianggap satu-satunya pilihan untuk merealisasikan misi Islam sebagai agama rahmah. Inklusivisme yang bertujuan melahirkan masyarakat yang pluralis, harmoni dan dapat hidup bersama tanpa saling memusuhi antara satu sama lain. Islam inklusif digali untuk menampilkan wajah Islam yang mesra dan pluralis. Ini kerana ekslusivisme adalah wajah Islam yang mendominasi pemikiran umat Islam baik yang mereka yang dikatakan fundamentalis maupun radikal, tradisionalis, konservatif dan beberapa cap lain yang diberikan kepada umat Islam. Dengan menentang arus utama (mainstream) tersebut, inklusivisme diharapkan dapat diterima oleh masyarakat Muslim pada hari ini dan dapat menggantikan ketaasuban dan kefanatikan yang dihasilkan oleh ekslusivisme. Di sini jelas sekali ada sesuatu yang luput daripada perhatian kaum liberal, sejauhmana pemikiran dikotomis ini dapat dipertahankan dalam tradisi Islam? Mengapa Umat Islam harus memilih di antara ekslusivisme dan inklusivisme? Bagaimana kalau Islam sendiri menolak ekslusivisme dan inklusivisme sekaligus? Bukankah kedua konsep ini digariskan oleh orientalis, dan atas dasar apa konsep yang diimport ini perlu di”taqlid” kan? Walaupun kajian orientalis itu dianggap ilmiah dan objektif akan tetapi tetap ada kemungkinan pandangan orientalis tersebut salah dan tidak menggambarkan hakikat yang sebenarnya. Kefahaman tentang worldview Islam (tasawwur Islam) akan menunjukkan bahawa pemikiran dikotomis seperti di atas tidak mempunyai asas dalam Islam. Oleh itu tidak ada alasan seorang Muslim perlu tunduk pada pemikiran dikotomis seperti itu. Kalau yang dimaksudkan dengan ekslusivisme adalah ketaasuban dan kefanatikan terhadap kebenaran Islam tanpa memandang kepada sumbernya (berilmu), maka jelas ia bertentangan dengan ajaran Islam yang menyuruh setiap penganutnya menuntut ilmu dan melarang taqlid buta kerana ia bermakna menjalankan Islam tanpa ilmu dan tentunya akan memberi imej yang buruk kepada Islam sendiri. Esklusivisme juga digambarkan sebagai sikap permusuhan terhadap penganut agama lain dan penganut Islam yang antagonistik terhadap agama lain, ini juga tidak mempunyai sandaran dalam ajaran Islam kerana Islam menyuruh umatnya tidak merendahkan agama lain atau bermusuhan dengan penganut agama lain tanpa sebab yang munasabah. Ekslusivisme dalam gambaran ini jelas ditolak oleh Islam. Akan tetapi kalau ekslusivisme bermaksud sikap Muslim yang berpegang kepada keyakinan bahawa agama Islam itu benar dan agama yang lain itu salah atas dasar bukti ilmiah bukan taqlid buta, maka ekslusivisme dalam erti ini mempunyai sandaran yang kuat dalam Islam seperti yang tergambar dalam al-Quran: inna al-di>n ‘indalla>hi al-Isla>m...(3:19) waman yabtaghi...(3:85). Di samping hal tersebut merupakan suatu kesepakatan, yang tidak dapat dipungkiri, oleh umat Islam sepanjang sejarah Islam. Begitu juga dengan teologi inklusif, pandangan bahawa semua agama pada pada aras esoteris adalah sama, perbedaan adalah hanya pada aras eksoteris. Ini kerana semua agama pada dasarnya mempunyai persamaan dan menyeru kepada perkara yang sama, seperti nilai-nilai murni, kejujuran, keadilan dan keharmonian. Maka kaum liberal beranggapan kebenaran yang diklaim oleh agama tertentu hanyalah merupakan kebenaran eksoteris. Tentunya hal ini dengan mudah ditanggapi oleh Majelis Mujahidin Indonesia (MMI) dalam debat publik dengan tim Paramadina. MMI berpendapat teologi