Khairaummah mailing list
  • (no subject)
    Afwan kirim konfirmasi dari facebook faza fatiha
  • Fwd: Two Moons on 27th August 2010
    -KM- Begin forwarded message: --- On Tue, 24/8/10, wanzul wan daud < Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya > wrote: From: wanzul wan daud < Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya > Subject: Fw: Two
  • Fw: Undangan ke Siri Wacana ATMA
    ... From: " Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya " < Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya > To: Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya ; Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya ; Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya ; Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya ; Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya ;
  • Wacana Fikir ATMA 8 Julai
    Salam, Untuk sesiapa yang berminat. Wacana Fikir ATMA Tajuk: ?Islamisasi Ilmu Pengetahuan Semasa: Sejarah dan Perkembangannya? Pembentang: YBhg. Profesor
  • Artikel tentang Penarafan Universiti
    Utusan Malaysia 25/5/2010 Apa sebenar penarafan universiti sedunia? Oleh Prof. Dr. Arndt Graf Debat tentang penarafan universiti sedunia sedang semakin hangat,
Infoteks

Ruangan forum dan komen artikel telah dibuka untuk semua pengunjung. Sila gunakan ruang tersebut dengan sebaiknya.  

Admin



Ingin menulis di laman web ini?

Pelawat yang telah berdaftar akan dinaik-taraf sebagai penulis oleh admin. Sebagai penulis, menu hantar artikel akan wujud di bahagian menu pengguna. Artikel yang dihantar akan disemak oleh editor dan diluluskan untuk terbit sekiranya memenuhi kriteria laman web ini.

Pelawat juga boleh menghantar artikel ke arief_rf@yahoo.com




Mari boikot produk 
Israel/Yahudi
Hentikan menyokong kekejaman
Israel terhadap umat Islam
 
"it is an obligation not to help them
(the enemies of Islam) by buying
their goods. To buy their goods
is to support tyranny, oppression
and aggression" -Yusuf al-Qardawi
 
 






Ingin mengiklankan aktiviti / produk anda di sini? sila hubungi kami... email: arief_rf@yahoo.com


Seksyen
Fikih Kebangkitan
Tamadun Islam
Pemikiran Islam
Dunia Islam
Tokoh Islam
Hawa
English Section
Puisi
Ulasan Buku
Mailing List
klik di sini untuk menyertai mailing list khairaummah
Lawatan
Hari ini: 75
Semalam: 99
Sebulan: 751
Jumlah: 95318
Maks sehari: 291
Maks sebulan: 5822
Kiraan Sejak: 2008-08-07
Totals Top 10
 62 % Malaysia (60692)
 18 % Indonesia (17590)
 5 % United States (4399)
 2 % China (2089)
 2 % Japan (2076)
 < 1.0 % Germany (1234)
 < 1.0 % Unknown (996)
 < 1.0 % United Kingdom (873)
 < 1.0 % Singapore (833)
 < 1.0 % Russian Federation (661)
95318 visits from 132 countries
Trafik
Islamictube
boycott_israel_275x275.gif
Statistik
Ahli: 533
Artikel: 294
Pautan: 5
Pengunjung: 513391
Pemikiran Islam
Pandangan hidup Islam dalam Thamarat Al-Muhimmah PDF Cetak E-mail
Penilaian Pengguna: / 2
Ditulis Oleh khairaummah   
Friday, 19 March 2010
Thamarat al-Muhimmah menghuraikan perkara-perkara yang berkaitan dengan raja (pemerintah) dan pemerintahannya serta menghuraikan sifat-sifat terpuji (mahmudah) dan sifat-sifat tercela (mazmumah) seseorang pemerintah. Kandungan teks ini meliputi tiga bab dan beberapa fasa serta beberapa bahagian lain dan furuk.

