|
ANTARA ILMUAN DENGAN BERUK |
|
|
|
|
Ditulis Oleh Contributed by PMIUTM
|
|
Wednesday, 27 April 2005 |
|
ANTARA ILMUAN DENGAN BERUK
Seruan
Jumaat hari ini mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua
graduan yang telah berjaya menamatkan pengajian di UTM dan kini tibalah
detik dan ketika yang manis.Sememangnya Konvokesye diadakan untuk
mengiktiraf para graduan yang telah bertungkus lumus dalam tempoh
sekitar 4-5 tahun bergelumang dengan ilmu yang pastinya akan dicurahkan
kepada masyarakat dalam membina sebuah peradapan yang luhur,bertamadun
dan akan membina masyarakat yang berakhlak. Ilmuan secara mudahnya
membawa maksud mereka yang mempunyai ilmu pengetahuan, baik ilmu
duniawai mahupun ukhrawi yang diperolehi secara formal mahupun tidak.
Dahulu, masyarakat pada zaman tradisi Melayu mempunyai martabat yang
tinggi sehingga dipanggil makhdum atau maulana,
malah yang amat membanggakan mereka ini diiktiraf serta dimuliakan oleh
masyarakat lantaran tingginya nilai ilmuan yang ada pada diri mereka.
Justeru itu, tentu sekali manusia merupakan makhluk yang tepat untuk
ditamsilkan kerana kurniaan akal yang diberi. Tetapi yang membezakan
anatara semua manusia ialah taraf kemampuan menunuaikan tanggungjawab
yang layak untuk digelar ilmuan terpuji. Ramai orang mampu
menunaikan tanggungjawab individu iaitu melaksanakan penelahan
keilmuaan dengan istiqomah tetapi banyak pula yang gagal menyelesaikan
tanggungjawab sosial iaitu mengimarahkan atau mengamalkan ilmu kepada
umum. Lantaran tradisi keilmuan terrencat di situ, sekali gus
berlaku pelbagai impak yang berlaku diluar dugaan. Lihatlah
pelbagai gejala sosial yang melanda masyarakat dan makin mengila saban
hari. Rogol, pembunuhan , pelacuran dadah, AIDS dan lain-lain umpama
sudah menjadi lumrah dan kebiasaan manusia kini. Manusia seolah-olah
hilang pedoman dan menjadikan gejala itu sebagai jalan keluar daripada
segala kekusutan. Apabila sudah berlaku kejadian begini, maka
bermulalah episod mencari kesalahan pihak-pihak tertentu. Sedangkan
jika disoroti dengan matah hati yang bersih ia berrpunca daripada
kedangkalan ilmu pada individu itu sendiri. Meskipun bangga
memiliki ijazah sarjana muda, Master mahupun P.H.D tetapi kurang bijak
mengadaptasikan ilmu dilandasannya, samalah seperti beruk yang tahu
mengopek pisang untuk dirinya sendiri tetapi tidak sedar kulit yang
dibuang bersepah menyusahkan pihak lain. Tetapi sekurang-kurangnya
beruk itu tahu membezakan antara pisang dan bunga ros. Dahsyat
sungguh menyamaratakan ilmuan(manusia) dengan beruk(haiwan). Beruk yang
merupakan lambang kebodohan, walaupun mempunyai banyak persamaan dengan
kejadian manusia jelasnya manusia tetap tinggi tarafnya dibandingkan
denga beruk. Biarlah hanya Charles Darwin dan pengikutnya mengaku diri
mereka berasal dari beruk. Justeru itu, marilah kita memikirkan
bersama dengan hati yang lapang dan dengan pandangan yang jernih
dimanakah letaknya taraf keilmuan yang ada pada kita? Adalah amat
malang sekiranya pemikiran kita, perbuatan kita malah kelakuan kita
adalah sama saja dengan masyarakat kebanyakan malah lebih teruk dan
dangkal daripada mereka . namun itulah yang berlaku pada dunia hari
ini. Budaya hedonisme semakin menjadi-jadi malah yang amat
mendukacitakan masyarakat kita terus disogokkan dengan budaya memuja
artis sehinggakan tiada dalam kamus hidup kebanyakan masyarakat untuk
menyanjung dan menghargai nilai keintelektualan yang ada pada golongan
ulama, ilmuan dan cerdik pandai. Inilah fenomena yang berlaku
dalam masyarakat kita hari ini. Sehinggakan ia berjangkit dikalangan
golongan cerdik pandai di pusat pengajian tinggi. Pelik bukan?
Sepatutnya mereka yang tidak mempunyai kesempatan untuk menimba ilmu di
pusat-pusat pengajian tinggi menjadikan golongan intelek sebagai sumber
tauladan tetapi kini dunia seolah-olah sudah terbalik hinggakan
menjadikan golongan artis terutamanya sebagai kiblat dan sanjungan.
Tetapi inilah realiti dan hakikat dunia hari ini kita bimbang dan
khuatir sekiranya ia berlanjutan nilai golongan intelektual sekadar
dipinggiran. PMIUTM memandang berat mengenai isu kemasukan
golongan artis ke UTM atas landasan mengadakan konsert sempena EKSPO
KONVOKESYEN UTM 2005. malah PMIUTM bimbang dan khuatir program-program
hiburan seperti ini akan menyuburkan lagi budaya hedonisme dikalangan
masyarakat kampus UTM terutamanya. Seharusnya tradisi keintelektualan
Universiti harus dipertahankan dan dimartabatkan sesuai dengan
kandungan falsafah universiti yang meletakkan HUKUM ALLAH sebagai dasar
utama dari segenap aspek terutamanya dalam soal kesejahteraan dan
kemakmuran sejagat. Universiti sebagai gedung ilmu dan tempat
berkumpulnya ilmuan yang berakhlak mulia tidak sepatutnya dicemari
dengan golongan artis yang kebanyakannya daripada mereka mengamalkan
budaya hidup bebas ala barat. Malah yang amat mendukacitakan lagi, kita seolah-olah gemar terikut-ikut dengan budaya ‘MALAYSIA IDOL’ yang sedang rancak melanda masyarakat Malaysia. Sedih bukan? Hal beginilah juga yang telah disuarakan oleh Sahibus Samahah Mufti Johor, Yang Berbahagia Dato’ Noh bin Gadot semalam ketika berforum di Tapak Pesta Konvo ke-34 yang melahirkan kebimbangan beliau dengan masyarakat
hari ini yang gemar untuk menghadiri rancangan berbentuk hiburan tetapi
rancangan keilmuan dipandang sepi malah sekadar melukut di tepi
gantang. Lebih parah lagi sekiranya kitalah yang menjadi
penganjur dan menyediakan segala kemudahan yang akan akan membuat
masayarakat kita terus terleka dengan budaya hiburan ini. Justeru itu,
PMIUTM menyeru kepada semua pihak agar bersama-sama mengangkat martabat
Universiti sebagai gedung ilmu yang akan memberi manfaat yang berguna
bukan saja kepada manusia tetapi kepada alam sekaliannya. Kalau bukan
kita siapa lagi?
|
|
Kemas Kini Terakhir ( Thursday, 07 July 2005 )
|