inklusif akan meleburkan keyakinan umat Islam bahawa agama Islam adalah agama yang satu-satunya yang benar dan agama lain telah terseleweng daripada kebenaran sangat bertentangan dengan ajaran al-Qur’an. Namun kaum liberal menyangkal penafsiran ayat secara tradisional. Mereka menginginkan agar al-Qur’an ditafsirkan semula mengikut fahaman mereka. Dari segi metodologi yang digunakan, kelompok ini cenderung meletakkan fiqh al- maqa>s}id dan us}u>l al-fiqh yang sedia ada sebagai dua metodologi yang berseberangan. Para penulis mendisposisikan us}u>l al-fiqh tradisional sebagai tidak relevan dan kaku. Kodifikasi dan kerangka us}u>l al-fiqh oleh imam Shafi‘i dikatakan penyebab fiqh tidak berkembang selama lebih dua belas abad. (hlm.5) ini tentunya atas anggapan bahawa imam Shafi’I adalah the master architect of usul al-fiqh, tesis hasil kajian Schacht ini ternyata terlalu dalam membekas dalam pemikiran kaum liberal sehingga tidak mungkin keluar dari kesannya. Untuk bersikap objektif, seorang pakar dalam bidang Syari>‘ah dari universiti McGill dan beragama Nasrani, Wael Hallaq, telah menolak tesis Schacht tersebut (A History of Islamic Legal Theories, 1997,iiv,30). Oleh itu jelaslah bahawa Imam Syafi‘i bukan pencipta us}u>l al-fiqh tapi hanya membukukannya dan mengembangkannya agar dapat diterima sebgai panduan dalam memahami Syari>‘ah. Ini kerana keempat-empat sumber hukum Islam yang dijelaskan oleh imam Syafi‘i telah jelas dinyatakan dalam al-Qur’an dan Hadis. Atas dasar istidla>l (pendalilan) inilah maka berlakunya kesepakatan umat Islam atas kebenaran ijma dan qiyas sebagai sumber hukum Islam. Pemahaman tim Paramadina terhadap Syari>‘ah perlu dipersoalkan: “Selama ini ada upaya untuk menguniversalisasikan Syari‘at untuk semua zaman dan tempat. Apa yang diproduk ulama pada masa lalu dianggap sebagai solusi bagi problem kemanusiaan kontemporer. Ini bukan tanpa konsekwensi. Akibatnya…..mengalami kemandulan” . (FLA. Hlm. 7) Dari tulisan di atas tampak kekeliruan mereka terhadap konsep Syari>‘ah. Sebagaimana sering diungkapkan oleh guru besar Islam Liberal, Muhammad Said al-‘Ashmawi, Syari>‘ah tidak lain merupakan produk ulama pada masa silam (al-Isla>m al-Siya>si>, 2004, 308). Kaum liberal cenderung mencampuradukkan antara Syari>‘ah dengan fiqh. Pada hakikatnya, Syari>‘ah dan fiqh berlainan tetapi saling memerlukan. Syari>‘ah adalah segala perintah dan suruhan Allah SWT yang dapat diambil melalui sumber-sumber Syari>‘ah (al-Qur’an, al-Sunnah, Ijma dan Qiyas). Sedangkan fiqh adalah usaha para ulama untuk memahami dan melaksanakan tuntutan Syari>‘ah. Fiqh berfungsi untuk memastikan bahawa setiap hukum Syari>‘ah dapat dilaksanakan dalam setiap masa dan keadaan. Oleh kerana ijtihad sentiasa terbuka kepada para ulama maka fiqh tidak sepatutnya jumud dan kaku. Kejumudan dan kekakuan berlaku kerana para ulama tidak melakukan tugas mereka dalam berijtihad. Atas dasar itu, Syari>‘ah sememangnya universal dan sebaliknya fiqh tidak universal. Syari>‘ah dan Fiqh perlu dibezakan agar tidak mensakralkan yang profan dan memprofankan yang sakral (suci, divine). Akan tetapi keduanya tidak boleh dipisahkan kerana Syari>‘ah akan melibatkan fiqh dalam pelaksanaan dan Syari>‘ah juga memerlukan fiqh agar sesuai dilaksanakan disetiap masa dan tempat. Meletakkan fiqh al-maqa>s}id sebagai sesuatu yang berseberangan dengan metodologi us}u>l al-fiqh adalah tidak benar. Ini