Menurut Abu Hasan Sham, et.al. (1995) bahagian mukadimah teks ini membincangkan kelebihan ilmu dan menjadi kemurkaan Allah sekiranya pembesar ketandusan ilmu. Hukuman atau balasan yang setimpal akan dikenakan terhadap hambanya yang ingkar kepada kitab yang diturunkan oleh Allah. Secara tidak langsung ianya membawakan ingatan kepada golongan pemerintah (raja) betapa perlunya ilmu dalam usaha menegakkan keadilan dan kesejahteraan pemerintahan sebagaimana yang terkandung dalam al-Quran dan hadith.
Kemas Kini Terakhir ( Sunday, 28 March 2010 )
Keseluruhan artikel...
 
Toleransi, Sekularisme atau Sinkretisme PDF Cetak E-mail
Penilaian Pengguna: / 2
Ditulis Oleh Hamka   
Saturday, 13 February 2010
Tahun 1968 yang baru kita lalui adalah tahun yang luar biasa. Di tahun 1968 kita berhari raya Idul Fitri samapai dua kali, yaitu 1 Januari 1968 dan 21 Desember 1968.

Maka timbullah inspirasi pada beberapa orang Kepala Jawatan dan juga pada beberapa orang Menteri Kabinet Pembangunan, dan keluarlah perintah supaya peringatan halal bi halal Idul Fitri dan hari Natal digabungkan jadi satu. Diadakan pertemuan serentak disatu tempat, biasanya biasanya dijawatan-jawatan, dan departemen-departem en; "Lebaran-Natal" . Maka tersebutlah perkataan bahwasannya bapak Kepala Jawatan atau bapak Menteri atau bapak Jenderal memulai sambutan beliau, bahwa demi kesaktian Pancasila yang wajib kita amalkan dan amankan, dalam "Lebaran-Natal" ini kita menananmkan dalam hati kita, sedalam-dalamnya, apa arti toleransi. Dan diaturlah acara mula-mula membaca Al Quran, oleh seorang pegawai yang pandai 'mengaji', kemudian itu diiringi oleh seorang pendeta atau pastor yang sengaja diundang, dengan membacakan ayat-ayat injil, terutama yang berkenaan dengan kelahiran 'Tuhan' Yesus. Yesus Kristus Juru Selamat Dunia, Anak Alah Yang Tunggal, tetapi Dia sendiri adalah Alah Bapak juga, menjelma menjadi ke dalam tubuh Santa Maria yang suci, untuk kemudian lahir sebagai manusia.
Keseluruhan artikel...
 
Mengapa Orang Bukan Islam Tidak Berhak Menggunakan Nama Allah PDF Cetak E-mail
Penilaian Pengguna: / 8
Ditulis Oleh Dr Khalif Muammar   
Thursday, 07 January 2010

Mengapa Orang Bukan Islam Tidak Berhak Menggunakan Nama Allah:

Tanggapan Terhadap Golongan Yang Membenarkan
 

Kedudukan Masalah

Setelah isu ini dibahas hampir dua tahun masih ramai lagi yang keliru tentang penggunaan nama Allah oleh orang bukan Islam. Antara sebabnya ialah wujudnya pandangan yang diberikan oleh beberapa cendekiawan yang digelar ulama’ yang mengatakan bahawa terdapat dalil dalam al-Qur’an yang membenarkan hal tersebut. Dan tiadanya dalil yang menyokong larangan penggunaan oleh bukan Islam. Penulis telah berkesempatan untuk mengikuti isu ini dan memberi tanggapan sejak dari awal lagi dan menghasilkan 3 artikel sebelum ini yang boleh dicapai dalam khairaummah.com. Dalam makalah terakhir ini penulis cuba menjawab keraguan-keraguan yang ditimbulkan dan memberikan hujah-hujah yang muktamad agar kecelaruan tidak berterusan dan kepentingan umat Islam dapat dipertahankan. Dengan penjelasan yang terbaik yang penulis dapat paparkan ini mudah-mudahan terbuka hati dan bertambah yakin orang-orang yang inginkan kebenaran berdasarkan hujjah dan biarkanlah tertutup hati orang-orang yang tidak mahu menerima kebenaran walaupun datang dengan hujjah.