kerana dalam perbincangan mengenai maqa>s}id, para ulama tidak meletakkannya di luar ilmu us}u>l al-fiqh, bahkan ia adalah sebagian daripada us}u>l al-fiqh. Al-Shatibi mungkin dianggap yang pertama memberikan penekanan kepada kepentingan fiqh al-maqa>s}id ini. Akan tetapi sebelum itu kita mengenal ramai ulama yang telah membincangkannya sebagai sebahagian dari ilmu us}u>l al-fiqh seperti al-Ghazzali (al-Mustasfa) al-Fakhr al-Razi (al-Mahsul) Ibn al-Qayyim (A’lam al-Muwaqqi’in) bahkan Khalid Masud mencatat bahawa al-Shatibi dalam penulisannya tentang maqa>s}id banyak dipengaruhi oleh al-Ghazzali (Shatibi’s Philosophy of Islamic Law, 1995,116) Selain premis fiqh al-maqa>s}id dan inklusivisme, para penulis buku tersebut juga menjadikan slogan Islam agama rahmat bagi seluruh alam sebagai tameng untuk membenarkan pendapat mereka. Bagi mereka gambaran ajaran Islam yang dikemukakan oleh para ulama sangat bertentangan dengan gambaran Islam yang ingin dikemukakan oleh al-Qur’an. Sehingga ada kecenderungan umat Islam pada hari ini mensakralkan fiqh. Mereka berjaya menampakkan bahawa fiqih yang ada sekarang keras, kaku dan rigid. (hlm.7) Oleh itu, mereka melihat bahawa: “mendinamisasikan fiqih merupakan langkah awal guna mendekonstruksi Syariat dari wajahnya yang statis, ekslusif dan diskriminatif menjadi Syariat yang dinamis, inklusif dan egalitarianistik”(hlm.7-8) atas dasar ini pembaharuan fiqih menurut mereka perlu melalui tiga aras: pertama, aras metodologis iaitu pembaharuan dengan melakukan kontekstualisasi dan verifikasi Persis dengan metodologi yang digunakan Feminis Muslim dalam membincangkan isu kesetaraan jender, untuk lari dari konservatisme maka liberalisasi diperlukan. Kaum pluralis-inklusif juga melihat bahawa pandangan jumud dan kolot terhadap Syari>‘ah perlu dirubah agar Syari>‘ah tersebut menjadi inklusif dan egalitarian (FLA,3-5). Pada realitinya, memang fiqih mengalami kemunduran dan kejumudan. Wajah fiqih yang rigid seperti digambarkan oleh kaum pluralis sebenarnya telah lama disedari oleh para ulama hari ini. Mus}t}afa> al-Zarqa> dalam bukunya al-Madkhal al-Fiqhi> al-‘A<<m menggesa para ulama memperbaharui dan bertindak mengkodifikasi fiqih sesuai dengan tuntutan permasalahan yang sentiasa berkembang (al-Ijtiha>d wa Dawr al-Fiqh fi h}all al-Musykila>t, 2). Atas kesedaran inilah ramai ulama di seluruh negara Islam menubuhkan persatuan-persatuan dan institusi yang membincangkan masalah-masalah baru dalam fiqih. Nama-nama insititusi seperti al-Mawsu>‘ah al-Fiqhiyyah (1956) , Majma‘ al-Buh}u>th al-Isla>miyyah (60an di al-Azhar) al-Majma‘ al-fiqhi>,(oleh Ra>bit}ah al-‘A<lam al-Isla>mi>, 1977). Adalah sesuatu yang wajar, ketika umat Islam baru sedar dari kegelapan dan kemunduran, untuk bangkit dan mencuba memperbetulkan kesilapan dan mengorak langkah ke hadapan. Perkara yang sama berlaku di Eropah pada zaman Renaissance dan modern. Tentunya langkah pembaharuan itu perlu dilakukan dengan berhati-hati tanpa membuang dan merendahkan tradisi Islam. Ini kerana kesilapan bukan terletak pada Islam sehingga perlu merubah Syari>‘ah dan prinsip-prinsip Islam. Kejumudan berlaku akibat ketertutupan minda dan kelesuan budaya ilmu dan ini berkaitan dengan kelemahan ummat dan penjajahan Barat. Oleh itu, usaha yang sepatutnya dilakukan adalah membangun tradisi ilmu dan pemikiran umat Islam bukannya merubah dan mempersoalkan ajaran Islam. Mengenai ucapan salam kepada non-Muslim, tim penulis Paramadina mempersoalkan hadis Abu Hurayrah yang melarang ummat Islam memulakan salam kepada orang bukan Islam (hlm.70). Hadis tersebut berbunyi: “la> tabda’u> al-Yahu>da wa al-Nas}a>ra> bi al-Sala>m, waidha> laqi>tum ah}adahum fi> t}a>ri>qin fa d}t}arru>hu ila> ad}yaqihi” bermaksud: “Jangan kamu mulakan salam terhadap orang Yahudi dan Nasrani, dan jika kamu berjumpa salah seorang dari mereka di tengah jalan maka hempet ia ke tepi” hadis riwayat Muslim no. 4024. Kritikan pedas tim Paramadina ini ditentang keras oleh Agus Bashori (Koreksi Total, hlm.99-101). Agus juga memeriksa ulang riwayat yang mengatakan bahawa Rasulullah s.a.w. dalam suratnya kepada raja-raja mengucapkan salam kepada mereka (FLA, hlm. 71-72). Ternyata sumber utama seperti T}abaqa>t al-Kubra> dan Ta>ri>kh al-T}abari> yang dirujuk tidak menyebut perkataan “sala>mun ‘alayk” seperti yang didakwa oleh tim Paramadina, akan tetapi hanya menyebut “sala>mun ‘ala> man ittaba‘a al-huda>”. Hadis mengenai larangan memulakan salam di atas lebih jelas diterangkan dalam Tuh}fat al-Ah}wadhi> Sharh} Sunan al-Tirmizi>, beliau mengatakan terdapat khilaf dikalangan ulama, sebahagian ulama membolehkan memulakan salam kepada orang ramai apabila bercampur antara Muslim dengan non-Muslim. Ada juga pendapat Ibn Abbas yang membolehkan secara mutlak. Namun pengarangnya menyimpulkan bahawa pendapat yang membolehkan itu terbatal dengan hadis yang khusus di atas (Hadis no. 4030). Untuk memahami larangan memulakan salam kepada ahlul Kitab, sebagaimana teks-teks lain yang dianggap kontroversial, kita perlukan kebijaksanaan. Memang ada kecenderungan sebahagian umat Islam untuk melaksanakan setiap teks secara harfiyyah (literal) dan rigid, tentunya ini bukan kaedah yang biasa dilakukan oleh ulama muktabar. Jelasnya, kita tidak boleh terus membawa teks tersebut ke dunia hari ini. Sebelum membuat hujah dengan mana-mana teks, seseorang itu perlu memahami konteks di mana teks tersebut turun. Kaedah ini sering disebut dalam us}u>l al-fiqh sebagai ilmu asba>b al-nuzu>l dan ilmu maqa>s}id al-shari>‘ah. Ini berbeza dengan metod hermeneutik yang diusung oleh kaum liberal. Kerana menempatkan teks pada tempat yang diinginkan tidak bermakna keluar daripada teks. Hadis larangan memulakan salam ditujukan pada situasi dimana ahlul kitab duduk dalam negara Islam sebagai ahl al-dhimmah. Konsep ahl al-dhimmah tidak dapat dibawa pada hari ini di negara-negara di mana umat Islam duduk bersama dalam sebuah negara sebagai rakan (partner) bukan penguasa kepada yang lain. Oleh itu, hadis tersebut tidak bermaksud apabila orang Islam bertemu dengan orang kafir pada hari ini boleh menghalang orang kafir tersebut berjalan di tengah. Hadis Aishah yang menceritakan bahawa sebahagian orang yahudi datang kepada Rasulullah dengan mengucapkan: “al-sa>mu ‘alaykum” semoga bagimu kecelakaan, Aishah menjawab: “wa’alaykum al-sa>mu wa al-la‘nah” memberikan gambaran kepada kita bahawa Rasulullah bersikap sederhana dalam menghadapi permusuhan orang bukan Islam. Rasulullah bahkan menegur A’ishah untuk tidak membalas kejahatan dengan kejahatan yang sama. Tetapi sedapat mungkin mengurangi permusuhan. Oleh itu, ucapan yang sesuai yang diberikan oleh Rasulullah adalah “wa’alaykum”. Di sini kita lihat, dalam masa permusuhan sekalipun umat Islam diminta berlembut dan tenang apalagi pada masa tiada permusuhan atau