 
Keseluruhan artikel...
 
ISLAM DAN SEKULARISASI POLITIK PDF Cetak E-mail
Penilaian Pengguna: / 0
Ditulis Oleh khairaummah   
Friday, 17 July 2009

 

Wawancara dengan Dr. Khalif Muammar (Felo Penyelidik ATMA, UKM)

Majalah Tafakkur edisi 5 Jun, 2009

1. Bagaimana konsep politik dalam pandangan sekular?

Antara definisi yang dikemukakan oleh sarjana Barat ialah sekularisme adalah paham yang memisahkan agama daripada politik.  Definisi ini juga terkait dengan definisi filosofis yang diungkapkan oleh al-Attas merujuk kepada Harvey Cox bahwa sekularisasi adalah: “the deliverance of man first from religious and then from metaphysical control over his reason and his language”. Jadi menurut pandangan sekular agama tidak boleh mengatur kehidupan manusia. Maka politik adalah bidang kehidupan yang tidak terkait secara langsung dengan agama. Kemudian agama sendiri dalam pengertian Barat telah disempitkan kepada hal-hal yang bersifat ritual dan spiritual. Karena agama telah dibataskan seperti itu ia tidak lagi relevan dalam kehidupan bermasyarakat, urusan publik, ia hanya relevan dalam kehidupan peribadi. Jadi masyarakat Barat sendiri tidak merasa mereka kurang patuh dalam beragama, hanya agama itu sendiri yang sememangnya terbatas pada pandangan mereka. Bahkan mereka merasa cukup religious apabila pergi ke gereja seminggu sekali, membaca Bible sesekali, dan menjadikannya kitab sandaran ketika pemimpin negara bersumpah.

Apabila politik dipisahkan daripada agama, apa yang berlaku adalah politik kehilangan dimensi kerohanian dan moralnya. Maka dalam berpolitik, seorang yang berpandangan sekular, akan melakukan apa saja yang dianggap perlu untuk meraih kuasa walaupun terpaksa berbohong, menjatuhkan orang lain, membantu orang yang zalim dan lain sebagainya seperti yang tercermin dalam The Prince karya Machiavelli. Ini yang dinamakan desacralization of politics sebagai sebagian dari proyek sekularisasi. 

 

 

Kemas Kini Terakhir ( Friday, 17 July 2009 )
Keseluruhan artikel...
 
Pencerdasan Pemikiran : Keperluannya Pada Masa Ini PDF Cetak E-mail
Penilaian Pengguna: / 1
Ditulis Oleh Khalif Muammar   
Thursday, 17 April 2008

Terdapat banyak keganjilan dalam cara berfikir sebahagian umat Islam pada hari ini. Ada kecenderungan mereka berangggapan bahawa dalam Islam yang penting adalah percaya dan bukan berfikir cerdas dan bijaksana. Kepercayaan kepada hal-hal yang tidak munasabah sering disandarkan kepada iman. Padahal Islam adalah agama yang paling anti terhadap perkara-perkara mitos dan magik. Mengapa sebahagian kita cerdik berfikir dalam hal-hal yang lain tetapi bila tiba masanya bercakap tentang hal-hal keagamaan kecerdikan tersebut hilang serta merta? Apa yang menyedihkan adalah ketidakcerdasan berfikir ini dilakukan atas nama Islam. Seolah-olah Islamlah yang membenarkan kecenderungan mereka itu.


 

Kemas Kini Terakhir ( Friday, 18 April 2008 )
Keseluruhan artikel...
 
<< Awal < Sebelumnya 1 2 3 Berikutnya > Akhir >>

Hasil 1 - 9 dari 22