peperangan. Sebenarnya isu memberi salam kepada orang bukan Islam bukan isu besar. Umat Islam disuruh menghormati penganut agama lain dan penghormatan tersebut tidak semestinya dalam bentuk salam. Kalimat al-sala>mu ‘alaykum adalah doa bukan hanya sekedar ucapan. Kalimat tersebut diucapkan untuk sesama Muslim dengan harapan mempererat tali persaudaraan Islam atas dasar iman. Di samping itu Islam juga mengiktiraf tali persaudaraan sesama manusia (al-Hujurat, 49:13) akan tetapi ia mestilah dibezakan dengan persaudaraan Islam dan garis pemisahnya adalah ucapan salam kepada yang beriman. Ucapan salam adalah tanda keimanan (al-Nisa’,4:94) sehingga menjawab salam tersebut bagi orang Islam adalah satu kewajipan. Isu kedua yang dibangkitkan adalah tentang hukum mengucapkan selamat natal (selamat hari krismas) kepada penganut agama Kristian. Tim penulis menjadikan Quraish Shihab seorang ulama terkenal Indonesia sebagai alasan. Quraish Shihab memberikan fatwa mengharuskan ucapan selamat hari Krismas kepada orang Kristian. Hujah yang digunakan adalah adanya ayat al-Qur’an yang mengucapkan selamat kepada Nabi Isa. Dalam surah Maryam ayat 33 yang berbunyi: “wassalamu ‘alayya yawma wulidtu wayauma amutu wayawma ub’athu hayya”. Quraish Shihab mengatakan ucapan selamat ini telah diabadikan oleh al-Qur’an maka mengucapkannya kepada penganut Kristian adalah dibenarkan. (hlm.83) Lebih dari itu, tim Paramadina mengatakan, dengan mengucapkan selamat natal kepada penganut agama Kristen seorang Muslim tidak bermakna dia yakin akan kebenaran dan ketuhanan nabi Isa. Ini kerana ucapan selamat hanyalah untuk tujuan pergaulan dan persahabatan (hlm.84). Masalah ini tidak mendapat perhatian dari kalangan MMI maupun Agus Bashori. Mungkin kerana ia bukanlah isu yang penting. Menggunakan ayat al-Qur’an di atas (19:33) sebagai dalil adalah tidak tepat sama sekali.Ini kerana ayat tersebut merupakan penjelasan nabi Isa tentang dirinya sendiri yang pada masa itu seorang bayi yang diberikan mu’jizat untuk bercakap. Oleh itu, tidak tampak adanya hubungan dengan mengucapkan selamat natal kepada penganut Kristian. Hari Krismas adalah hari perayaan umat Kristian bukan hanya sebagai ucapan selamat atas kelahiran nabi Isa. Membenarkan umat Islam sama-sama merayakan hari perayaan agama lain adalah sesuatu yang bertentangan dengan prinsip Islam sebagai satu-satunya agama yang benar. Umat Islam sendiri tidak berharap agar penganut agama lain mengucapkan selamat hari raya kepada umat Islam. Walaupun hal ini tidak menyalahi ajaran agama mereka. Persoalan yang perlu difikir adalah apakah dengan mengucapkan selamat akan terbina keharmonian beragama? Yang jelas, sikap saling menghormati timbul dari kedewasaan dan kebijaksanaan dalam menangani isu yang berkaitan antara agama. Ia tidak boleh diatasi hanya dengan manis mulut sahaja (lip service). Langkah melepaskan prinsip yang digariskan oleh wahyu adalah langkah yang tidak mungkin terdetik dalam hati sanubari seorang Muslim yang sejati. Masalah utama dalam isu yang dibangkitkan golongan liberal ini adalah ketika tim Paramadina mengemukakan dibenarkannya mengucapkan selamat atas dasar bahawa semua agama adalah sama, maka dengan merayakan hari raya agama lain adalah bermakna mengakui Islam sebagai agama inklusif. Isu seterusnya yang dibangkitkan oleh tim Paramadina dalam Fiqih Lintas Agama adalah masalah diharamkannya perempuan mengahwini lelaki bukan Islam. Bagi tim Paramadina, pengharaman tersebut tidak mempunyai hujah yang kuat. Ini kerana ayat yang sering digunakan surah al-Baqarah ayat 221 hanya menyebut tentang orang-orang Musyrik. Sedangkan untuk mengkategorikan Ahlul Kitab sebagai Musyrikin adalah problematik. (hlm.153-7) Begitu juga hadis yang dikatakan bahawa Rasulullah melarang orang Ahlul Kitab menikahi perempuan Muslimah adalah hadis mawquf (terputus). Lalu tim penulis tersebut menyimpulkan bahawa masalah perkahwinan wanita Muslimah dengan lelaki non-Muslim adalah masalah ijtihadi (164) larangan pada masa dahulu adalah disebabkan hal-hal tertentu yang pada hari ini keadaan telah berubah sehingga memerlukan ijtihad yang baru. Tim Paramadina tidak sepenuhnya menjelaskan alasan yang digunakan oleh para ulama dalam pengharaman tersebut. Yusuf al-Qardawi dalam bukunya al-Halal wa al-Haram fi al-Islam, mengatakan adalah haram hukumnya seorang wanita muslimah berkahwin dengan non-Muslim baik daripada orang Ahlul Kitab mahupun bukan. Dalil yang digunakan juga ayat 2:221 tetapi selain itu al-Qaradawi juga menggunakan nas al-Qur’an yang lain surah al-Mumtah}inah ayat 10. (fain ‘alimtumu>hunna mu’mina>tin fala> tarji‘u>hunna ila al-kuffa>r, la hunna h}illul lahum wala> hum yah}illu>na lahunna) “maka apabila telah engkau ketahui bahawa mereka (kaum wanita) itu adalah orang beriman maka jangan hantar mereka pulang kepada orang-orang kafir, mereka (kaum wanita muslimah) tidak halal bagi mereka (orang kafir) dan demikian juga mereka (kaum kafir) tidak halal bagi mereka (kaum wanita Muslimah)”. Oleh kerana ayat ini tidak memberikan pengecualian kepada Ahlul Kitab maka ia berlaku kepada semua non-Muslim. Yusuf al-Qaradawi juga mengatakan pengharaman berkahwin dengan lelaki non-Muslim adalah ijma’ ulama. Para ulama yang sepakat mengharamkan perkahwinan wanita Muslimah dengan lelaki non-Muslim juga menggunakan rasional/ logika: ketika Islam membolehkan lelaki mengahwini perempuan Ahlul Kitab, ia dibolehkan kerana dalam sebuah rumah tangga Muslim lelaki adalah pemimpin kepada wanita, maka masa depan rumahtangga tersebut berada di tangan lelaki. Sedangkan apabila wanita berkahwin dengan lelaki non-Muslim, ia akan mengalami dilema kerana ia terpaksa taat kepada suaminya, adalah mustahil Islam mensyaratkan wanita tidak tunduk kepada suaminya. Sekurang-kurangnya dengan kewujudan suami non-Muslim akan memberikan pengaruh yang besar kepada masa depan wanita dan rumah tangga tersebut. Di sini dapat dilihat hikmat yang diinginkan oleh Islam iaitu agar kepentingan seseorang individu Muslim terjaga dalam sesebuah perkahwinan. Semua isu-isu yang dibangkitkan oleh tim Paramadina adalah isu sampingan/sempalan yang bukan menyentuh intipati permasalahan mewujudkan keharmonian beragama. Kesan yang timbul adalah bahawa Islam bertanggungjawab melahirkan permusuhan beragama. Maka Islam harus dirubah untuk disesuaikan dengan kerangka pluralis inklusif. Ini membuktikan sikap apologetik yang dipegang oleh kaum liberal. Mereka berusaha menonjolkan wajah mesra Islam yang bagi mereka selama ini ditutup oleh golongan konservatif-fundamentalis. Mereka sanggup menerjah rambu-rambu agama demi menciptakan teologi pluralis yang sekarang ini disambut baik oleh kalangan Barat. Seseorang dengan mudah dapat menilai penyimpangan besar yang dilakukan oleh tim Paramadina ini hanya dengan memperhatikan kata-kata berikut: “agama harus ditafsirkan secara emansipatoris untuk mengakselerisasikan (mempercepat) demokrasi dan civil society” (FLA.hlm.175). Persoalan yang perlu ditanyakan kepada golongan ini adalah: Di manakah mereka memposisikan agama berbanding dengan demokrasi dan civil society? Dari kalimat di atas, bukankah agama bagi mereka sama sahaja dengan demokrasi dan produk-produk manusia lainnya? Mengikut worldview Barat, agama memang buatan manusia mereka tidak dapat memisahkan antara agama dengan culture (budaya). Kritikan Agus Bashori menarik untuk dicermati: bahawa tim Paramadina telah menzalimi para ulama seperti al-Shatibi, Ibn al-Qayyim, dan al-Qaradawi) kerana menggunakan nama dan idea mereka untuk menjustifikasikan pandangan liberal mereka. (Koreksi Total: 68,116, 122). Langkah tidak jujur dan tidak ilmiah tim Paramadina ini setidaknya menggugat professionalisme keintelektualan mereka. Buku Kekafiran Berfikir Sekte Paramadina (KBSP) yang ditulis oleh tim Majlis Mujahidin Indonesia (MMI) adalah merupakan prosiding perdebatan antara pihak MMI dengan pihak Paramadina yang diadakan di UIN (Universiti Islam Indonesia), Jakarta. Di tambah juga beberapa lampiran artikel yang membahas permasalahan di atas. Sebagaimana umumnya debat publik, debat tersebut tidak memberikan hasil yang diinginkan. Ini kerana ada kecenderungan dari pihak Paramadina yang bersikap mengasingkan diri dan menutup mata hati terhadap hujah-hujah yang dikemukakan oleh tim MMI. Sikap mengasingkan diri yang dimaksudkan adalah sejak awal perdebatan lagi mereka telah menggariskan keyakinan (aqidah, teologi) mereka berbeza dengan keyakinan majoriti umat Islam.(KBSP hlm,37) Atas dasar keyakinan yang berbeza ini, maka dengan cepat tim MMI memberi hukum (vonis) kafir dan musyrik kepada tim Paramadina.(hlm. 134). Buku yang ditulis oleh Hartono Ahmad Jaiz, Mengkritisi Debat Fikih Lintas Agama, hanyalah catatan-catatan yang ditulis berkenaan dengan debat antara MMI dengan tim Paramadina. Beliau mencuba untuk membuktikan kelemahan dan penyimpangan yang dilakukan oleh penulis buku FLA. Sebagai peserta dalam debat tersebut dan bukan panelis, beliau merasa banyak perkara yang menjengkelkan sehingga kejengkelan itu lalu ditumpahkan dalam buku tersebut. Baru-baru ini Majlis Ulama Indonesia (MUI) telah mendesak agar JIL (Jaringan Islam Liberal) diharamkan di Indonesia. Ketika kes Ulil Absar sedang melejit pada tahun 2002, para ulama di Indonesia telah menghukum murtad kepadanya. Penulis berpendapat bukan langkah yang sesuai menyulut kemarahan masyarakat dengan memberi hukum murtad dan sesat kepada golongan liberal. Langkah mendesak pihak berkuasa sekular untuk mengharamkan gerakan liberalisasi tersebut juga patut dihindari. Ini tidak bermaksud untuk memberi ruang kepada mereka. Akan tetapi kita pasti hasilnya akan memperburuk keadaan. Langkah-langkah di atas hanya akan menjustifikasikan kewujudan mereka di mata dunia. Contoh yang baik adalah seperti yang telah dilakukan oleh Imam al-Ghazzali, beliau menggunakan senjata yang sama untuk melumpuhkan kekeliruan falsafah Yunani yang telah dianut oleh sebahagian filosof Muslim. Khalif Muammar Akademi Kajian Ketamadunan
hanya ahli berdaftar boleh mennghantar komen!!
Powered by !JoomlaComment 3.26
3.26 Copyright (C) 2008 Compojoom.com / Copyright (C) 2007 Alain Georgette / Copyright (C) 2006 Frantisek Hliva. All rights reserved." |
||||||
| < Sebelumnya |
|---|